National Hangeul Museum – Ketahui sejarah asal usul Bahasa Korea

Asal usul tulisan Korea

Patung Raja Sejong yang Agung di tengah Gwanghwamun Square

Raja Sejong Yang Agung (1392-1910) merupakan pencipta  huruf-huruf Korea yang dikenali sebagai Hangeul (han=hebat, geul=skrip) pada era Dinasti Joseon. Kita boleh kenali beliau di King Sejong Story Exhibition Hall  yang terletak di bawah patung King Sejong  di tengah Gwanghwamun Square.

Sebelum tulisan ini dicipta. Rakyat Korea mengunakan huruf-huruf tulisan traditional Cina (Hanja).  Tetapi hanya golongan diraja dan bangsawan sahaja yang dapat pelajari tulisan ini. Bagi rakyat biasa ia sesuatu yang sukar dan majoriti tidak tahu menulis.

Disebabkan itu, Raja Sejong yang sayangkan rakyatnya dan mahu semua peringkat pelajari bahasa sendiri dan bukan bahasa luar. Terciptalah tulisan yang mudah dipelajari oleh  semua rakyat Korea, iaitu tulisan Hangeul.

Huruf Hangeul

Huruf-huruf Hangeul

Asas ciptaan huruf ini berdasarkan ‘langit yang bulat, ‘bumi yang rata’ dan ‘manusia yang berdiri’

Terdapat 14 konsonan dan 10 vokal dengan 11 vokal tambahan (gabungan konsonan dan vokal asas)

National Hangeul Museum

National Hangeul Museum signage

Bangunan National Hangeul Museum

Petikan dari dokumen Hunminjeongeu

Exhibition Explanatory Guide boleh didapati di muzium

Miniature Raja Sejong yang menciptakan huruf-huruf Hangeul

Hunminjeongeum – The Hangeul Manuscript

Buku Hunminjeongeum Haeryebon yang menerangkan prinsip di sebalik penciptaan Hangeul dan memberikan contoh-contoh dari perkataan Hangeul

Seunggyeongdo Noripan – Permainan papan yang direka untuk pelajari tentang pangkat rasmi pada zaman Dinasti Joseon

Kata-kata tulisan Hangeul yang terdapat di 10000 Korean Won

Tembikar yang mempunyai perkataan “Sikaedanji.” yang menyatakan tujuan kegunaanya.

Hakgeumjeolyo – buku skor muzik untuk Geomungo (zither instrumen tradtional Korea)

Tulisan Hangeul yang kini dengan pelbagai rekaan dan rupa bentuk

Penutup longkang National Hangeul Museum

  • Alamat: 139, Seobinggo-ro, Yongsan-gu, Seoul
  • Masa operasi: Isnin-Jumaat, Ahad & cuti umum (10am-6pm). Sabtu & Culture Day (10am-9pm). Tutup (New year, Seollal & Chuseok)
  • Tiket: PERCUMA
  • Pengangkutan: Ichon Station (Seoul Subway Line 4 & Gyeongui-Jungang Line), Exit 2 > Jalan terus sejauh 700m.
  • Website: https://www.hangeul.go.kr

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *