Misi Memburu Bunga Tulip di Everland

Misi Memburu Bunga Tulip di Everland

Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo.

Pada bulan April lepas , H.A kembali ke Korea #AlamkeKorea4 . Kali ini, pada musim bunga. Misi utama memburu bunga cherry blossom di Seoul telah berjaya dialami. Memang cantik.

Baca : Misi Memburu Bunga Cherry Blossom

Selepas selesai misi utama. H.A mendapat misi baru! Misi memburu bunga Tulip pula. Bunga yang popular selain bunga cherry blossom di Korea.

Setiap tahun semasa musim bunga, taman tema Everland yang terletak di luar Seoul. Iaitu di Yongin-si, Gyeonggi-do. Mengadakan Everland Tulip Festival (rujuk website Everland bagi ketahui tarikh-tarikh festival).

Bagi memburu bunga tulip ini, H.A  mengikuti pakej  Everland Shuttle Bus & Ticket Package daripada FUNKO Funtastic Korea

FUNKO Funtastic Korea

FUNKO Funtastic Korea website

Website FUNKO Funtastic Korea

Funtastic Korea (FUNKO) merupakan  laman web yang menjual pakej-pakej tour seperti Everland, Nami Island, Lotte World, festival-festival yang berlangsung pada bulan tersebut, dan pelbagai lagi termasuk sewa van dan boleh memesan makanan terus hantar ke bilik!

Layari:–> Funtastic Korea

Everland Shuttle Bus & Ticket Package

Pakej yang H.A ikuti ini berharga 47,000 won (RM 178). Harga ini termasuk:

  • Tiket bas pergi balik.
  • Pas sehari di Everland (QR code)
Everland bus

Everland bus

Everland QR code one day pass

Everland QR code one day pass

Tempat-tempat meeting point (tempat bas mengambil kita) beserta masa. Terdapat lapan lokasi yang boleh dipilih.

  1. Seogyo Hotel (dalam pembinaan) > Hongik Univ. Exit 9  [9:00am / 8:00am(musim panas saja)]
  2. Hongik Univ. (Hongdae) Station Exit 4 [9:05am/ 8:05am(musim panas saja)]
  3. Sinchon Station (Line 2) Exit 5 [9:10am/ 8:10am(musim panas saja)]
  4. Seoul Station (Line 4) Exit 10 [9:20am / 8:20am(musim panas saja)]
  5. City Hall Station (Lines 1,2) Exit 5 [9:30am / 8:30am(musim panas saja)]
  6. Myeongdong Station (Line 4) Exit 2 [9:40am/ 8:40am(musim panas saja)]
  7. Jongno 3-ga Station (Lines 1,3,5) Exit 12 [9:40am/ 8:40am(musim panas saja)]
  8. Dongdaemun History & Culture Park Station (Lines 2,4,5) Exit 11 [10:00am / 8:50am(musim panas saja)]

Kita hanya perlu memilih di mana kita dapat tunggu dan naik, yang berhampiran dengan penginapan kita. Penginapan H.A di Itaewon. Dengan mengunakan app Subway Korea. Meeting point di Seoul Station lagi dekat dan mudah.

Seoul Station Exit 10

Seoul Station Exit 10

Keluar sahaja Exit 10, sudah kelihatan bas Everland yang sedang menunggu. Pemandu bas tidak fasih berbahasa Inggeris, beliau hanya menunjukkan senarai nama dan kita hanya beritahu nama kita. Ketika itu, beliau akan memberikan tiket bas perjalanan pulang (pastikan simpan elok-elok). Masa ditetapkan untuk pulang ialah 6:30 petang.

Bus ticket to Seoul

Tiket bas pulang ke Seoul

Bas ini tidak menunggu orang dan betul-betul mengikut waktu yang ditetapkan. Pernah berlaku kawan seorang makcik warga Korea ini berlarian kerana bas sudah mula bergerak. Kelam kabut dibuatnya.

Selesai mengambil penumpang di setiap meeting point (ketika ini mengambil masa kerana  lapana meeting point, perlu menyemak senarai nama dan keadaan jalan yang sesak),  perjalanan ke Everland mengambil masa 40 minit.

Tiba di Yongin-si, Gyeonggi-do. Bas berhenti di parking / perhentian bas (Everland Parking 4,5)  berhampiran Jeondae- Everland Station. Kemudian, perlu menaiki shuttle bus yang disediakan ke taman tema Everland.

Everland bus parking

Parking / Perhentian bas Everland

Shuttle bus to Everland

Shuttle bus ke Taman Tema Everland

Everland bus stop shuttle bus

Everland bus stop shuttle bus

Writer at Everland entrance

Penulis di gerbang masuk Everland (kaunter tiket)

 

Everland entrance

Gerbang pintu masuk selepas membeli tiket

Ketika ini, kita hanya perlu tunjukkan tiket QR code yang kita terima di email sebelum ini, untuk mendapatkan tiket masuk. Jika tidak dapat online, pastikan kita sudah save image / screenshot tiket dalam phone.

Everland Tulip Festival

Tulip Festival at Everland

Tulip Festival di Everland

Magic Tree di Everland

Magic Tree yang selalu berubah ikut tema

Everland four season garden

Everland four season garden

Suasana di Four Season Garden

Suasana di Four Season Garden

Tulip flower

Bunga Tulip atau Tulipa

Tulip flower variation

Variasi hiasan bunga tulip

Hiasan bunga sekitar

 

Bagi yang muslim. Taman tema Everland mempunyai kemudahan surau.

Surau di Everland

Prayer room location in map

Lokasi surau dalam peta di Everland (105 – Mystery Mansion)

Prayer room in Everland

Surau di Everland

Lokasi surau ini terletak bersebelahan dengan Mystery Mansion. Berdepan dengan landskap kolam. Surau ini tidak berpisah lelaki dan perempuan. Bagi H.A yang travel solo ini, perlu menunggu giliran apabila surau ini sedang digunakan oleh perempuan.

Kerana H.A sebelum ini pernah ke Everland. Sudah cuba beberapa aktiviti yang agak mencabar seperti T Express, Hurricane, Thunder Falls dan lain-lain. Kali ini, H.A hanya santai melihat landskap bunga yang cantik dan mencuba aktiviti yang tidak ekstrem.

Memang kalau ke Everland ini, kita perlu seharian dan kos untuk aktiviti-aktiviti permainan yang berbayar. Kerana pakej ini sudah diberikan tiket bas pulang (6:30 petang). Dalam 5:00 petang lebih, H.A sudah menuju gerbang pintu keluar. Sebab misi melihat bunga Tulip sudah pun berjaya.

Gerbang pintu keluar

Gerbang pintu keluar

Menaiki semula shuttle bus menuju ke kawasan parking / perhentian bas. Tunjukkan tiket yang diterima awal tadi kepada pemandu bas.

Going back to Seoul

Perjalanan pulang ke Seoul

Perjalanan yang bermula sejak pagi jam 10 pagi, tamat dalam jam 6.30 petang. Selepas itu, bas Everland akan menghantar kembali ke tempat meeting point  (di mana kita mula-mula menunggu dan naik bas)

Kelebihan pakej ini, kita dapat berjimat dari segi masa. Tidak perlu turun naik tangga dan berpindah subway atau bertukar bas. Juga lebih selesa. Masa yang diberikan mencukupi. Melainkan kalau kita mahu sampai malam  dengan melihat aktiviti bunga api atau perarakan malam.

Kamsahamnida Funtastic Korea 🙂

Bagi pembaca-pembaca H.A yang ingin mengikut Everland Shuttle Bus & Ticket Package ini , boleh layari Funtastic Korea

Related posts:

The following two tabs change content below.

Hazlam Anuar

Designer & Author at Hazlam Anuar Design
Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *