Misi Memburu Cherry Blossom di Seoul

Misi Memburu Cherry Blossom di Seoul

Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo.

Pada bulan April lepas , H.A kembali ke Korea #AlamkeKorea4 . Kali ini, musim bunga. Misi memburu bunga cherry blossom di Seoul. Tempat cherry blossom yang popular seperti di Jinhae (laluan kereta api yang ada kereta api itu), tidak dapat pergi kerana agak jauh dari Seoul.

Satu hari nanti akan pergi. Cuma perlu datang dari Busan, kerana lebih kurang satu jam ke Jinhae.

Bagi misi memburu cherry blossom ini, H.A berpeluang mengikuti tour Breathtaking Cherry Blossom Hunting Tour daripada FUNKO Funtastic Korea

FUNKO Funtastic Korea

Funtastic Korea

FUNKO Funtastic Korea website

Funtastic Korea (FUNKO) merupakan  laman web yang menjual pakej-pakej tour seperti Everland, Nami Island, Lotte World, festival-festival yang berlangsung pada bulan tersebut, dan pelbagai lagi termasuk sewa van dan memesan makanan terus hantar ke bilik!

Layari:–> Funtastic Korea

Breathtaking Cherry Blossom Hunting Tour

Breathtaking Cherry Blossom Hunting Tour

Breathtaking Cherry Blossom Hunting Tour

Pakej tour yang H.A ikuti ini berharga 55,000 won (RM213). Harga ini termasuk:

  • Round trip shuttle bus
  • Entrance fee
  • Air minum + kimbap (minta vegetable)
  • Tikar
  • Staf yang boleh berbahasa Inggeris.

 

shuttle bus tour

Shuttle bus tour

Mineral water and vegetable kimbap

Air mineral dan vegetable kimbap

Tempat-tempat meeting point (tempat kita tunggu dan bas tour ambil) beserta masa ambil. Hanya terdapat tiga lokasi.

  1. Hongik Univ. (Hongdae) Station Exit 4 (7:40am)
  2. Myeongdong Station Exit 2 (8:20am)
  3. Dongdaemun History & Culture Park Station Exit 10 (8:30am)

Kita hanya perlu memilih di mana kita dapat tunggu dan yang berhampiran dengan penginapan kita. Penginapan H.A di Itaewon. Dengan mengunakan app Subway Korea. Meeting point di Myeongdong Station lagi dekat dan mudah.

Myeongdong Station Exit 2

Myeongdong Station Exit 2

Lokasi-lokasi yang terdapat cherry blossom ini merata-rata tempat. Pihak FUNKO tour akan memilih secara rawak tiga lokasi pada satu hari lawatan tersebut. Tiga lokasi yang kami pergi adalah:

  1. Yeouido Park.
  2. Seokchonhosu Lake.
  3. Children’s Grand Park.

Trip ini terdapat pelancong dari pelbagai negara. Australia, Singapura, India, China, Filipina dan Malaysia (H.A) Jumlah 17 orang termasuk seorang kanak-kanak.

Para peserta Breathtaking Cherry Blossom Hunting Tour

Selfie time tourist with tour guide

Para pelancong bersama tour guide Derek

Yeouido Park

Dari meeting point ke lokasi pertama, Yeouido Park mengambil masa 40 minit. Kerana ia free & easy tour. Boleh bergerak bebas dalam yang diberikan. 1 jam 30 minit.

Menariknya pokok-pokok cherry blossom ini sepanjang jalan Yeouidong-ro.

Yeouido Park cherry blossom

Yeouido Park cherry blossom

Cherry blossom at Yeouido Park

Cherry blossom di Yeouido Park

Yeouido Park roads

Jalan raya Yeouido Park

Author with Cherry blossom flower background

Penulis dengan latar bunga Cherry blossom

Cherry blossom flower tree

Pokok bunga cherry blossom

With Mark and Sen from Philippines

Bersama Mark dan Sen dari Filipina yang bersama-sama ikuti tour ini

Seokchonhosu Lake, Jamsil

Dari Yeouido Park ke Jamsil Lake mengambil masa 30 minit. Diberikan masa 2 jam untuk kita bersiar-siar. Kerana begitu luas tasik ini.

Seokchonhosu Lake Cherry Blossom

Seokchonhosu Lake Cherry Blossom

Seokchon Lake Cherry Blossom

Seokchon Lake Cherry Blossom

Author at Seokchon Lake Cherry Blossom

Penulis di Seokchon Lake Cherry Blossom

Seokchon lake walking path

Laluan sekitar tasik Seokchon

Cherry blossom two color

Kelihatan dua warna cherry blossom. Putih dan merah jambu.

Lotte World Theme Park at Seokchon Lake

Turut kelihatan Lotte World Theme Park di Seokchon Lake

Turut kelihatan Lotte World Tower yang baru siap dibina. Merupakan bangunan ke-5 tertinggi dunia.

Lotte World Tower

Lotte World Tower

Children’s Grand Park

Lokasi ketiga dan terakhir tour ini. Children’s Grand Park yang berdekatan dengan Sejong University. Taman yang besar. Terdapat pelbagai kemudahan dan tarikan seperti zoo,  botanical garden , amusement park, fasiliti sukan dan lain-lain.

Entrance Children's Grand Park

Pintu gerbang Children’s Grand Park

Children's Grand Park

Children’s Grand Park

Hallway to see cherry blossom

Laluan masuk ke  lokasi cherry blossom

Tanah lapang di Children's Grand Park

Tanah lapang di Children’s Grand Park

Kawasan pengujung berkelah di Children's Grand Park

Kawasan pengujung berkelah di Children’s Grand Park

Zoo at Children's Grand Park

Pintu gerbang zoo di Children’s Grand Park

Lawatan yang bermula sejak pagi jam 9, tamat dalam jam 4.30 petang. Selepas itu, shuttle bus akan menghantar kembali ke tempat meeting point  (di mana kita mula-mula menunggu dan naik shuttle bus)

Kelebihan tour ini, kita dapat berjimat dari segi masa. Tidak perlu turun naik tangga dan berpindah subway. Juga lebih selesa. Masa yang diberikan bagi setiap lokasi mencukupi. Melainkan kalau kita mahu pergi banyak tempat lokasi cherry blossom dalam satu hari.

Terima kasih Funtastic Korea 🙂

Bagi yang ingin mengikut Breathtaking Cherry Blossom Hunting Tour ini tahun depan, boleh layari Funtastic Korea

Related posts:

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *