Meniru Idea Dekorasi di Kedai SSF Pertama Complex

Jumaat lepas, H.A menghadiri majlis pembukaan pusat sehenti perabot dan hiasan dalaman SSF di Pertama Complex yang bercirikan kedai berkonsep.

Majilis perasmian kedai berkonsep SSF

Majilis perasmian kedai berkonsep SSF

Suasana ketika perbukaan kedai konsep SSF

Suasana ketika perbukaan kedai konsep SSF

Apakah kedai berkonsep ini?

Inilah maksud H.A pada tajuk post kali ini, meniru idea dekorasi. Kedai berkonsep terbaru SSF ini berbanding kedai-kedai perabot yang lain ialah mengunakan gaya susun atur yang tersusun dalam mempamerkan produk mereka.

Contohnya, ada tatahias untuk ruang tamu, ruang makan, bilik tidur dan bahagian ruang yang lain. Ini memberikan lebih banyak idea hiasan dan inspirasi kepada kita bagaimana menghias rumah. Selain itu, SSF menawarkan pelbagai produk seperti hiasan rumah, perkakas rumah, langsir, lampu, permaidani, bunga dan tumbuhan tiruan dan lain-lain produk yang dapat melengkap isi rumah kita.

Idea dekorasi

Idea susun atur

Inspirasi dekorasi

Idea tatahias aksesori

Bunga dan tumbuhan hiasan

Bunga dan tumbuhan hiasan

Menjual fabrik dan aksesori langsir serta pemasangan

Menjual fabrik dan aksesori langsir beserta servis pemasangan

“Kami menyediakan konsep suai padan perabot yang lengkap dan memberikan ilham kepada pelanggan kami berbanding dengan hanya membeli perabot tunggal”.-Pemangku Pengurus Besar SSF SDN BHD, Encik Lim Kah Siong

Selain terdapat diskaun menarik untuk pelanggan dan ahli. SSF mengadakan pertandingan “ I Like SSF ” di mana kita layak untuk memenangi baucer RM5000. Caranya:

Peraduan I LIKE SSF

Peraduan I LIKE SSF

Jika kita masih lagi tercari-cari idea susun atur dan tatahias dan terus ingin  memiliki barang hiasan yang sesuai, singgahlah ke SSF Pertama Complex di tingkat tiga.

 

Kredit gambar : H.A dan SSF

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *