Memilih Perabot Yang Sesuai Di Dalam Bilik Tidur Yang Sempit

Memilih perabot yang sesuai dalam bilik tidur yang kecil dan sempit, merupakan satu cabaran bagi sesiapa sahaja. Dengan bilik yang mempunyai ruang yang terhad, anda memerlukan ruang untuk meletakkan katil, almari pakaian dan beberapa perabot peribadi tanpa membuatkan ruang nampak sempit.

Untuk itu, H.A memberikan beberapa tip mudah untuk diikuti.

Tip #1 Pilih perabot yang sesuai dari segi saiz untuk bilik . Contohnya, seorang remaja tidak perlu katil seperti dua orang dewasa tidur. Pilih single bed daripada king size bed.

Tip #2 Pilih perabot yang berbentuk moden, berpetak dan tidak terlalu sarat dengan perincian seperti katil kayu berukiran yang berbentuk klasik yang boleh memakan ruang.

Tip #3 Tidak perlu meletakkan meja sisi kiri kanan katil seperti kebiasaan yang selalu ada dalam dekorasi bilik tidur. Hanya letakkan satu sahaja meja sisi dan sebelah lagi letakkan lampu lantai. Atau memasang lampu dinding yang selalu terdapat di bilik hotel/resort.

Tip #4 Jika ruang bilik anda tidak bersegi empat sama sisi atau mempunyai dinding yang panjang, cuba gunakannya untuk membina almari pakaian built-in. Ini memberikan lebih ruang perstoran.

Tip #5 Gunakan segala ruang yang ada seperti ruang bawah katil sebagai tempat perstoran dengan penyediaan kotak simpanan yang bertanda supaya mudah untuk mencari dan menyimpan.

Tip #6 Buangkan segala perabot atau aksesori dekorasi yang tidak membantu anda mendapatkan ruang yang nampak kemas, luas dan teratur.

Selamat Berdekorasi!

Dapatkan perabot-perabot yang sesuai dan menarik di – Vidi Furniture MY

Kredit gambar : suzettesuzette, pflintandco, koldre, 15029927@N05

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

104 Comments

  1. tips yang sangat berguna. kebetulan sekarang ni tengah fikir nak susun perabot dalam bilik yang agak sempit. terima kasih 🙂

  2. Hi Hazlan
    mcm mana nak menghias bilik yg berbentuk L? mempunya katil single, rak tv dan almari besar berwarna hitam.
    terima kasih 🙂

    • Walaupun berbeza bentuk pelan bilik. Asas menghias adalah sama.
      1- Apa tema hiasan yang diminati? Dari situ sudah mendapat idea hiasan.
      2-Disebabkan almari hitam, elakkan perabot atau aksesori yang gelap.
      3- Boleh gantung cermin, langsir sheer untuk bilik nampak luas.
      4- Rak tv seeloknya tiada dalam bilik tidur, jika ia memakan ruang bilik.
      5- Yang penting ada meja solek yang boleh dijadikan meja kerja.

      Semoga membantu

  3. Salam,Saudara H.A.sy mempunyai 1 set perabot berwarna htm utk ruang blk yg smpt iaitu katil Queen,almari pakaian 2 pintu dan juga meja solek.Sy memerlukan pertolongan Saudara H.A utk ubh suai blk sy termasuk warna n wallpaper yg sesuai.sy sukakn wrna yg lembut n tenang…terima kasih.

    • Salam saudari Shikin,
      Untuk wallpaper, pilih warna wallpaper yang ada tone warna hitam atau kelabu untuk nampak harmoni dengan perabot hitam. Jadikan wallpaper sebagai feature wall di kepala katil.

      Bagi warna yang lembut dan tenang,warna biru atau hijau sebagai pilihan. Warna lembut selalu dikaitkan dengan warna-warna pucat/pastel. Jika ada warna kesukaan, cari yang lebih cerah tone-nya.

      Contoh : http://bit.ly/MBf54S

      • Salam….bgaimana pula ngan ssn atur perabot dlm blik spy nmpk teratur dan sedap mata memandang terutama setelah penat bekerja.TQ

        • Pendapat saya bagi bilik yang teratur ialah susunan barang yang kemas. Sedap mata memandang jika bilik tidak bersepah. Sebelum keluar bekerja, bilik dikemaskan .Bantal dan cadar di susun rapi. Bunga segar diganti. Letak bau-bauan aromaterapi (apabila berada dalam bilik tidur). Kemudian, pasangkan lagu yang easy listening 🙂

  4. salam..sya ada masalah untuk mereka bilik..bilik sya segi empat tepat..saya mempunyai seorang anak lelaki yg baru berumur 7bulan..bagaimanakah hiasan,rekaan atau perabot yang bersesuaian untuk kami bertiga? =) terima kasih..

  5. slm.. boleh tuan bg cadangan 2 warna utuk bilik segi empat. pintu bilik bersebelahan dgn pintu bilik air yg berada dlm bilik tersebut. utk makluman tuan bilik sy bila waktu siang dlm keadaan redup. sy bercadang utk mengecat. warna yg sy suka warna biru atau hijau dan tidak berapa pasti satu warna lg utk sy gabungkan. sekian terima kasih. 🙂

    • Gabungan warna biru dan warna hijau itu sesuai kerana dapat mewujudkan suasana ‘fresh’. Warna ketiga yang dipadankan ialah warna putih/krim kerana warna biru dan hijau agak menyerlah. Atau boleh cari warna yang sedikit gelap/cerah daripada tona warna biru/hijau sebagai warna ketiga.

      Jika perlukan warna lain ke-3 yang kontras, pilih warna panas seperti jingga kerana warna biru dan hijau ini warna sejuk. Warna coklat pun sesuai.

  6. saya mempunyai masalah untk mereka bilik saya.Ruang dalam bilik saya kecil.Katil saya dibuat daripada kayu,sama juga dengan meja belajar saya.Saya meminta cadangan anda apakah tema yang patut saya gunakan di bilik saya. Terima Kasih…

    • Tema dipilih berdasarkan apa yang kita suka.
      -Ada mereka yang suka pulau, dekorasi mereka ada bercirikannya seperti warna biru,putih,perabot rotan,koleksi seashell untuk hiasan dinding.
      – Ada mereka yang sukakan suasana hotel atau resort, dekorasi mereka ada bercirikan seperti bilik hotel.
      – Ada mereka yang sukakan tradisional, dekorasi mereka ada cirikan stail kampung, warna hijau, perabot kayu.

      Tip pilih apa yang disukai, rujuk majalah/internet berkenaan tema dan adaptasinya dalam kediaman.

      Selamat berdekorasi.

  7. Salam,Saudara H.A, saya ada 2 soalan nak tanye,
    – yang pertama saya meminati perabot jati kerana suka dengan konsep klasik, hampir semua perabot dalam rumah saya perabot jati, apakah warna yang sesuai dengan perabot berkenaan.
    -yang kedua sebelum ni saya mendiami rumah kuaters kerajaan, dalam beberapa bulan akan berpindah ke rumah sendiri….jadi saya xpandai nk susun atur perabot, harap H.A dapat membantu 🙂

    • Salam, warna yang sesuai dengan perabot jati ialah warna hijau, merah atau jingga. Bila sudah berpindah boleh contact saya semula 🙂

  8. salam saya nak mintak pendapat..
    kami akan berpindah x lama lagi ke kampung..
    dinding bilik tidur separuh batu separuh kayu..
    saya bercadang untuk menggunakan katil arwah nenek dgn sedikit ubahsuai..sy nak minta pendapat saudara :
    1)ada apa2 cdgn bgaimana saya nk make-over katil lama( jenis y ada kanopi) bg nampak lebih moden dan sesuai dgn remaja?

    2)dgn dinding y separuh batu separuh kayu apa pilihan warna y sesuai untuk bilik?

    • 1) katil lama cat baru warna putih (perempuan) atau warna hitam (lelaki). Kanopi pilih yang ada corak bunga-bunga untuk (perempuan) atau corak geometrik (lelaki). Sebab tidak dinyatakan remaja lelaki/perempuan.
      2)Boleh serlahkan tona kayu dengan sapuan syelek dan separuh batu tersebut diwarnakan hijau atau merah (konsep resort dan warna ini menyerlahkan dinding kayu tersebut.

  9. salam..saya suka blik yang simple tapi pada masa yg sama saya suka colourful..mcm mana sy nk pastikan blik 2 simple dan luas..tp pnuh dengan warna-warni.. terima kasih

    • Salam Kembali, boleh ceriakan bilik dengan warna pada cadar bantal/kusyen dan aksesori seperti lampu atau pasu bunga.
      Bilik yang simple tidak memerlukan perabot yang banyak, asas sahaja sudah mencukupi.
      Pasangkan dinding dengan wallpaper dua atau tiga warna. Jika warna terlalu banyak boleh pening kepala melihatnya. Kertas dinding boleh bercorak bunga, abstrak atau jalur.

  10. hi..mcm mne sy nk hiaskan bilik yg kecil dengan mengunakan katil kelamin.sy berkongsi bilik dengan adik.sy agak kurang berminat untuk guna katil double decker lagi.

    • Hi, pertama kali tentukan tema yang di inginkan. Contoh, tema klasik. Perabot dan aksesori yang dipilih tentulah berdasarkan tema klasik. Selepas itu, pilih warna yang disukai. Dari situ juga aksesori warna dapat dijumpai pada bantal, cadar dan selimut. Tambahkan kushion di katil untuk lebih selesa tidur.

      Apabila berkongsi bilik tidur, penstoran amat penting. Pastikan membeli kotak-kotak penyimpanan yang menarik dan labelkannya untuk mudah dijumpai saudari dan adik saudari.

  11. salam.yg petama sya nk mintak pendapat warna cat yg sesuai untuk bilik sya yg berbentuk petak dan curam ikut bentuk bumbung di tingkat atas kerana bilik blik sya agak panas pada wktu siang dan terlalu kena cahaya matahri..sya mahukan blik yg agak malap dan tenang..yg kedua saya nk tahu perabut yang mcm mna sesuai untuk blik jnis mcm ni,blik sya agak kecil..

    • Boleh cat dinding dengan warna sejuk seperti biru. Kerana warna biru itu bersifat tenang.
      Warna pilihan kedua ialah hijau dan warna pilihan ketiga ialah purple.
      Perabot yang sesuai ialah:
      -Bentuk berpetak dan ringkas rekaannya.
      – letak perabot yang asas kalau boleh (katil,night table, almari pakaian dan meja solek)
      -Tambah cahaya lampu (lampu lantai, lampu siling dan lampu meja)
      – Perabot yang multifunction (selain berfungsi sebagai perabot- ada ruang untuk penstoran)

  12. hi, klau cat warna merah sesuai digabungkan dengan warna apa supaya mendapatkan tone yang menarik dan warna merah sesuai tak untuk bilik seorg remaja.tq.

    • Merah menarik dengan warna coklat,kelabu dan hitam. Merah kurang sesuai untuk bilik tidur kerana membangkitkan rasa panas. Jika inginkan juga, pastikan warna merah sebagai aksesori(bantal/cadar/selimut) dan gabungkan dengan warna putih sebagai kombinasi warna yang tenang dan selesa.

      Cadangan: bilik remaja lelaki (coklat/kelabu/hitam) , bilik remaja perempuan (pink/purple/pastel color)

  13. hi.kalau bilik sesuai tak cat warna merah dan warna merah sesuai dipandankan dgn warna apa supaya mendaptkan tone yg menarik..wallpaper corak macam mna sesuai untuk warna merah..pemilihan perabut pula bagaimana?

    • Merah menarik dengan warna coklat,kelabu,emas dan hitam.
      Wallpaper terpulang pada minat dan konsep hiasan. Tema moden, pilih wallpaper corak moden. Pastikan wallpaper ada warna merah untuk memberikan balance pada warna merah yang lain.
      Merah memberikan kesan ruang nampak gelap dan warna merah itu sendiri menyerlah (bold). Pastikan perabot warna natural seperti kelabu atau coklat. Warna kontras pun boleh seperti biru atau kuning.

  14. hai..sy baru cat bilik warna ungu violet..sy ada problem nk susun atur bilik n nak mencantikan blik n tema yg sesuai dan warna yg menarik dgn warna ungu tersebut..

  15. saye nk mntk pendapt ckit la..u warna n kdudukan perabot..blik sedrhana n ktil single,so cmne eh..

    • -Warna popular untuk bilik bagi wanita – purple/pink/turquoise/cream
      -Kedudukan perabot – kepala katil elok di dinding kosong atau dinding paling lebar (sesuai untuk feature wall/ letak wallpaper)
      -Tambahkan karpet untuk keselesaan kaki. Langsir jadikan 2 layer (day and night curtain)
      -Boleh tambahkan kushion.
      -meriahkan warna dengan aksesori pada bantal,cadar, selimut, kushion.

  16. salam saya memerlukan pandangan HA perabot yang bagaimanakah yang harus saya beli dan bagaimanakah caranya untuk saya menyusun perabot berkenaan..pada keluasan bilik yang berbeza

    bilik anak perempuan- 11.5 x10 kaki , 10 x 10 kaki dan 12 x 10 kaki
    bilik anak lelaki pula 9 x 10 kaki dan 10 x 10 kaki. disetiap bilik ada tingkap cermin bersaiz pintu..

    saya bercadang menempatkan setiap bilik katil queen. almari baju . adakah masih muat untuk almari solek..

    harap dapat bantuan…tq

    • Salam kembali,
      Boleh buat lakaran ringkas bilik, kalau ada kertas berpetak-petak ( buku latihan matematik sekolah) mudah untuk lakar pelan bilik.
      Selepas buat lakaran, ambil ukuran (measuring tape) bilik dan bawa ketika membeli perabot. Dapatkan ukuran perabot dan lihat pelan, muat atau tidak. Penjual juga boleh membantu.
      Agak sempit bagi 9×10 dan 10×10 untuk katil queen. Jika anak masih remaja elok gunakan katil bujang.

  17. Saya ade masalah utk menukar cat ruang tamu….saya menggunakan cat warna merah ini mengecilkan ruang…saya pening memikirkan warna cat yg sesuai….saya ingin warna lembut..untukpengetahuan..saya menggunakan perabot jati minimalis…keseluruhan perabot berwarna coklat….

    • Jangan pening, dapatkan inspirasi di majalah dekorasi lokal atau international .Warna rekomen H.A yang sesuai ialah hijau atau warna turquoise (biru kehijauan) kerana kena dengan warna perabot jati.

  18. saya nk tnya, cmne pemilihan perabot n susun atur n warna tuk bilik yg luasnya 10kaki persegi? lau bleh nk guna katil yg duk 2 org…. pening sungguh mikirnya..dhla nk guna ruang tu tuk solat lg..aduyaiii…sedih tul…

    • Perabot yang dipilih perlu yang asas sahaja. Katil dua orang biasanya saiz queen dan king. Tetapi kerana ruang terhad ambil saiz queen. Tiada sidetable diperlukan. Boleh mengambil inspirasi bilik Tune hotel.
      Bagi mempunyai ruang untuk bersolat. Rapatkan katil ke dinding.

  19. Salam.Saya mempunyai sebuah bilik berbentuk segi empat tepat dan bersyiling tinggi dan mempunyai katil,almari dan meja besar dan panjang sebagai meja belajar..dan kesemua barangan ini adalah klasik..saya ingin menminta pendapat tentang warna cat yang perlu digunakan untuk membuat bilik ini nampak tenang dan luas.Saya juga menjadikan bilik tersebut sebagai dwifungsi iaitu tempat belajar dan tidur.Saya meminati warna putih dan biru..

    • Warna tenang dan memberikan kesan ilusi luas dengan warna-warna pastel. Warna yang diminati saudari amat sesuai sekali. Warna biru boleh dijadikan feature wall dan
      dinding lain diwarnakan putih atau biru pucat daripada biru feature wall. Perabot klasik boleh diwarna putih (jika mahu) menambahkan lagi keluasan ruang.

  20. salam saudara hazlam…

    saya ada masalah dengan ruang bilik tido saya…saya telah menggunakan katil saiz king..sebab ada ruang untuk kami tido bertiga..saya ada anak kecik…bilik tido saiznyer kecik bila menggunakan katil ‘king’…macamana pula dgn almari pakaian yg sesuai..

  21. Salam,

    Untuk makluman,saya sekarang dalam proses untuk mencantikkan bilik tidur saya.Saya ingin bawa masuk perabot bilik tidur satu set yang saya beli dulu di rumah sewa ke rumah yang saya ingin tinggal sekarang.set perabot bilik tidur saya seperti katil king,meja mekap dan side table adalah berwarna putih dan katil saya ada batu mcm diamond di kepala katil saya. sekarang saya menghadapi masalah untuk tema bilik saya.untuk makluman saya ingin memasang wallpaper untuk dinding kepala katil saya. saya dan suami suka warna merah. wallpaper yg saya berkenan juga warna merah ke maroon dengan sedikit cebisan warna putih. bentuk corak dalam wallpaper tersebut berwarna bentuk diamond. jadi dengan mainan warna putih dalam itu menjadikan wallpaper itu kelihatan seperti persis diamong dan tampak bersinar. tetapi saya ingin dapatkan pendapat daripada tuan berkenaan dengan warna cat yang sesuai untuk dinding bilik saya yang lain kerana bilik saya empat segi tepat dengan siling rendah dan bilik pun tampak kecil.jadi saya ingin tanya apa warna yang sesuai untuk dinding yang tidak dipasang wallpaper itu supaya sesuai dengan warna langsir. saya pun ingin dapatkan pandangan berkenaan dengan warna langsir yang sesuai dan masuk dengan semua cadar katil bila cadar katil ditukar.saya pun ingin masukkan sofa yang berwarna kelabu terang di sebelah tingkap.saya pernah terbaca sekiranya siling bilik adalah rendah,langsir yang dipasang haruslah ditinggikan agar nampak luas dan tinggi.

    • 1-Cat dinding yang lain boleh diambil dari warna merah/maroon tetapi sedikit pucat warnanya (merah keputihan- pale maroon) ATAU light brown.
      2-Warna langsir yang sesuai ialah warna natural (putih/cream/light brown). Warna natural masuk dengan semua jenis warna dan ia tergolong warna-warna selamat. JIKA cadar yang ditukar kebanyakkannya warna merah, langsir boleh berwarna red maroon dengan sedikit corak putih (sama seperti wallpaper)
      3-Betul. Kebiasaan rumah memasang rod langsir di atas bingkai tingkap. Bagi menampak ruang tinggi, rod langsir di pasang tinggi berhampiran siling.

    • wallpaper untuk perabot tiada tetapi yang ada upholsteri untuk perabot ada. Boleh kunjungi kedai-kedai perabot yang memberikan servis uphosteri. Warna biru dan hijau sesuai, padankan sekali dengan warna kelabu.

  22. hi. saya sedang renovate rumah. mempunyai masalah dengan master bedroom. luas bilik ialah 15×19 kaki. saya nak buat bathroom 7×8 kaki di dalam master bedroom. apakah kedudukan yang ideal bagi susun atur set katil dan bathroom? bolehkah katil diletakkan di sebelah bathroom?

    • Tidak salah untuk meletakkan katil sebelah bilik air, yang penting ruang laluan tidak terganggu. Selagi katil dapat diletakkan bersama meja sisi. Jika tidak, jadikan baki ruang itu sebagai ruang kerja dan letak katil di tengah berhampiran almari.

  23. hai.. perabot di dalam bilik utama sy semuany perabot kayu. Jadi sy bercadang mahu mengecat feature wall sy berwarna hijau epal. adakah ianya sesuai?

    • Sesuai sekali dan boleh dilengkap dengan percikkan warna merah. Contohnya kusyen merah.

    • Warna tahun 2013 yang dikaji oleh pakar warna dunia PANTONE ialah warna hijau emerald.

  24. apakah warna feature wall yg paling sesuai utk ruang tamu yg mempunyai perabot jati? adakah warna feature wall perlu lebih gelap berbanding wall lain? dan apakah warna yg sesuai utk langsir dan juga kusyen? thanks

    • Merah / kuning / hijau sesuai dengan perabot jati. Ya, warna feature wall lebih gelap berbanding dinding lain.
      Boleh ambil warna yang pada dinding untuk langsir dan kusyen atau warna lain seperti ungu.

  25. saya dalam dilemma utk menentukan warna yg paling sesuai utk family hall rumah baru saya…saya bercadang utk menjadikan family hall tersebut sbg study room for my kids…thanks

    • Pilih warna yang disukai. Cuba rujuk inspirasi dalam majalah dekorasi lokal atau international. Terhadkan kepada tiga warna pilihan dan dari situ pilih satu warna utama.

    • Maafkan saya kerana tidak memahami apa yang saudari tanya?
      Jika duit bukan isu : Kalau tidur seorang, tukar katil bujang. Almari tukar 2 pintu gelongsor.
      Almari itu sebenar bagus kerana pintu gelongsor ini menjimat ruang bukaan pintu.
      Cadangan lain: Pasangkan cermin dinding (ilusi bilik nampak luas).

  26. Hai..sy nak minta pendapat tentang master bedroom sy..sy ingin tukar lantai bilik tile ke lantai kayu..juga siling bilik ke plaster siling juga berkayu di tengah2 siling..perabut set sy da order berwarna hitam..sy ingin tanya..adakah sesuai combinasi kayu tersebut dan perabut kale hitam?dan kalo sy ingin letak wallpaper di kpala katil..wallpaper camne yg sesuai?tq

    • Sesuai sekali.
      Pilih wallpaper yang ada terdapat warna utama dalam bilik itu. contohnya, majoriti warna dalam bilik merah, oleh itu wallpaper ada gabungan sedikit/banyak tona merah.
      Corak paling popular ialah ‘damask wallpaper’ atau bercorak bunga-bungaan (kesukaan golongan hawa). (suami isteri) corak geometri atau abstrak. Golongan Adam (moden/retro dan simple)
      Tip. Bilik kecil (corak wallpaper besar). Bilik besar (corak wallpaper kecil)

  27. salam HA! bilik saya segiempat xsama mcm memanjang,pintu bilk plak berada tengah2,tingkap pun mengadap pintu dan 1 lagi d sebelah tepi, saya bujang, tiada perabot bilik cuma tilam quen saiz,rumah sewa papan satu bilik,bagaimana susun atur hendak saya buat,cadar color apa yang sesuai dan warna bilik org bujang yang terserlah di gunakan,2tone warna apakah yang sesuai, ada bilik org bujang saya lijat gunakan warna merah/hitam dan juga hitam putih, tapi saya suka warna yang lembut tapi garang. tilam sya lau letak tengah2 ruang kiri kanan tinggal 2 kaki, terpaksa letak tepi dinding, tapi di hujung kaki ruang kosong… xtau mcmana nak buat.xsuka guna almari baju/rak kain..just da biasa hanger jer..plzz tolong saya bagi cth bilik mcm tu

    • Warna maskulin ialah kelabu, coklat dan hitam. Atau gunakan warna disukai yang dikatakan lembut tapi garang itu.
      Boleh letak meja belajar dan tambahkan floor lamp/table lamp.
      Ada juga almari pakaian yang tidak berpintu.Atau cuba lihat bilik Tune Hotel, mereka pakai rod besi untuk gantung baju.

  28. salam…
    saya ade maslah utk perletakkan perabot terutama dibahgian yang mempunyai tingkap yag agk besar terletak bersebelahan katil…ade cadangan tak untuk menutupi tingkap tersebut,,konsep klo boleh western…perabot yg ade buat masa sekrang katil king size dan almari baju berukuran 8’x8’…boleh tak cadngkan warna2 yg sesuai utk bilik tidur…

    • Sayang pula kalau menutup tingkap tersebut melainkan langsir. Perabot yang sesuai diletakkan:
      1) chaise lounge
      2) wing chair + round small table with floor lamp (umpama sudut membaca)
      3) atau working table.

      Warna sesuai ialah warna lembut/ pale color. Elakkan warna terang. Warna sesuai ialah,golongan keluarga biru/ hijau / kelabu/ ungu.

  29. Aslmkum…sy nk tnye mcm mana nk hias bilik tidur 10ft x 10ft..perabut colour coklat tp sy nk colourkan dinding dgn 2 colour unggu gelap dan unggu cerah…adakah sesuai…dinding di belakan almari serta diding yg ada tingkap sy colourkn dgn colour unggu cerah dinding yg kosong sy colourkn dgn colour unggu gelap…

    • ad tambahan…contoh keadaan bilik sy sama mcm lampiran lukisan di E-DECORATING y hazlan reka 2…ad dua pintu…cuma y beza…tingkap bilik sy berada di belakang katil yg en azlan reka 2…..keadaan perabut sama kecuali katil…ibarat mcm nie la…dalam disgn 2 tukar keadaan gantikan tmpat katil 2 dgn tingkap dan keadaan tingkap 2 berada di tempat katil…yg jd masalah lg…di mana sy nk letak meja solek…sb almari sy penuh satu dinding sama mcm dlm disgn 2…..satu lg…ok x kalu sy letak kan wallpaper di tengh2 dinding belakan katil…

      • -Wallpaper seelok dinding yang polos dan tidak bertingkap, jika tidak rugi membeli dan tidak nampak corak wallpaper-nya.
        -Apabila ruang sempit kita perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Ada perabot yang tidak dipakai boleh dibuang?
        -Adakah tiga pintu almari boleh ditukar kepada almari pakaian dua pintu?
        – Adakah kita perlukan katil queen kalau kita tiada masalah tidur katil single?
        Dari persoalan ini, kita pasti mendapat ruang untuk meja solek. Atau tiada pilihan, hanya memasang sekeping kayu para (paras tinggi meja).

  30. salam. saya dalam proses menghias bilik anak. bakal menimang cahaya ketiga jadi saya bercadang untuk tempatkan ketiga-tiga anak dalam satu bilik sahaja. saya telah membeli 2 almari (4 drawer) warna putih untuk menyimpan baju anak sulung lelaki (4 thn) dan anak perempuan ( 2tahun). Saya bercadang menambah 1 lagi almari yang sama untuk anak yang ketiga. saya juga bercadang membeli 3 buah super single bed untuk mereka. Saya bercadang untuk mengecat light blue dan pink untuk dinding bilik. Adakah warna tersebut sesuai untuk kanak-kanak? Bagaimanakah cara menyusun perabot tersebut agar bilik mereka mempunyai keluasan yang sesuai untuk mereka bermain? Atau En Hazlam mempunyai idea yang lain untuk bilik anak lelaki dan perempuan yang berkongsi bilik yang sama?

    • Saya cadangkan Puan mengunakan servis e-decorating saya. Di sini saya membantu memberikan gambaran perspektif 3D bilik kepada Puan. Supaya, puan jelas. Boleh hubungi saya di bahagian menu Hubungi.

  31. saya ingin mengubah suai bilik tidur tetapi masalah saya, mak saya tidak membenarkan membuang barang2 yg ada di dalam bilik itu. bilik berbentuk segi empat sama. bilik yg agak sempit. mempunyai 1 almari besar dan 1 almari sederhana. meja solek, almari size queen dan juga penyangkut baju. apa nasihat dan pendapat hazlam ye. tq

    • 1)Organize barang-barang itu. Beli kotak-kotak yang bercorak menarik dan simpan barang tersebut (dibawah katil atau di atas almari atau dalam almari). Label-kan kotak itu.
      2) Boleh ceriakan katil dengan sarung batal dan cadar yang menarik.
      3) Letakkan dinding yang kosong itu dengan gambar bunga/keluarga/seni/landskap/pop art.

  32. rumah saya nak dijadikan homestay saya dah catkan luar dan dalam dgn warna biru dan ungu muda apakah warna langsir yang patut saya pasang

  33. saya mempunyai masalah untuk bilik tidur 4 anak dara saya…dimana bilik pertama muat untuk 1 katil bujang dan satu bilik lagi besar hingga boleh muat 3 katil bujang…masalahnya saya tak pandai nak susun 3 katil untuk bilik tersebut…ada idea tak?

    • Boleh gunakan idea bilik asrama. Caranya ialah, tiga katil disusun selari dan diantara katil jika muat letakkan side table. Dan dihadapan katil letakkan almari pakaian. Ada juga diantara katil diletakkan almari satu atau dua pintu.

  34. Assalammualaikum…Encik Haslan Anuar

    Mazz sekarang ini dah kosongkan bilik bujang anak mazz ,mazz bercadang nak mencat bilik dan membeli perabut baru sebabnya anak mazz dah remaja dan dah duduk di rumah…sewaktu sekolah anak mazz duduk asrama..macamana nak beli perabut untuk budak remaja dan warna cat apa yang sesuai dengan bilik nya yang serdahaan besar mananya bilik u no 3.kecil sedikit dari bilik no 1dan 2.(pangsapuri)minta di bantu….terimakasih.

    • Waalaikumussalam, nama saya Hazlam :),
      Bilik bujang Puan Mazz tentunya lelaki?
      Cat yang sesuai untuk lelaki ialah warna-warna maskulin iaitu kelabu dengan feature wall hitam atau pilihan kedua brown beige tanpa warna feature wall.
      Perabot untuk remaja boleh pilih single bed+ study table (with study lamp)+ two door wardrobe.Ada ruang lagi boleh letak side table sebelah katil berserta lampu.

  35. sya mempunya bilik yang agak sempit..lbih kurang berbentuk segi empat tepat..di penjuru bilik saya ada tandas pulak.sekarang bilik saya berbntuk L ..saya tak tahu macam mana nak hias bilik saya..sedngkan saya masih belajar..saya perlu ada meja belajar saya dalam bilik..lpas tu brang keperluan bilik macam katil,almari dan lain2.pasti bilik saya akan jadi betul2 sempit. boleh encik tolong saya untuk hias bilik saya.

  36. Assalamualaikum En Hazlam

    Saya nak bertanya tentang bagaimana kita hendak jadikan bilik anak kita yang berkeluasan 10′ x 10′ nampak lebih kemas dan tersusun.
    Sekarang ni bilik tersebut mempunyai sebuah katil [double bed] serta sebuah almari baju 2 pintu. Apakah cara yang sesuai untuk menampakkan ruang tersebut kemas. Terima kasih

  37. Nak tanya encik la , saya baru renovate bilik , so saya berminat dengan rekaan gambar no dua di atas , boleh tahu , di mana saya boleh mendapatkan katil tersebut?

  38. nak tanya sikit , bilik saya berbentuk L , bagaimana untuk menyusun atur kedudukan katil dan almari ? untuk makluman encik saya tidak membeli apa apa barang lagi , minta pendapat yaa

  39. Hai hazlam..sy nak minx pndapat la..dah pening kepala sgt ni.. saya nak cat ruang tamu warna purple then padankan langsir dgn colour hijau kekuningan.. sesuai x?memandangkan ahli keluatga sy ramai,sy nak ruangtamu sy nampak luas..apa pandangan awk?help me !!!

    • Jika purple jenis gelap, pasti ruang nampak sempit. Melainkan purple warna pastel seperti lavender, itu okey.

  40. En. Hazlan, saya nak tumpang tanya, macamana nak menghias rumah kos rendah 2tingkat. Rumah jenis lama, bersaiz sgt kecil, ruang hanya ada ruang tamu yg boleh melihat ke dapur, mempunya satu bilik air & lantai dari simen. Manakala ditingkat atas, menempat 2buah bilik kecil. Berikan pilihan cat yang sesuai utk ruang kecil & sempit ini, dan perabot apa yg sesuai. Dgn ruang yg terhad ini, saya sangat buntu utk menghias rumah. Yg ada cuma meja makan dgn 6kerusi. Saya meminati konsep rumah kotempori tapi tidak mampu menzahirkan idea sendiri kerana ruang rumah spt ini, bantuan En, amat saya hargai, t.ksh.

    • Pilih warna-warna pastel (warna lembut yang cerah)
      Perabot sesuai: perabot yang minima dan berbentuk ringkas
      Rujuk majalah dekorasi seperti Aparment. Kerana ia menunjukkan dekorasi hiasan yang sempit.
      Yang penting biar ringkas.

  41. salam en hazlan,,sy ingin bertanya,bilik tidur sy mengunakan perabot jati(gelap)..adakah warna merah sesuai dijdikn warna dinding (bahgian kpale katil)?and warna ape yg bole ngam same merah.selain merah warna ape sesuai bg blik tidur wanita+remaja,kerna sy bkongsi blik.terima kasih

    • Sesuai. Warna lain purple, pink atau warna-warna candy. (pastel sweet color tone)

  42. Salam
    Macamana nak susun perabot seperti katil,almari dan meja solek di bilik yang ada 3 anak dara remaja?Saya ada katil double decker yang bahagian bawah adalah queen size.

    • Bayangkan (sebuah segiempat dan dinding seperti kompas) seperti katil dirapatkan ke dinding kiri atas (W). Almari pakaian di dinding kanan atas (E). Meja solek di dinding (S).

  43. salam encik..sy nk ubh kddkn blik sy ni..blik 4sgi tepat..pntu plak dkt pnjuru n tingkap dkt pnjuru lg 1..ada 2almri srna vklt n ptih..nk buang yg ptih tp mama xbg..jd cmna sk..png sy..cat plak ssuai warna pe..biru dgn putih ok x..sy nk nmpk csrah n luas..

    • Perabot perlu dibuang apabila ia 1)rosak 2) tidak digunakan 3) menyempitkan ruang.
      Warna biru dan putih okey.

  44. bilik tido saya bersegi empat tepat macam mana saya nak isi ruang bilik saya seperti katil almari meja belajar dan meja solik dengan kemas dan nampakkan bilik saya ada banyak ruang lagi….

  45. Saya memang tengah pening sekarang untuk susun atur rumah baru..masa pergi tengok ruang2 rumah nampak kecil..saya tak igt pjg berapa tapi lebar untuk ruang tamu 10′, ruang tidur pun 10′.adakah boleh ruang tidur saya masukkan katil, almari dan meja solek? tak rasa sempit ke?

  46. Salam

    mohon idea susun atur dan warna cat bilik remaja perempuan.
    -saiz 8′ x 12 ‘
    -katil single n almari putih
    -tingkap pada 8’ dinding
    -lantai kayu coklat

    TK

  47. Assalamualaikum…saya ingin dptkan pandangan HA susun atur yg bagaimanakah yg sesuai untuk bilik tidur bersaiz 10 x 10 dimana terdapat 1 ruang bilik mandi diluar kawasan 10 x 10 itu dan perabaot warna serta saiz apa yg perlu saya isikan. Saya suka susun atur yg simple tpi nampak elegant.

  48. assalamualaikum. bilik tidur saya warna hijau turquoise dan terlalu menyerlah warna nya. masalah nya sekarang saya tak tau nak pilih cadar warna apa yg sesuai

    • Waaalaikumussalam.
      Pilihan warna cadar sesuai:
      1) putih / krim
      2) coklat
      3) kelabu
      4) biru
      5) mustard

Leave a Reply to nurul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *