RSS Feed
  1. Memilih Perabot Yang Sesuai Di Dalam Bilik Tidur Yang Sempit

    March 22, 2012 by Hazlam Anuar

    Memilih perabot yang sesuai dalam bilik tidur yang kecil merupakan satu cabaran bagi sesiapa sahaja. Dengan bilik yang mempunyai ruang yang terhad, anda memerlukan ruang untuk meletakkan katil, almari pakaian dan beberapa perabot peribadi tanpa membuatkan ruang nampak sempit.

    Untuk itu, H.A memberikan beberapa tip yang mudah untuk diikuti.

    Teruskan Membaca Artikel


  2. Dekorasi Kediaman Rumah Cara Bajet

    March 5, 2012 by Hazlam Anuar

    Adakah anda ingin tahu bagaimana mencantikkan rumah dengan cara bajet ?

    Adakah anda ingin cantikkan kediaman anda tanpa tunggu Hari Raya ?

    Adakah anda memerlukan wang untuk perkara penting yang lain, tapi pada masa yang sama teringin menceriakan rumah tanpa perlu berlanja yang banyak ?

    H.A tanyakan soalan-soalan tersebut bukannya apa, sejak banyak perkara terutama barang makin naik, itu naik ini naik (cuma hujan sahaja yang turun). Kebanyakkan kita, kalau boleh ingin berjimat dalam setiap perkara.

    Dan bagi H.A yang terlibat dalam bidang dekorasi dan hiasan dalaman ini , ingin dekorasi kediaman kita boleh dijimatkan dan dalam pada masa yang sama nampak cantik. Tidaklah berjimat sampai jadi bilik tidur dalam gambar di atas! Hanya ada perabot asas (katil), nampak kurang menarikĀ  dan kosong (sangat membazir ruang yang luas itu.

    Teruskan Membaca Artikel


  3. Warna Kediaman Berdasarkan Warna Pakaian

    February 14, 2012 by Hazlam Anuar

    Ini merupakan artikel pertama saya bersama majalah online Dmegg.com . Saya mendapat jemputan untuk menulis artikel berkenaan tip-tip dekorasi dan dunia interior design kepada pembaca Dmegg.

    Boleh membaca artikel saya di Warna Kediaman Warna Pakaian. Semoga anda mendapat idea bagaimana mula mewarnakan kediamanan indah anda dengan memilih warna yang disukai.