Jeongseon – bandar ketiga bagi lokasi Olimpik Musim Sejuk Korea Selatan 2018 dengan 5 lokasi menarik untuk dilawati

Arii Hills Zip Wire

Info menarik tentang Jeongseon

  • Jeongseon merupakan sebuah bandar yang terletak di tenggara  kawasan Wilayah Gangwon.
  • Bandar lokasi Olimpik Musim Sejuk Korea Selatan 2018 selepas bandar PyeongChang dan Gangneung
  • Bandar tempat untuk pertandingan Alpine Ski turun bukit di Pyeongchang 2018 Sukan Olimpik Musim Sejuk.
  • Merupakan salah satu daripada tempat kelahiran lagu rakyat Korea, Arirang.
  • Mempunyai festival-festival popular seperti Arirang Festival, Mineral Water Festival, Azalea Festival, Coal Culture Festival, A Woo Ra Ji Festival, Jo Yang River Festival, Mindung Mountain Eulalia Festival, Mt. Hambaek Wild flower Festival dan Potato Festival
  • Simbol Jeongseon: Bunga Pasqueflower (melambangkan melambangkan semangat untuk masa depan dan kehendak orang yang tidak tunduk kepada kesusahan dan persekitaran yang sukar),
  • Tumbuhan Halia (mudah didapati di pergunungan dan lembah di awal musim bunga dan terkenal dengan kepelbagaian warna yang berbeza-beza dari musim ke musim, melambangkan kemurnian dan penuh semangat rakyat.)
  •  Burung Kestrel (merupakan spesies yang  dilindungi dibawah Monumen Semulajadi No.323. Melambangkan kebersihan dan mistik Jeongseon yang menawarkan sifat murni dan pemandangan yang indah.)

Stadium di Jeongseon

Di Jeongseon terdapat hanya satu lokasi Olimpik Musim Sejuk Korea Selatan 2018 iaitu Jeongseon Alpine Centre. Terletak di pengunungan Gariwang.

Jeongseon Alpine Centre

Jeongseon Alpine Centre di Jeongseon

  • Jenis Sukan: Alpine Skiing ( Men’s Downhill, Women’s Downhill, Combine, Super-G)
  • Kapasiti: 6,500 (3,600 duduk , 2,900 berdiri)

Baca : Lokasi-lokasi stadium di PyeongChang  2018 Olympic

5 Tempat Menarik di Jeongseon

1. Auraji River

Auraji Lake

Auraji River

Auraji (No.1 Intangible Cultural Asset) merupakan tasik berasal dari Jeongseon Arirang. Nama di ambil daripada eoureojida bermaksud “bertemu” yang  merujuk kepada pertemuan dua aliran sungai Pyeongchang dan Samcheok. Terkenal dengan keindahan gunung-ganang dan sungai yang bersih.

Auraji Lake location

Lokasi Auraji Lake

Sebahagian atas aliran Auraji (Namhangang River), merupakan titik permulaan terkenal dengan pengangkutan kayu balak (guna rakit kayu) ke Hanyang, nama asal Seoul.

Pada zaman dahulu, orang selalu mendengar nyanyian tukang perahu yang datang dari seluruh penjuru negari. Lirik Jeongseon Arirang mengungkap kesedihan dan kerinduan seorang wanita menunggu suaminya yang meninggalkannya untuk berniaga ke tempat yang jauh atau  untuk mengangkut kayu balak.

Hari ini, banyak pelancong melawat Auraji untuk menikmati pemandangan yang indah atau untuk melihat simbol seorang pembantu yang merenung ke dalam sungai, seolah-olah menunggu sang kekasihnya kembali.

Pengangkutan:

[Bas]

Jeongseon Bus Terminal > ambil bas tempatan ke Yeoryang ( 900 won).

Nota: Hanya ada 10 kali perjalanan dari 06:10 – 5:35.

Alamat: 69, Auraji-gil, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Sumber: ariaritour

 

2. Jeongseon 5 Days Market

Jeongseon 5 Days Market

Jeongseon 5 Days Market

Jeongseon 5 Days Markets merupakan pasar tempatan Korea yang terkenal.  Hanya di buka pada tarikh 2, 7, 12, 17, 22, dan 27 setiap bulan. Pengunjung pasar dapat merasai pengalaman suasana pasar tradisional dengan membeli produk pertanian dengan harga rendah.

Produk pertanian istimewa seperti Goraengji (tumbuhan yang tumbuh meluas di pergunungan atau dataran tinggi  500-700m dari aras laut).

Di pasar ini juga, kita dapat melihat persembahan muzikal ‘Pan Arirang’ di Pusar Arirang. Persembahan ini terdapat tiga bahagian yang menerangkan cerita Arirang dengan disertakan muzik dan irama yang menarik.

Persembahan muzikal Pan Arirang

Pan Arirang musical performance

Jenis-jenis produk:

Cili, bawang putih, herba, susu akar Astragalus, sayur-sayuran, Dongdongju jagung (arak beras), soba agar-agar, dan lain-lain.

Pengangkutan:

[Train]

Cheongnyangni Station > Jeongseon  > ambil teksi ke Jeongseon Arirang Market (dalam 5 minit ).

[Bas]

Dong Seoul Bus Terminal(ambil bas antara bandar) > Jeongseon Intercity Bus Terminal.
> Jeongseon (ambil teksi) > Jeongseon Arirang Market (anggaran 5 minit sampai).

Lokasi dari Jeongseon Intercity Bus Terminal ke Jeonseon 5 Days Market

Lokasi dari Jeongseon Intercity Bus Terminal ke Jeonseon 5 Days Market

Alamat: 58-1, Bibong-ro, Jeongseon-eup, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Jeongseon 5 Days Markets location

Lokasi Jeongseon 5 Days Markets

Tarikh Pasar Dibuka:

  • Pada 2, 7, 12, 17, 22, dan 27 setiap bulan.

Masa Operasi:

  • 9:00-8:00 (berbeza mengikut gerai)

Sumber: Jeongseon Arirang Market

 

3. Jeongseon Rail Bike

Jeongseon Auraji Rail Bike

Jeongseon Rail Bike

Rail bike di Jeongseon merupakan  sejenis aktiviti waktu lapang yang baru (mengabungkan berbasikal di sepanjang laluan kereta api dengan pemandangan yang indah). Aktiviti ini biasanya dapat ditemui di kawasan pergunungan Eropah.

Rail bike ini terdapat jenis:

  • 2 orang tempat duduk (110 kg)
  • 4 orang tempat duduk (138 kg)

Walaupun bersaiz besar, rail bike ini berjalan lancar dan mudah untuk satu orang mengayuh jenis 4-orang pada kelajuan 10-30 km sejam.

Aktiviti ini menggunakan landasan keretapi yang sudah ditinggalkan (dari Jeongseon, Auraji ke Gujeol-ri). Jarak trek adalah 7.2 km panjang. Rail bike ini bermula di stesen Gujeol-ri dan berakhir di Stesen Auraji. Disarankan  menunggang pada kelajuan yang perlahan (15kph) bagi menikmati pemandangan sekitar.

Rail bike road from Gujeolri Station to Auraji Station

Laluan rail bike dari Stesen Gujeolri ke Stesen Auraji

Dalam perjalanan pulang, anda akan kembali ke Gujeol-ri dengan menaiki kereta api secara percuma untuk perjalanan yang selesa dengan pemandangan menarik untuk dilihat.

Di kawasan Stesen Gujeol-ri, terdapat sebuah kafe bernama ‘A Grasshopper’s Dream’ (kereta api berbentuk belalang) dan kafe berbentuk ikan di Stesen Auraji.

Turut menjadi tempat lokasi rancangan hiburan Korea popular ‘2 Day 1 Nights’.

Auraji Lake nearby Auraji Station

Auraji Stesen berdekatan dengan Tasik Auraji

Nota: Auraji Lake berdekatan dengan Stesen Auraji.

Pengangkutan:

[Bas]

Dong Seoul Bus Terminal (ambil bas antara bandar) > Jeongseon Intercity Bus Terminal. (anggaran masa perjalanan: 3 jam 20 minit) > Jeongseon Intercity Bus Terminal > ambil bas ke Yeoryang > tiba di Yeoryang (kalau tanya tentang railbike, mereka akan tahu) (ambil bas je Gujeol-ri)  > turun di Stesen Gujeol-ri (rail bike boarding point).

[Teksi]

Jeongseon Intercity Bus Terminal > ambil teksi ke railbike boarding point (Gujeol-ri Station). Anggaran masa perjalanan (40minit  sejauh 26.42km).

Alamat: 745, Nochusan-ro, Yeoryang-myeon, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Masa Operasi:

  • March – Oktober: 8:40, 10:30, 1:00, 2:50, 4:40 (5 kali sehari)
  • November – Februari: 08:40, 10:30, 1:00, 2:50 (4 kali sehari)

Bayaran sewa:

  • Dua tempat duduk : Individu 25,000 won / Kumpulan 22,500 won
  • Empat tempat duduk : Individu 35,000 won / Kumpulan 31,500 won

Sumber:

Turut terdapat tempahan (tiket sahaja) di : Jeongseon Auraji Rail Bike Reservation oleh Funtastic Korea

Bagi pembaca blog H.A. Terdapat berita baik bagi tempahan tiket 🙂

  1. 3000KRW kupon diskaun untuk Jeongseon rail bike.
  2. Kod kupon: PCFKHAZLAM2018
  3. Tarikh luput: Disember 31, 2018
  4. Cara penggunaan: Update kod kupon di laman pembayaran.
discount coupon

Funtastic Korea Hazlam kupon diskaun

 

 

4. Airii Hills: Byeongbangchi Skywalk & Zip Wire

Byeongbangchi Skywalk

Byeongbangchi Sky Walk

Observatory Byeongbangchi terletak di antara Gyuram-ri dan Buksil-ri di Jeongseon-eup dan mempunyai pemandangan sekitar Bamseom Island yang berbentuk seperti Semenanjung Korea dengan aliran sungai  Donggang.

Byeongbangchi Skywalk menawarkan pengalaman mendebarkan kerana ia memberikan rasa seperti berjalan di langit dengan teknologi binaan tempered glass dengan struktur berbentuk ‘U’ (11m) diunjurkan dari tebing di ketinggian 583m.

Dari balai cerap ini, pelancong boleh melihat keindahan Pulau Bamseom dan Sungai Donggang, menjadikannya sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Turut menjadi tempat lokasi rancangan hiburan Korea popular ‘2 Day 1 Nights’.

Aktiviti:

  • Skywalk
  • ATV
  • Zip wire
Arii Hills Zip Wire

Zip Wire

Pengangkutan:

[Bas]

Dong Seoul Bus Terminal (ambil bas antara bandar) > Jeongseon Intercity Bus Terminal > ambil shuttle bus (kawasan parking Arii Hills belakang terminal > Arii Hills Resort.

[Teksi]

Atau ambil teksi dari Jeongseon Intercity Bus Terminal ke Arii Hills Resort (masa 7 minit sejauh 2.7km)

Alamat: 225, Byeongbangchi-gil, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Masa Operasi:

  • Musim Panas (9:00-6:00)
  • Musim Sejuk (9:00-5:00)

Tiket masuk:

  • Dewasa (umur 19-64) : 2,000 won / Remaja & kanak-kanak (umur 7-18) : 1,000 won
  • Diskaun bagi kumpulan 20 orang ke atas.
  • Zip wire: 40,000 won.
  • ATV : 30,000 won.

Nota: Kemasukan mungkin terhad disebabkan oleh keadaan cuaca (hujan lebat, salji, atau kabus).

Sumber: ariihills.co.kr

5. Samtan Art Mine

Samtan Art Mine

Samtan Art Mine

Samtan Art Mine adalah sebuah kompleks seni budaya, berubah dari sebuah lombong terbiar di kaki  Gunung Hambaeksan (kawasan pengeluaran utama batu arang batu di Korea).

Nama ‘Samtan’ merujuk kepada Samcheok Tanjwa, salah satu lombong arang batu utama di Korea, dan drama ‘Art Mine’ mengenai sejarah lombong arang batu. Terdapat banyak ruang lokasi seni budaya di seluruh negara, tetapi Samtan Art Mine menjadi tarikan pengunjung kerana terletak di dalam sebuah tapak lombong yang sebenar.

Dibuka pada tahun 1964 dan beroperasi sehingga Oktober 2001. Samtan Art Mine memberi maksud yang lebih mendalam kerana sejarah perlombongan yang memilukan.

Turut menjadi lokasi Korea drama popular ‘Descendants of the Sun’ (episod 5, 8), Filem Korea ‘The Spy: Undercover Operation.’  dan rancangan variety ‘Running Man episod 170.’

Poster Descendants of the Sun and The Spy Undercover Operation

Poster Descendants of the Sun & The Spy Undercover Operation

Aktiviti/ Fasiliti:

  • Muzium
  • Galeri
  • Multipurpose hall
  • Studio
  • Art Experience
  • Art Shop
  • Restoran
  • Kafe
Samtan Art Mine

Samtan Art Mine Descendants of the Sun

Pengangkutan:

[Bas]

Dong Seoul Bus Terminal (ambil bas antara bandar ke Gohan.Sabuk Intercity Bus Terminal > tukar ke  Nongeochon Bus untuk Sanggallae.Manhang > turun di Motgol Bus Stop dan berjalan kaki 450-466m ke Samtan Art Mine

[Teksi]

Gohan.Sabuk Bus Terminal > Samtan Art Mine (anggaran jarak 7.5km)

Alamat: 1445-44, Hambaeksan-ro, Gohan-eup, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Masa Operasi:

  • Musim Panas (9:00-6:00)
  • Musim Sejuk (9:00-5:30)

Nota: Tutup hari Isnin.

Tiket masuk:

  • Individu – Dewasa 13,000 won / Remaja 13,000 won/ Kanak-kanak & Warga Tua (umur 65 ke atas) 13,000 won
  • Kumpulan – Dewasa 12,000 won / Remaja 11,000 won / Kanak-kanak & Warga Tua (umur 65 ke atas) 10,000 won

Sumber: samtanartmine

 

=====

Dibawakan oleh  Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Supporters Malaysia

Related posts:

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *