Jeongseon Arirang Festival. Pesta tahunan yang memelihara dan membangunkan warisan budaya ‘Jeongseon Arirang.’

Festival Jeongseon Arirang

Jeongseon Arirang Festival

“Arirang, Arirang, Arariyo…”

Pesta Jeongseon Arirang adalah pesta tahunan yang biasanya diadakan pada bulan Oktober dalam usaha menghormati, memelihara dan membangunkan ‘Jeongseon Arirang.’ Ditetapkan sebagai Gangwondo Intangible Cultural Heritage No.1. Jeongseon Arirang merupakan salah satu variasi Arirang (terdapat lebih 1,200 jenis), lagu rakyat Korea yang terkenal ini berasal dari kawasan Jeongseon di Gangwon-do.

Pesta ini dirasmikan dengan perarakan berkostum dan persembahan-persembahan rakyat jalanan. Persembahan Jeongseon Arirang merupakan kemuncak utama festival ini, diikuti dengan pelbagai persembahan rakyat lain, acara kebudayaan dan acara sukan.

Acara-acara penyertaan terbuka untuk peserta awam, termasuk pertandingan nyanyian Jeongseon Arirang, reenactment Ttetmok Arari dan pertandingan dialek tempatan.

Festival Jeongseon Arirang

Program:

  • Upacara festival
  • Persembahan bertema
  • Pertandingan Gyeongchang
  • Pengeluaran semula budaya tradisional
  • Pengalaman Budaya Kontemporari
  • Pertukaran budaya tradisional
  • Persembahan kreatif
  • Pameran dan lain-lain

Aktiviti-aktiviti:

  • Pameran Kaligrafi Jungsun Arirang
  • Hanseop Nasional
  • Pertandingan Lukisan Pemandangan Jirun Arirangje ke-4 dengan Keluarga
  • Pesta Seni Belia
  • Orkestra Chung Sun Arari Dream
  • Jeongseon sains ‘bud’pesta besar
  • Selamat datang ke Pyeongchang (Jeongseon) Tarian Rasmi ‘9 Eups · Face Contest’
  • Jeongseon Sangmin permainan rakyat hanmadang
  • Peraduan Tarian K-POP Cover
  • Kesatuan Sivil 2016 Arrari
  • Pertandingan Memanah Lelaki dan Perempuan Kebangsaan
  • Persembahan muzik pelajar,  demonstrasi muzik ladang Nakdong
  • Fusion Korean Music Performance ‘Forest’, Muzikal “School of Rock”, “Hero”
  • Makanan pelbagai budaya dan pengalaman memakai pakaian tradisional

Persembahan Jeongseon Arirang Festival

Tarikh: 29/9/2017~2/10/2017

Masuk / Yuran Penyertaaan: Percuma

Alamat: 112, Bongyang-ri, Jeongseon-eup, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Lokasi: Jangseon-eup Arari Park

Pengangkutan:

Dong Seoul Bus Terminal (ambil intercity bus ke Jeongseon) – mengambil masa 3 jam 20 minit> Jeongseon Terminal (ambil teksi ke kawasan festival) memgambil masa dalam 5-10 minit.

Sumber: www.arirangfestival.kr , visitkorea.or.kr

Sejarah Arirang

[Pembinaan semula Istana Gyeongbokgung: Jeongseon Arirang tersebar di seluruh negara]

Putera Lee Ha Eung dengan pembinaaan semula Istana Gyeongbokgung


Pada tahun 1867, selama masa pemerintahan Daewongun (Putera Lee Ha Eung), ayah kepada Gojong ( maharaja terakhir Dinasti Joseon). Bangunan istana Gyeongbokgung telah dibina semula dan membentuk kompleks besar-besaran dengan 330 bangunan dan 5,792 bilik.

Berdiri di tanah seluas 4,657,576 kaki persegi, Gyeongbokgung sekali lagi menjadi lambang ikonik bagi kedua-dua negara Korea dan keluarga diraja Korea.

Untuk pembinaan semula projek mega ini yang mengambil masa selama 7 tahun, para pekerja di seluruh negara dipanggil ke Hanyang (nama lama Seoul) untuk bekerja di sini. Pekerja menyanyikan banyak lagu rakyat bersama-sama untuk melegakan tekanan dan menghiburkan diri.

Di antara banyak lagu, Jeongseon Arirang adalah yang paling popular kerana ia mempunyai bahagian korus yang baik untuk menyanyi bersama-sama iaitu “Arari-Arirang”.

Selepas pembinaan semula istana selesai, para pekerja pulang ke kampung halaman mereka dan lagu Arirang telah tersebar luas di semua tempat di Korea. Dalam proses ini, dikatakan telah menimbulkan “Jeongseon Arirang,” “Miryang Arirang,” dan kini paling terkenal “Arirang,” “Gyeonggi Arirang”.

Lirik lagu Jeongseon Arirang

Lagu Jeongseon Arirang

Melalui sejarah Korea moden yang dramatik  dengan momen yang menyedihkan seperti zaman kolonial dan Perang Korea. Arirang sebagai simbol Korea yang bersama-sama menenangkan rasa sakit hati dan berkongsi kebahagiaan dan kesedihan sepanjang masa.

 

Ararichon Village

Arari Village

Arari Traditional Village

Kampung Traditional Arari (Ararichon Village)  mempunyai replika rumah tradisional yang terletak di Jeongseon, Gangwon. Pelancong boleh merasai pengalaman berada di zaman lama Jeongseon.

Arca diinspirasi daripada novel Yangbanjeon (A Story on Nobleman) oleh Park Ji-Won

Di sini terdapat pelbagai jenis keunikkan rumah tradisional Jeongseon seperti Jeoreupjib House, Neowajib House ( rumah atap satu) , Doljib House ( rumah atap batu), dan Gwiteuljib House ( rumah kayu), yang tidak ditemui di mana-mana di wilayah lain.

Kampung Arari

Masuk / Yuran Penyertaan: 3,000 KRW

Alamat: 37, Aesan-ro, Jeongseon-eup, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Masa operasi: 09:00 – 06:00 ( kemasukan akhir jam 5 petang)

Lokasi Arari Village

 

Arirang School Memories Museum

Memories Museum

Arirang School Memories Museum (Remembrance Museum)

Terletak di dalam kawasan Jeongseon Arirang School. Mempamerkan artifak sejarah dari zaman moden dan era kontemporari.

Barangan dari dekad yang lalu, seperti buku teks dan buku nota sekolah yang unik, Ttakji (kad kertas yang dilipat digunakan untuk membalikkan kad terbalik dengan menampar dengan kad lain yang berada di lantai) dipaparkan bersama dengan koleksi 1,125 artifak.

Pameran juga termasuk barangan rumah dan objek harian lain dan hampir 4,000 topik yang berkaitan dengan lagu rakyat Arirang.


Sekolah Jeongseon Arirang

Jeongseon Arirang School

Masa operasi: Selasa ~ Ahad: 9:30 am ~ 6:00 pm (Ditutup pada hari Isnin).

Yuran masuk:  Dewasa: 2,000 KRW, Kanak-kanak: 1,000 KRW

Alamat: 565, Jungbak-ro, Shindong-eup, Jeongseon-gun, Gangwon-do.

Pengangkutan:

[Train]

Stesen Cheongnyangni (Taebaek Line) > Yemi Station (kira-kira 3 jam).  Menaiki bas/ teksi ke muzium.

[Bas]

Terminal Dongseoul, Seoul >Yeongwol (2 jam) Dari Yeongwol, ambil bas bandar dari perhentian bas di terminal bas ke Hambae > turun di hujung jambatan (kira-kira 40 minit). Muzium  terletak di hadapan terminal bas.

Dari Stesen Yemi ke Arirang School Memories Museum

Sumber: visitkorea.or.kr , ararian.com

 

Jeongseon Arirang Academy

Jeongseon Arirang Academy

Jeongseon Arirang adalah lagu rakyat tempatan yang menyampaikan perasaan rakyat Jeongseon, desa pegunungan dan turut dipanggil sebagai Arari. Lagu ini secara tradisinya dinyanyikan oleh orang tempatan yang tidak tahu bagaimana membaca atau menulis.

Akademi Jeongseon Arirang ditubuhkan untuk mempromosikan dan mewarisi Jeongseon Arirang.  Mempunyai bilik pengajaran, bilik rujukan, dewan persembahan dan lain-lain.

Kelas Arirang diadakan pada hari Rabu untuk membolehkan orang ramai mempelajari Arirang daripada penyanyi  guru Jeongseon Arirang.

Lokasi akademi di Ararichon Village.

A (Arirang) – Train

Jeongseon Arirang Train (A-Train)

Kereta api Jeongseon Arirang merupakan tourist train yang mula beroperasi  pada 22 Januari 2015. Dari Stesen Cheongnyangni (Seoul) ke Stesen Auraji (Jeongseon).

Hentian Jeongseon Arirang Train

Huruf ‘A’ pada nama kereta api datang daripada ‘Arirang’ ( lagu rakyat Korea) dan juga daripada perkataan  ‘amazement’, ‘ace’ dan ‘adventure’.

Mempunyai empat tema gerabak dengan tingkap besar dan dinding kaca. Iaitu Sky Room, Tea Room dan dua lagi gerabak dihiasi dengan warna serantau iaitu merah, kuning, biru dan ungu. Warna-warna ini mewakili ciri geografi Jeongseon seperti Dong River dan gunung-ganang.

Luaran kereta api diwarnakan ungu  Pulsatilla ( bunga rasmi Jeongseon) dan corak lengkung yang mewakili simbol melodi Arirang yang beralun.

Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam A-Train:

  • Storytelling
  • Persembahan muzik
  • Silap mata
  • Permainan kuiz

Persembahan muzik dalam Arirang Train

Tiket: 27,600 KRW (Cheongnyangni > Auraji)

Masa: Beroperasi 10 kali sehari  dengan tutup hari Isnin (kecuali tour akan dibuka kalau hari Isnin bertindih dengan Jeongseon 5 Days Market atau cuti national)

Sumber: Korea.net , a-train.7788.co.kr (Korean) , letskorail.com

 

3 Makanan Jeongseon yang boleh dicuba

Gondrebap atau gondre rice

Gondrebap ( nasi kukus dengan gondre). Gondre (Cirsium setidens) merupakan tumbuhan liar yang penuh dengan vitamin. Makanan popular di kawasan Jeongseon/Taebaek kerana kawasan ini, tumbuhan gondre sangat lembut dan rangup.

Kotdeungchigi noodle

Kotdeungchigi Guksu

Kotdeungchigi Guksu. Salah satu makanan yang mengunakan buckwheat, iaitu Kotdeungchigi noodle. Kotdeungchigi bermaksud ‘memukul hidung’ dalam Korea. Mi ini akan memukul atau terkena hidung ketika kita makan kerana tebal dan keanjalan teksturnya.

Ongsimi makanan asli Wilayah Gangwon. Makanan yang wajib dicuba ketika melawat Jeongseon. Diperbuat daripada kentang yang dikisar. Kemudian, dibuang air lebihan kentang dan dicampurkan dengan tepung kanji bagi menghasilkan ‘Ongsimi (small dumpling)’.

Kentang ongsimi terkenal dengan rasa yang hebat kerana diperbuat dari wilayah yang menjadikan kentang sebagai makanan ruji.

Baca: Jeongseon 5 Days Market

 

=====

Dibawakan oleh  Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters

Related posts:

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ‘Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.’ Buku bergambar kanak-kanak ‘ Ayah, apa itu?’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *