Mencari Ruang Yang Hilang

Apakah ruang yang hilang itu? Apa yang membuatkan ia hilang? Siapakah yang menghilangkan ruang itu?

Puncanya ialah anda! Ya ANDA! Pemilik rumah yang membuat ruang itu hilang!

Terkejut dengan kenyataan tadi? Minta maaf H.A dahulukan. Baru-baru ini, H.A menerima dua, tiga soalan yang sama daripada pembaca blog. Iaitu, mereka sudah ada perabot dan mempunyai ruang yang terhad dan memerlukan idea bagaimana menyusun atur perabot dengan ruang yang sempit bin terhad ini. Supaya,  ruang yang sempit menjadi luas dan lapang kembali.

bilik tidur yang bersepah

Bilik tidur yang bersepah

Jika tidak mahu menjadi pencuri ruang, H.A buat satu post ini untuk menjawapnya. Ada tiga langkah yang boleh diaplikasikan.

  • Langkah 1: Simpan, Buang dan Derma
  • Langkah 2: Masuk Satu, Keluar Satu
  • Langkah 3: Single Is Better Than Double

 

Simpan, Buang dan Derma

Tip pertama ini dikongsikan oleh Home organization expert, Peter Walsh yang sering di jemput dalam rancangan Oprah Winfrey Show dan penulis buku It’s All Too Much – An Easy Guide for Living a Richer Life with Less Stuff.

Peter Walsh-Home organization expert

Peter Walsh – Home organization expert

Mulakan dengan tiga buah bakul atau kotak dan setiap bakul ditandakan ‘Simpan’, ‘Buang’ dan ‘Derma’. Apabila berkemas barang, alatan atau pakaian, agihkan mengikut tiga bakul tersebut. Setelah selesai, anda pasti tahu mana yang ingin disimpan, didermakan dan dibuangkan. Apabila bakul simpan lagi banyak daripada bakul buang, ini menunjukkan memori terhadap barangan anda terlalu kuat.

Jika ruang bilik yang luas untuk minda kita menjadi tenang dan lapang begitu penting, korbankan memori indah anda terhadap barang tersebut, full stop!

Masuk Satu, Keluar Satu

Apabila membeli satu barang hiasan baru untuk bilik anda, pastikan terdapat satu barang lama yang perlu dibawa keluar. Supaya bilik anda tidak menjadi sempit atau lebih teruk menjadi stor! Jika terjadi, ikuti semula langkah 1, simpan, buang dan derma.Cara ini juga boleh digunakan untuk pakaian anda atau barangan lain.

Single Is Better Than Double

Ruang sebuah rumah flat berbeza dengan ruang sebuah banglo. Elakkan mencari inspirasi dekorasi rumah banglo jika kita tinggal di rumah flat atau apartmen, kerana perbezaan ruang amat besar!

Jika bilik tidur normal mempunyai meja sisi katil (nightstand) di kiri kanan katil, bilik sempit hanya memerlukan sebelah meja sisi dan sebelah dibiarkan kosong atau diletakkan lampu lantai sahaja. Tetapi jika masih inginkan meja sisi di kiri kanan katil, pilih meja yang bersaiz kecil. Di pasaran terdapat pelbagai saiz meja sisi, ada yang bersaiz 46x35cm, 39x41cm atau berbentuk bulat 47x47cm.

bilik tidur - single is better than double

Bilik tidur – single is better than double

Contoh lain, bilik normal ada meja solek dan meja kerja. Bagi bilik sempit pula, hanya letakkan sebuah meja yang boleh dijadikan meja pelbagai fungsi (meja solek+meja kerja+meja belajar).

Sekian, tiga langkah yang boleh anda ikuti untuk menjadikan bilik anda lapang dan fikiran pun tenang.

Tip tambahan, iaitu percahayaan. Jika bilik tidur tidak mempunyai dinding bertingkap, percahayaan lampu amat penting. Pastikan bilik mempunyai lampu utama (fluorescent lamp atau downlight). Tambahkan lampu meja atas meja sisi dan atas meja solek.

Selamat Berdekorasi!

Kredit gambar (peterwalsh ,vansgirl12, lucasfoxbcn )

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

13 Comments

  1. Saudara H.A. Akhir2 ini saya mula bosan dengan simpanan ‘khazanah’ yang memeningkan kepala dan ruang terhad saya. Artikel saudara ini sangat tepat untuk situasi saya ini. Terima kasih 🙂

    • Sama-sama harap membantu. Ruang yang luas dapat memberikan diri kita terasa lapang dan bebas stress.

  2. salam H.A..

    bilik sy xdela besar sangat n xde la kecik sangat. sedang2 je.. perabot x banyak tapi ruang nampak sempit jugak la. bilik saya colour biru. masalahnya, bilik sy nampak kusam n tak berseri walaupon bilik tak bersepah. lagi 1, dinding bilik sy kosong tanpa ada apa2 hiasan dinding atau gambar. sbb nya, sy tidak tahu camne nak gantung gambar sbb sy dah cuba memaku dinding tu tp x boleh sbb dinding keras sgt. ada cara lain tak nak gantung gambar selain daripada menggunakan paku. terimakasih..

  3. As salam H.A..
    Saya mempunyai bilik tidur yg kecil tetapi ia menjadi semakin sempit selepas meletak katil baby… boleh tak H>a bagi idea untuk menyusun perabot agar kelihatan lebih luas…

    • Menyusun perabot tidak akan menjadikannya luas. Kerana meletakkan katil bayi hanya sementara, keluarkan perabot lain dalam bilik kalau boleh. Perabot penting yang ada dalam bilik ialah katil, almari pakaian dan meja solek. Ilusi luas boleh kita bermain dengan warna dinding dan cermin.

  4. Umur anak saya 5 tahun dan saya ingin dekorate bilik anak saya yang tak berapa besar tetapi saya nak dekorate bilik untuk jangka masa lama untuk bilik anak saya maksubnya tak nak tukar-tukar la hiasan ikut umur.ada cara tak

    • Kanak-kanak hanya perlukan ruang bermain (sediakan ruang ini cukup).Bilik kanak-kanak perlu pentingkan safety, tiada perabot berbucu tajam.
      1)Perabot bersaiz dewasa, contoh boleh beli perabot single bed atau queen bed dan almari pakaian.
      2)Atau beli perabot untuk kanak-kanak, bila anak meningkat remaja. Sumbangkan dan jual perabot itu semula.
      3) Just make it plane. Tiada simbol kanak-kanak. Contoh tiada cadar kartun. Hanya mainkan warna pada dinding,cadar, sarung katil, langsir.

  5. Salam,

    1 Saya nak mintak cadangan HA bagaimana ingin mengemas dan pilihan cat untuk rumah yang sempit dan kecil, siling yang rendah, susunan perabot, kedudukan tv dan sebagainya.

    2. Hiasan bilik supaya kelihatan tersusun dan luas dan saya tk tau nak letak katil di bahagian mana dengan ruangan yang kecil dan tingkap yang kecil.

    3. Hiasan Luar rumah pula, kedudukan pasu-pasu bunga agak tidak tersusun, bagaimana saya hendak menyusun atur landskap di luar supaya nampak lebih teratur dan sedap mata memandang…

    Tkiu..

  6. Salam.Bilik saya kecil.tidak mempunyai tingkap.bilik saya mempunyai katil bersaiz king,almari dan meja solek.saya x tahu macam mana nak decorate dan warnakan bilik saya.boleh tolong saya?TQ 🙂

    • Hiasi dinding dengan gantungkan gambar. Tambahkan kusyen. Alaskan lantai dengan karpet. Warna pilih yang disukai tetapi warnanya pastel. Warna sesuai untuk bilik ialah biru, hijau, ungu, merah jambu.

  7. salam H.A ..
    saya mempunyai bilangan adik beradik yang besar ..oleh sebab itu saya kena berkongsi bilik dengan 3 org lagi adik beradik sy ..sy mempunyai satu katil double decker jenis yg lma punyer .. bilik sya jugak agak kecil ruang nya ..sy ingin sangat mendekorasi bilik sy supaya lbih selesa .. tpi masalhnya sy mempunyai bajet yg skit utk mengubahnya .. boleh H.A berikn penyelesaiannya ??

  8. salam..saya enoy dari brunei,masalah saya skrg saya bosan dgn susunan bilik tidur saya.bilik saya punya aquarium ikan,ada almari pakaian,meja mkeup,almari laci utk simpan tv dan jemuran bju.kepala saya pening harus buat bagaimana lgi.tpi saya memang mengimpikan bilik tidur yg nmpak unik.tlg bantu saya terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *