Nami Island dan Vivaldi Park Ski Resort – Dua tempat dalam satu hari

Misi ke Korea H.A kali ini, adalah menonton Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 di Gangneung dan berada pula di Korea Selatan pada musim salji, teringin mencuba aktiviti sukan musim sejuk iaitu snowboarding.

Ketika merancang percutian 5 hari 4 malam ini. Mendapat maklumat pula  illustrasi buku kanak-kanak H.A iaitu ’Adam’s Magical Adventure in Nami Island’ telah dijadikan animasi oleh pihak Nami Island dan ditayangkan dalam feri mereka. Memamg perlu pergi!

Disebabkan trip kali ini amat singkat dan mempunyai kekangan masa. Itinerari yang telah dibuat, tidak dapat pergi sehari satu tempat. Terpaksa ubah rancangan. Dua tempat dalam satu hari.

Kerana pernah mengunakan pakej Indiway (dahulu dikenali sebagai Funtastic Korea ) :

  1. Menonton persembahan Tradisional LOTUS – A Flower Comes Out Once More.
  2. Misi Memburu Bunga Tulip di EVERLAND
  3. Misi Memburu Cherry Blossom di Seoul

Kali ini, H.A memilih pakej yang sesuai dengan perancangan (jimat masa)

[Dec-Mar] Nami Island & Vivaldi Ski Resort Shuttle Bus Package

(Dec-Mar) Nami Island and Vivaldi Ski Resort Bus Package

H.A memilih Snowboarding + Nami + Lift Ticket yang berharga 105,000 Won (RM383). Harga ini termasuk:

  • Pengangkutan bas pergi balik
  • Tiket masuk ke Pulau Nami + tiket feri
  • Ski gloves & goggles
  • Pakaian ski
  • Snowboard
  • Kasut ski
  • Basic Lesson
  • Ski lift & Gondola lift

Round trip shuttle bus

Ski gloves and goggles

Terdapat tiga pickup locations yang boleh dipilih.

  • Hongik Univ. Station (Exit 4) – 7:20am
  • Myeongdong Station (Exit 2) – 8:00am
  • Dongdaemun History & Culture Park Station (Exit 10) – 8:10am

H.A memilih pickup locations  yang pertama kerana penginapan berdekatan subway Hongik Univ. Station (Exit 1). Cuma jauh juga hendak berjalan menuju ke Exit 4. (Penting merancang masa, kerana station yang banyak exit. Jaraknya jauh dan boleh keliru kalau kita tergesa-gesa).

Disebabkan pelbagai pakej yang berlangsung pada tarikh yang dipilih. H.A diminta bertukar shuttle bus di pickup locations kedua. Kerana terdapat bas yang pergi Elysian Ski Resort, bas pergi Nami Island + Petite France.

Jadinya, H.A pergi ke grup yang ke Nami Island + Vivaldi Ski Resort. Terdapat 20 orang ( Malaysia, Taiwan, Hong Kong dan Filipina). Sebelum menaiki bas, kami diminta mengambil dahulu ski glove dan goggle. Kami menuju ke tempat pertama, Pulau Nami! Mengambil masa dalam sejam lebih.

Para pelancong yang turut serta dalam pakej ini

Terdapat dua tour guide. Seorang bernama Andy, boleh berbahasa Inggeris dan Cina (selalu memberikan info semasa trip ini ) dan Dean yang merupakan tenaga pengajar snowboarding. Semasa di dalam bas, kami diminta mengisi nama, tinggi, berat dan saiz kasut dalam ukuran Korean ( Korean saiz dalam cm) dan perlu ditambah (+10) untuk kasut ski.

 

Nami Island

Tiket masuk Pulau Nami & tiket feri

Ilustrasi yang dilukis ditayangkan di dalam feri Pulau Nami

Selamat datang ke Nami Island

Pulau yang H.A tidak jemu untuk singgah buat kali ke-7. Waktu yang diberikan di sini ialah selama 3 jam. Di Nami Island ketika ini, terdapat arca / ukiran ais, permainan ais seperti ala curling dan sled. Nampak kecil sahaja, tetapi turunnya laju dan berbukit. Cukuplah H.A cuba sekali.

Permainan sled dan mini curling

Arca dan ukiran ais di Nami Island

Salji-salji sudah tidak kelihatan yang ada hanyalah tasik beku dan baki ais yang sedang mencair. Panas juga waktu itu. Tetapi angin sejuk tetap terasa.

Tasik beku.

Mungkin disebabkan esok merupakan perayaan Korea iaitu Seollal (seperti Tahun Baru Cina di Malaysia). Terdapat aktiviti permainan tradisional seperti spin traditional top, Jegichagi, Kong Ju, Darumaotosi.

Aktiviti permainan tradisional

Kembali semula ke bas dan menuju ke tempat kedua iaitu Vivaldi Park Ski Resort (sejam perjalanan). Sebelum itu, perlu singgah ke kedai alatan ski untuk mengambil pakaian ski (jaket dan seluar). Disebabkan memilih snowboard, H.A perlu menyewa pelindung punggung dan lutut (10,000 KRW). Jika ada duit lebih boleh menyewa helmet sekali. Bagi yang memilih aktiviti ski, disarankan menyewa helmet (10,000 KRW).

Di kedai sewa pakaian dan alatan ski berhampiran Vivaldi Park

 

Vivaldi Park Ski Resort

Vivaldi Park Ski Resort

Kami menuju ke ruang loker (1,000-3,000 KRW) dan pengambilan alatan ski/snowboard dan kasut ski. Bagi yang memilih lift ticket akan mendapat seperti kad. Dengan kad ini, kita boleh keluar masuk tempat ski, menaiki chairlift ski dan gondola lift.

Tiket masuk Vivaldi Park & lift ticket card

Tidak sangka pula dalam grup ini, hanya H.A seorang sahaja yang memilih snowboard. Jadinya sesi mengajar menjadi 1 to 1. Terima kasih Dean yang mengajar penuh kesabaran dan memberikan kata-kata semangat. Rupanya snowboarding ini begitu sukar walaupun nampak sahaja senang dan bergaya.

Bersama Dean – snowboard instructor

Berlatarbelakang Vivaldi Park

Snowboarding at kids slope

Di sini, 4 jam diberikan termasuk masa belajar dan masa bebas. Semasa masa bebas, H.A belajar sendiri di cerun kanak-kanak, menaiki lif gondola dan turun semula juga dengan gondola. Hanya untuk intermediate dan expert sahaja dibenarkan turun dengan cerun salji. Tinggi gila, seram dibuatnya.

Menaiki lif gondola

Cerun salji yang tinggi dibenarkan untuk intermediate dan expert

Masa berlalu begitu pantas, belum puas bermain dan jelajah sekitar. Jika ada peluang nanti, mahu pilih pakej satu hari di ski resort. Vivaldi Park One Ski Snowboard Shuttle Bus Package

Kami kembali ke kedai alatan ski untuk memulangkan semula (glove, goggle, ski cloth, helmet, knee & butt protection). Di ski resort hanya alatan ski/snowboard dan kasut ski yang dipinjam.

Dalam jam 6 petang, pulang semula ke Seoul. H.A turun di pickup locations / meeting point Myeongdong. Bolehlah jalan-jalan cari food street dan minum teh tarik panas di Gurkha Indian Restaurant.

Bersama Andy (kiri) dan Dean (kanan).

Info Muslim: Terdapat restoran halal dan tempat solat di Pulau Nami dan juga terdapat 4 restoran mesra Muslim dengan tempat solat disediakan di Vivaldi Park Ski Resort.

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *