LOTUS – A Flower Comes Out Once More. Persembahan Tradisional Kisah Rakyat di Teater Jeongdong, Seoul

Assalamualaikum dan annyeonghaseyo,

Pada bulan April lepas, H.A pergi ke Korea bagi merasai pengalaman musim bunga. Berjaya juga melihat bunga cherry blossom dan bunga tulip. H.A turut berpeluang menonton teater yang bertajuk berkaitan dengan bunga juga. Iaitu LOTUS – A Flower Comes Out Once More. Sebuah persembahan musikal tradisional kisah rakyat Korea di Jeongdong Theater, Seoul.

Baca : Misi Memburu Bunga Cherry Blossom di Seoul

Ini merupakan pertama kali H.A menonton persembahan teater dan pertama kali juga menonton di Jeongdong Theater. Sebelum ini, teringin juga menonton persembahan-persembahan seperti NANTA, JUMP, Pangshow, The Painters Hero dan lain-lain. Cuma tidak berkesempatan dari segi masa dan kos tiket.

Dengan mendapat tiket VIP (tempat duduk tengah). Persembahan yang mengambil masa 80 minit, sungguh menghiburkan dengan gabungan muzik dan tarian tradisional Korea.

LOTUS- A Flower Comes Out Once More

Sinopsis

‘Kisah di zaman Joseon. Sebuah Perayaan untuk berdoa pada hari-hari halcyon bermula dengan kehadiran raja dan ratu. Seo-ryeon, penari dan penyanyi yang terbaik istana mula melakukan persembahan, raja terpesona dengan keindahannya seperti bunga yang wangi.

     Disebabkan itu, ratu merasa cemburu dan membuang Seo-ryeon dari istana.

     Do-dam yang merupakan jeneral yang dipercayai raja dengan kesatria yang hebat dan skil seni mempertahankan diri yang terbaik menyukai Seo-ryeon. Seo-ryeon turut menyatakan cintanya pada Do-dam. Mereka mengambil keputusan dengan melarikan diri bersama-sama.

     Ketika dalam pelarian, mereka dijumpai raja dan bala tenteranya yang sedang mencari Seo-ryeon untuk dibawa kembali ke istana. Berlakulah pertempuran antara Do-dam dengan tentera-tentera raja.

     Melihat situasi yang tidak memihak kepada Jeneral Do-dam, Seo-ryeon memutuskan untuk kembali ke istana bersama raja untuk menyelamatkan kekasihnya dari mati terbunuh.

     Di istana, Raja mengarah Seo-ryeon melayannya, tetapi tidak berjaya. Kerana itu, raja menjadi murka dan memenjarakannya.

     Sementara itu, Do-dam merancang menyerang istana dan menyelamatkan kekasihnya dengan orang-orang kepercayaannya dan berlakuan pertarungan sengit dengan tentera-tentera istana.

     Seo-ryeon berjaya diselamatkan Do-dam dan semasa mahu keluar dari istana, mereka bertembung dengan raja. Tanpa sengaja pedang raja tertusuk badan Seo-ryeon ketika mahu menikam Do-dam.

     Do-dam memeluk erat Seo-ryeon yang telah mati. Dia membawa Seo-ryeon bertemu Dukun Mo-hwa untuk diselamatkan. Bermulalah upacara kebangkitan.

     Seperti baru bangkit dari tidur yang lena. Seo-ryeon kembali hidup. Do-dam dan Seo-ryeon kembali bersama.’

 

Jeongdong Theater

Teater Jeongdong

Teater Jeongdong di Seoul

Tiket teater LOTUS A Flower Comes Out Once More

Alamat: Jeongdong Theater, 43 Jeongdong-gil, Jung-gu, Seoul, Korea

Masa Operasi: 4pm dan 8pm (tiada persembahan pada hari Isnin)

Jadual: 06/04/2017 (Khamis) sehingga  29/10/2017 (Ahad)

Harga Tiket:  VIP 60,000 won / R 50,000 won / S 40,000 won

Boleh dapatkan diskaun tiket 30% di Jeongdong Theater [LOTUS, A Flower Comes Out Once More] Discount Ticket.

LOTUS A Flower Comes Out Once More Discount Ticket

Pengangkutan:

[Subway]

  1. Line 1. City Hall Exit No.12 arah ke Jeongdong Theater
  2. Line 2. City Hall Exit No.12 arah ke Jeongdong Theater
  3. Line 5. Seodaemun Exit No.5 arah ke Kyeonghyang Shinmun
  4. Line 5. Gwanghwamun Exit No.6 arah ke Deoksu Elementary School
Jeongdong Theater map

Peta ke Jeongdong Theater

Selain itu, kita juga boleh menonton persembahan-persembahan lain seperti Fanta-stick Show, Bibap (Musical chef Show), Original Drawing Show, Jump! Comic Martial Arts Performance, Fireman dengan harga diskaun di website Indiway.

Persembahan dan teater yang terdapat di laman Indiway

Sumber: Indiway, Jeongdong Theater

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *