RSS Feed

Kenali Hazlam

 

 Hazlam Anuar (H.A) atau lebih dikenali sebagai Alam adalah seorang pereka yang memiliki kelulusan dalam bidang rekabentuk dalaman dari Universiti Teknologi Mara (Uitm).  Perkhidmatan beliau adalah dalam bidang desain, 3D Visualizer dan rekaan logo.

Hazlam Anuar Design (001937216-A) , sebuah syarikat  yang dibangunkan beliau untuk memberikan servis rekaan 3D dan konsultasi secara online. Boleh layari laman web kerja  berliau di www.alamdesign.com dan blog www.hazlamanuar.com untuk video tutorial, muat turun model SketchUp (3D), tip-tip dekorasi dan ebook.

Buku pertama beliau, Mudahnya Google SketchUp- Cara Pantas Menghasilkan Desain 3D Menggunakan Perisian Percuma , di terbitkan pada tahun 2011. Klik sini untuk maklumat lanjut berkenaan buku. Beliau boleh dihubungi untuk dijemput menganjurkan bengkel atau mengadakan demo menghasilkan 3D dengan perisian  SketchUp atas permintaan untuk sekolah rendah, menengah,universiti, firma dan perseorangan.

Buku Mudahnya Google SketchUp

Buku Mudahnya Google SketchUp

Introduction SketchUp

Introduction to SketchUp – UiTM (Bachelor of Interior Architecture)

Demo 3D SketchUp di SK Kompleks KLIA

Demo 3D SketchUp di SK Kompleks KLIA

 

Selain buku, beliau  juga menerbitkan ebook (buku digital) iaitu Panduan Dekorasi (2010) ,  Panduan Deko Perabot(2011) dan Dekorasi Bajet (2012).

Selain itu, beliau merupakan penulis jemputan  untuk Majalah Niaga (blog perniagaan). Memberikan tip-tip tentang dekorasi untuk pejabat.

Pernah muncul di Selamat Pagi Malaysia, TV1, rancangan Dekorasi Aidilfitri (Tv1), surat khabar Berita Minggu sisipan Rona, Harian Metro Sabtu, majalah RUANG, majalah Anjung Seri dan majalah IMPIANA.

Selamat Pagi Malaysia

Selamat Pagi Malaysia

Bersama pereka selebriti Eric Leong

Bersama pereka selebriti Eric Leong

 

Beliau seorang peminat perabot dan produk IKEA, Manchester United dan pulau-pulau di dunia.

 

Tujuan blog ini dihasilkan untuk berkongsikan ilmu yang beliau ada dalam bidang dekorasi dan mendidik pembaca dan peminat tentang dunia hiasan dalaman dan sekali kala berkongsi tentang dunia penulisan.

 

 

Gembira berjumpa anda dan selamat berdekorasi,

Hazlam Anuar

Designer & Author

 

Jadi rakan saya di :

Facebook
Twitter

Dan like Facebook pages saya  (untuk tip dekor ringkas) di:

Hazlam Anuar | Designer & Author

No Comments

No comments yet.

Sorry, the comment form is closed at this time.