Kokuyo Furniture Lancar Perabot Pejabat yang Activity Based Work Style (ABW)

Baru-baru ini saya dijemput menghadiri taklimat tentang perabot berasaskan Activity Based Working (ABW) oleh syarikat perabot pejabat Kokuyo Furniture dari Jepun.

Terletak di Menara Suezcap 2, KL Gateway, Jalan Kerinchi, Gerbang Kerinchi Lestari, Kuala Lumpur.

Kokuyo Furniture

Kokuyo International (Malaysia) Sdn Bhd

Bermula pada tahun 1905 (Meiji 38), sebagai sebuah syarikat kecil yang menghasilkan buku-buku lejar. Kini telah mencatatkan sejarah tersendiri selaku listed company dan pengeluar perabot pejabat rekaan khas terkemuka serta produk alat tulis tercanggih di Jepun.

Rekaan setiap produk Kokuyo sentiasa mengutamakan pengguna sebagai satu langkah penghormatan kepada warisan penubuhan syarikat ini. Bagi Kokuyo, perabot merupakan satu bentuk seni rekaan yang mampu menawarkan kebebasan kepada para pekerja untuk berfikir, menjana idea dan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik.

Selepas 110 tahun beroperasi, Kokuyo sudah berupaya menggarap keseimbangan antara kerja dan kesejahteraan pekerja dalam setiap rekaannya. Direka mengikut kehendak dan keperluan pelanggan, perabot Kokuyo menawarkan fleksibiliti dan kebebasan bagi membolehkan pengguna mewujudkan atau mereka semula ruang kerja impian masing-masing dengan mudah.

Activity Based Working (ABW)

Activity Based Working (ABW)

Berdasarkan laporan kajian sebuah institusi penyelidikan di bawah Kumpulan Kokuyo, Worksight Lab. Salah satu trend utama di tempat kerja masa kini adalah gaya kerja yang berasaskan aktiviti (ABW).

“ABW menawarkan kebebasan kepada pekerja untuk memilih lokasi, masa dan kaedah yang sesuai untuk bekerja. Kebebasan ini memperkasakan pekerja untuk bekerja mengikut kadar kelajuan masing-masing dan berkembang dalam suasana tempat kerja mereka, sekali gus memberi prestasi kerja terbaik.

“Kokuyo menghasilkan perabot khas ini bagi menyokong trend global yang telah diamatinya selama ini. Perabot kami bukan saja menawarkan ruang sunyi untuk membolehkan pekerja menjana idea, berfikir atau menumpukan sepenuh perhatian, malah perbincangan bersama rakan setugas mahupun perbualan biasa bagi mengeratkan semangat kemasyarakatan juga boleh dilaksanakan,” kata Yuki Kanamori, seorang penyelidik gaya kerja dari Kokuyo Worksight.

Tuan Yuki Kanamori seorang penyelidik gaya kerja dari Kokuyo Worksight

Sambil menyenaraikan contoh-contoh ruang kerja terkemuka di Eropah, Kanamori berkata konsep ABW ini bukan saja menggalakkan kesejahteraan para pekerja bahkan juga mendorong semangat kemasyarakatan.

“Menerusi pengamatan kami terhadap beberapa ruang bekerja yang berjaya, kebanyakan organisasi kini menyertai syarikat-syarikat baharu, pekerja bebas dan golongan pekerja nomad digital dalam mewujudkan suasana persekitaran kerja kolaboratif ini. Ini merupakan kaedah terpantas untuk mengembangkan syarikat dan menghasilkan inovasi baharu.

“Peranan ruang bekerja kini amat penting bagi menggalakkan kesinambungan antara aspek keterbukaan, kemasyarakatan dan menggalakkan pekerja mencari tujuan kerjaya mereka. Semua ini adalah saling melengkapi,” tambahnya.

Konsep Days Office

Days Office concept by Kokuyo Furniture – Diperbuat daripada kayu dan besi, perabot kasual ini hadir dengan kerusi yang boleh disusun secara bertingkat, bangku tinggi dan sofa untuk ruang bersantai bagi mewujudkan suasana kemasyarakatan di pejabat

Rujukan: https://www.kokuyo-furniture.co.jp/products/office/daysoffice/ (Japanese)

“Syarikat-syarikat perlu berubah demi menarik lebih ramai bakat baharu yang berkualiti. Ini bererti pekerja tidak lagi perlu bekerja dari ruang pejabat tetapi bebas bergerak tanpa sebarang kekangan lokasi.

“Sama ada ianya amalan penggunaan meja secara bersilih ganti (hot-desking), ruang untuk bekerjasama atau ruang peribadi, tempat bekerja seharusnya mempunyai perabot yang fleksibel bagi menggalakkan budaya ABW dan kesejahteraan pekerjanya,” jelasnya lagi.

Antara Produk-Produk Kokuyo Furniture

Kerusi Luncur 360º ING

ing by Kokuyo Furniture – Antara rekaan perabot Kokuyo pertama dan terkenal dengan keupayaan mendorong kesejahteraan para pekerja.

Tubuh kita sememangnya dicipta untuk bergerak. ING memberi sokongan pada tubuh dan membolehkan pergerakan bebas tanpa had. Menerusi mekanisme luncur, pengguna masih boleh bergerak dengan bebas biarpun dalam keadaan duduk. Ini membantu memperbaiki aliran darah dalam tubuh dan mempertingkatkan prestasi kerja.

Penulis mencuba kerusi luncur ING

Kerusi ini menjadi pilihan saya. Sebab ia boleh bergerak setempat kiri kanan depan belakang. Seperti boleh bawa bersenam. Boleh dikatakan antara produk yang popular.

Rujukan: https://www.kokuyo-furniture.co.jp/products/office/ing/ (Japanese)

INTERVAL

Interval by Kokuyo Furniture

Merupakan meja bersofa yang membolehkan pekerja bekerja dengan tenang dalam satu ruang separa-peribadi, tertutup dan terhindar daripada suasana bising sekeliling.

INFRAME

INFRAME by Kokuyo Furniture

Sebuah ruang petak yang direka khas untuk pekerja mengadakan perbincangan peribadi dalam suasana yang separa tertutup dan cukup selesa. Ruang berbincang ini bagaimanapun tidak tersorok daripada kesibukan persekitaran sosial pejabat.

Rujukan: https://www.kokuyo-furniture.co.jp/products/office/inframe/ (Japanese)

FitMe

FitMe by Kokuyo Furniture

Meja kecil beroda yang bersambung ‘snap’ secara mekanisme pemasangan magnet.

Rujukan: https://www.kokuyo-furniture.co.jp/products/office/fitme/ (Japanese)

[brackets]

Brackets by Kokuyo Furniture

Ruang perbincangan semi-privasi yang mempunyai kesan mengurangkan bunyi dan suara dari persekitaran.

Rujukan: https://www.kokuyo-furniture.co.jp/products/office/brackets/ (Japanese)

Collesso

Collesso by Kokuyo Furniture

Perabot sofa+ bangku jenis modular yang boleh berubah kedudukan bersama dengan meja laptop.

Rujukan: https://www.kokuyo-furniture.co.jp/products/office/collesso/ (Japanese)

 

“Di Kokuyo, kami menawarkan dunia dengan kepelbagaian hasil rekaan kami. Meskipun kami memiliki keupayaan untuk melaksanakan kaedah bekerja baharu, kami masih ingin mewujudkan satu suasana persekitaran kerja yang lebih baik untuk pengguna. Lagipun, pengguna merupakan fokus utama dalam perniagaan kami,” kata Pengarah Urusan Kokuyo International Malaysia, Katsuyuki Konishi.

Maklumat lanjut:

 

P/S: Saya teringat kata-kata David J. Oborne, penulis buku ‘Ergonomics at Work’, apabila memahami bagaimana kita melakukan kerja atau berinteraksi dengan peralatan, dan apabila manusia dengan mesin dalam keadaan lengkap melengkapi, produktiviti kita akan meningkat.

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *