Konspirasi Kekayaan terbongkar dikongsikan

Setelah membaca ebook siri Konspirasi Kekayaan ini, saya dapati banyak yang belum saya tahu tentang kewangan peribadi. Terdapat  tiga perkara yang saya sedar apabila membaca ebook minda kekayaan Robert Kiyosaki ini.

Pertama sekali apa yang saya tahu selama ini, ingatkan rumah itu adalah aset!Tetapi bukan!Pulak dah seperti kereta iaitu rumah juga liabiliti. Tetapi, saya pastikan yang saya  mampu  membayarnya.

Keduanya, walaupun saya berada di kedudukan Kuadran S (Self-Employed) iaitu salah satu daripada 4 Kuadran Robert Kiyosaki yang dikongsikan dalam ebook tuan Nazri Kadir ini. Saya masih belum berasa senang hati kerana saya masih bekerja untuk wang, bukan wang bekerja untuk saya. Ia masih lagi pendapatan aktif dan bukannya pasif.

Ketiga, saya perlukan Rich Dad, yang memberikan nasihat yang betul tentang kewangan peribadi. Jika saya perlukan pertanyaan tentang  perniagaan, saya perlu jumpa pemilik perniagaan dan bukan kenalan yang tiada perniagaan.

Itulah tiga perkara utama yang saya dapati untuk mengingatkan diri saya tentang minda kekayaan yang betul apabila membaca ebook Konspirasi Kekayaan karya tuan Nazri Kadir terbitan Educattic Mind ini.

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *