K-Performance Show 2019 – Gabungan Aksi Seni Bela Diri, Komedi, Muzikal & Tarian

Pada 27 dan 28 Julai 2019, berlangsungnya K-Performance Show 2019 di Plenary Hall , Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Enam persembahan dibawakan iaitu THE PAINTERS, JUMP, SACHOOM (Let’s Dance Crazy!, DJ Roots, T-Birds dan Leo (VIXX).

K-Performance Show 2019

Menariknya event dua hari, kita dapat menonton secara PERCUMA (10,000 tiket)! Terima kasih organizer Korea Tourism Organization Malaysia & Imagine Your Korea, KLOOK (edaran tiket rasmi), ASTRO (pihak media) dan dengan sokongan Malaysia Airline.

THE PAINTERS

Salah satu persembahan Korea yang saya pernah tengok sebelum ini ialah The Painters. Rasanya kalau termasuk ini, mungkin lima kali sejak 2015. Kesemuannya saya tonton di Malaysia saja ( Matta Fair & Jeju Seminar).

The Painters HERO ini persembahan non-verbal dengan gabungan kesenian , komedi, tarian dan mime.

Aksi The Painters melukis agresif mengunakan charcoal
Lukisan bergabung dengan visual dan bunyi memang terbaik The Painters
The Painters using lighting for drawing

Maklumat jika ingin menontonnya di Korea:

  • Alamat: Seoul Theater 5F, 13, Donhwamun-ro, Jongno-gu, Seoul / The Salvation Army Art Hall, 7, Chungjeong-ro, Seodaemun-gu, Seoul / Jeju Tourism University Convention Hall, 2715, Pyeonghwa-ro, Gwangryeong-ri, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do
  • Waktu: 5 petang / 8 malam (dibuka setiap hari) SEOUL / 5 petang di JEJU.
  • Telefon: +82 (0)2-766-7848 (SEOUL) / +82 (0)64-745-7848 (JEJU)
  • Kemasukan: Semua peringkat umur.
  • Durasi masa: 75 minit
  • Tiket: VIP 60,000KRW (RM208), S 50,000KRW (RM173), A 40,000KRW (RM140)
  • Website: http://thepainters.co.kr/eng/

JUMP

JUMP kisah keluarga seni bela diri yang gila-gila

Persembahan gabungan seni bela diri, akrobatik dan komedi. Secara ringkas tentang sebuah keluarga seni bela diri yang gila-gila dan kelakar. Memang geli hati saya menontonnya.

Penonton dipelawa beraksi bersama JUMP

Ini kali kedua saya dapat menonton mereka. Pertama kali di Matta Fair. Terima kasih sekali lagi KTO dan Matta Fair.

Persembahan yang menarik dan kelakar daripada JUMP

Maklumat menonton di Korea:

  • Alamat: JUMP THEATRE 3F Myungbo Art Hall 18-5 Cho-dong Jung-gu Seoul
  • Waktu: 8 malam (ISNIN) / 5 petang & 8 malam (SELASA – SABTU) / 2 petang & 6 petang (AHAD – CUTI).
  • Telefon: +82-2-722-3995
  • Durasi masa:
  • Tiket: VIP 60,000KRW (RM208), R 50,000KRW (RM173), S 40,000KRW (RM140) .
  • Website: http://www.hijump.co.kr/gb/

SACHOOM (Let’s Dance Crazy!)

SACHOOM- Let’s Dance Crazy! Seperti namanya, mereka menari dengan gila-gila dan bersemangat. Pelbagai genre tarian ditunjukkan seperti Hip-hop, breakdance, modern dance, jazz, tradisional dan Kpop.

  • Lokasi: Mimagi Art Center , Nunbit Theater, Sachoom Theater, Daehakro. (10 minit berjalan dari Subway Line 4: Hyehwa Station – – Exit 4).
  • Alamat: 17 Hyehwa-ro, Jongno-gu, Seoul
  • Waktu: 8 malam (SELASA ~ JUMAAT) / 3 petang & 7 malam (SABTU) / 3 petang (AHAD & CUTI)
  • Telefon: +82 2-3676-7616
  • Durasi masa: 80 minit
  • Tiket: R 50,000KRW (RM173) / Daripada KLOOK
  • Website: http://www.sachoom.com/

DJ ROOTS

Salah seorang DJ dari Korea, DJ Roots.

Combine performance by DJ Roots and SACHOOM 2

SACHOOM dan DJ Roots bergabung dan melakukan persembahan medley seperti BTS, BLACKPINK, PSY dan ITZY.

Turut memperkenalkan festival EDC KOREA 2019. EDC merupakan singkatan untuk Electric Daisy Carnival. Merupakan fesitval muzik elektrik tahunan yang terkenal dan pertama kali diadakan di Korea.

EDC KOREA 2019 poster lineup

The T-BIRD

Secara jujur pertama kali mendengar kumpulan kpop ini. Bayangkan setiap tahun ada sahaja grup Kpop baru yang muncul. Menariknya tentang mereka ini yang berbeza dengan kumpulan kpop yang lain. The T- BIRD merupakan grup muzikal. Dilabel sebagai popsical ( Kpop + musical).

Terdiri daripada 5 ahli iaitu Younghan, Donguk, Taeoh, Seokjune,dan Nara. Dibawah agensi OD Entertainment . Debut pada 14 March, 2019 dengan single “Rock Star”.

Persembahan duo The T-Bird

Suara nyanyian mereka memang terbaik.

Leo (VIXX)

Leo merupakan penyanyi-penulis lirik , aktor muzikal dan grup idol VIXX. Beliau membawa lagu-lagu muzikal pada persembahan ini.

Leo VIXX menyanyikan lagu muzikal yang disertainya

Saya ini tidaklah sangat ikuti grup-grup idol lelaki. Ketika melihat sesi soal jawab bersama MC, dia seperti kelihatan kurang sihat, bercakapan perlahan dan melihat arah lain. Selepas berborak dengan rakan-rakan perempuan, rupanya dia memang begitu. Jenis tidak banyak bercakap , ada ciri introvert. Nampaknya idol-idol Kpop ini kemungkinan terdapat dua personaliti. Saya pernah jumpa idol dengan 4D personaliti hahaha (dalam rancangan tv).

*2019 Daehakro Performing Arts & Tourism Festival*

Korean Performance ini merupakan kempen KTO untuk memperkenalkan tema pelancongan baharu iaitu Korea Performing Arts Tourism theme. Di mana para pelancong datang ke Korea untuk melihat pelbagai persembahan K-Performance.

Welcome Daehakro campaign

Welcome Daehakro merupakan festival seni persembahan yang akan datang. Jadi boleh masukan dalam itinerari anda. Program yang ada seperti:

  1. Welcome Show
  2. Welcome Theater, RelayShow
  3. Special Performance for Foreigners
  4. FAn Meeting with Hallyu Star
  5. Non-verbal Special Performance

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *