RSS Feed

Penulis Yang Menjual Sebanyak 100 Lebih Buah Bukunya Dalam Masa 10 Hari

May 8, 2012 by Hazlam Anuar

Pada pesta buku yang berlangsung baru-baru ini selama 10 hari (27 April- 6 Mei 2012) di PWTC, Kuala Lumpur.  Saya bercuti untuk berada setiap hari bagi mempromosikan buku pertama saya iaitu buku Mudahnya Google SketchUp terbitan PTS NetMedia Sdn. Bhd.

Suasana booth PTS di PBAKL 2012

Suasana booth PTS di PBAKL 2012

Dibawah ini ditunjukkan beberapa perkara yang saya lakukan berdasarkan teknik kos rendah atau percuma yang terdapat dalam buku Pemasaran Gerila Untuk Penulis terbitan PTS.

Pemasaran Gerila Untuk Penulis-Terbitan PTS

Buku Pemasaran Gerila Untuk Penulis-Terbitan PTS

Buku saya merupakan sebuah buku perisian dan memerlukan penerangan dan demo untuk bakal pembeli memahaminya dan kenapa ia mudah seperti tajuknya. Mari lihat apa yang saya lakukan!

Baju (kos rendah)

Baju Mudahnya Google SketchUp

Baju Mudahnya Google SketchUp

Saya mahukan sesuatu yang berbeza ketika pesta buku itu nanti dan sebagai first impression kepada pengunjung. Selain itu, sebagai bahan promosi bergerak. Gambar rekaan pada baju berdasarkan gambar pada kaver buku. Setiap bahan promosi yang bercetak perlu sama kerana untuk tujuan jenama. Perhatikan bagaimana makanan segera terkenal seperti McDonald’s, logonya sama sahaja bagi setiap pakejingnya.

Penanda buku (kos rendah)

Penanda Buku (bookmark)

Penanda Buku (bookmark)

Tujuan utama saya menghasilkan penanda buku edisi khas (dicetak 50, kemudian di tambah 50 keping lagi) adalah sebagai tanda terima kasih kepada pengunjung yang membeli buku Mudahnya Google SketchUp. Akhirnya berubah menjadi bookmark discount voucher by author (cadangan oleh editor PTS NetMedia).

Demo – projektor / monitor (percuma)

Melakukan demonstrasi 3d

Melakukan demonstrasi 3d

Perkara seperti mengadakan demostrasi 3D bermula apabila saya bertemu editor dan mengatakan hasrat untuk mengadakan demo pada pesta buku, jika tidak, pembaca tidak tahu bertapa mudahnya perisian Google SketchUp ini.

Peluang telah diberikan, iaitu pada hari pertama pesta buku! Tertelan air liur saya ketika mengetahui jadualnya. Selepas itu, keghairahan saya untuk menunjukkan demo lagi kepada pengunjung meluap-luap. Saya meminta kebenaran (sekali lagi!) untuk mengadakan demo setiap hari jika ada kekosongan jadual, tunjuk mengunakan monitor pun boleh.

Demo 3D Google SketchUp

Demo 3D Google SketchUp

Terima kasih kepada editor dan tim PTS kerana membantu. Tip yang saya belajar ialah jika kita tidak bertanya , kita tidak tahu jawapanya ya atau tidak. Saya juga teringat kata-kata seperti;

Stage is yours, make it happens and show to the worlds!

Bahan Sampel (kos rendah/percuma)

Contoh sampel objek 3d Google SketchUp

Contoh sampel objek 3d Google SketchUp

Contoh-contoh 3D yang boleh dihasilkan dengan software Google SketchUp dicetak dan difailkan untuk menjadi bahan rujukkan. Objek 3D yang ditunjukkan seperti robot/mesin, kenderaan, teks 3D, ruang interior, hasil 3D daripada kanak-kanak, perabot dan hasil 3D daripada pembaca buku Mudahnya Google SketchUp sebelum ini.

Tujuannya untuk menarik perhatian bagi golongan bukan profesional yang mereka boleh menghasilkan 3D tanpa perlu menghadiri kelas dan dapat menghasilkan 3D dengan mudah untuk pelbagai tujuan.

Nota: Golongan profesional yang tahu dan mengunakan software ini seperti arkitek, designer, arkitek landskap, jurutera dan pelajar-pelajar subjek rekabentuk.

Diskaun daripada Penulis (percuma)

Siapa yang tidak suka diskaun dan benda percuma di dunia ini? Diskaun daripada penulis sangat membantu kerana pembeli mendapat diskaun tambahan! Saya suka ^_^

Aura Penulis (percuma)

Saya di koleksi buku perisian/fotografi

Saya di koleksi buku perisian/fotografi

Penulis buku berada di depan mata! Boleh minta autograf, bergambar, bertanya khabar dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.  Menambah nilai kepercayaan pembaca dengan penulis dan penulis sendiri dapat mendengar pandangan pembaca terhadap buku kita.

Ayat yang digunakan:

“Itu buku saya yang tulis.”

“Semua buku diskaun 15% , kecuali buku saya diskaun istimewa 35%!”

“Buku ini saya tulis untuk berkongsi lebih ramai orang tentang bertambah mudahnya software ini.”

Tunggu dan Lihat (percuma)

Saya mula mempromosi atau menjual buku saya apabila pengunjung memegang buku Mudahnya Google SketchUp. Saya tidak akan bercakap berkenaan buku saya jika mereka memegang buku lain, kerana mereka ada kuasa memilih dan berminat apa yang mereka pegang dan inginkan.

Tetapi jika ada rakan lain mengatakan saya adalah penulis buku ini, memang membantu. Pembaca suka sesuatu yang direkomenkan.

Ayat yang digunakan:

“Software ini percuma sahaja, saya ada tunjukkan link download-nya (membuka muka surat yang ada link url).”

“Saya sudah pakai selama 6 tahun dengan perisian percuma ini sahaja.”

“Tuan/Puan/Saudara/Saudari/Adik suka 3D tak?”

Sokongan Online (percuma)

Facebook pages Mudahnyga Google SketchUp

Facebook pages Mudahnyga Google SketchUp

Apabila selesai menerangkan perisian ini, saya akan memberitahu pembaca yang saya memberi sokongan secara online. Sebab, di buku saya ada website dan email. Pada penanda buku juga disertakan Facebook pages buku Mudahnya Google SketchUp sebagai tempat sosial pembaca buku dan penulis.

Tip bonus : Senyum (lagilah percuma)

Sepanjang masa pesta buku saya sentiasa senyum walaupun penat terutama bahagian kaki, kerana ingin memberikan energi mesra kepada pengunjung. Jika kita muka masam bercuka, pastinya pengunjung berasa kurang selesa, nampak sombong dan tidak mesra.

Senyum

Senyum

Itu sahaja cara yang saya gunakan untuk menjual lebih 100 buah buku saya dalam masa 10 hari. Setiap penulis mempunyai teknik yang berbeza, mungkin kerana ada masa, saya berpeluang melakukannya.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PTS, PTS NetMedia, editor dan staf PTS kerana memberi peluang dan bantuan kepada saya sepanjang berada di PBAKL 2012. Terima kasih dan terima kasih. Hanya Tuhan dapat membalas jasa kalian.

Dan terima kasih juga kepada pembaca yang melabur wang membeli buku saya. Mari bersama menghasilkan 3D yang gempak!

Update info 14 Mei 2012

Baru dapat mesej daripada editor PTS Netmedia yang mengatakan buku Mudahnya Google SketchUp terjual sebanyak 140 naskah!

Judul paling laku di PBAKL2012

Judul paling laku di PBAKL2012

Dan termasuk dalam senarai 200 judul paling laku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Buku saya berada di tempat ke-83! Alhamdulillah.

 

Kredit photo: PTS, hak milik sendiri

Related posts:

Google mengajar guru mengenai aplikasi google
Mudahnya Google SketchUp di Banglo Pink AinMaisarah
Demo Google SketchUp di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
The following two tabs change content below.

Hazlam Anuar

Designer & Author at Hazlam Anuar Design
Seorang perunding hiasan dalaman online, pereka grafik dan 3D visualizer. Penulis buku 'Mudahnya Google SketchUp' , novel 'Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah' dan 'Aku Mahu Banglo Pink'. Selain itu, menulis ebook dalam topik dekorasi.

Latest posts by Hazlam Anuar (see all)


11 Comments »

  1. Nazry says:

    Hebat, tuan! Tahniah! :)

    • Hazlam Anuar says:

      Terima kasih, tuan pun hebat kerana sudah mempunyai pengikut/peminat hasil karya tuan. Buku tuan amat laku keras terutama komik Misi 10A Plus dan Ali & Tuah : Sarang Empat Penjahat.

  2. Aqif Azizan says:

    Serius saya kagum dengan strategi dan usaha tuan. Tuan adalah mentor saya dalam bidang penulisan buku. Memang gerila habis.

    Oh ya, sudi tuan kongsikan siapa yang buat printing penanda buku? Saya juga mahu adaptasi strategi yang tuan gunakan sebaik sahaja buku saya diterbitkan bulan Julai ini. :D

    • Hazlam Anuar says:

      Terima kasih, saya pun masih baru dalam bidang penulisan ini. Belum sesuai jadi mentor lagi :). Tuan juga sumber rujukan saya dalam bidang penulisan.

      Bookmark itu direka oleh saya dan dicetak di Achik printing Melawati. Saiznya besar sedikit daripada saiz normal bookmark. Print pakai artcard dan UV.

  3. Nick Fury says:

    Tuan adalah sumber inspirasi saya.

  4. Saya suka poin ‘Senyum’ yang dikongsikan oleh tuan.
    Syabas!

  5. abangensem says:

    Saya kagum dengan usaha tuan yang tidak kenal lelah. Tidak mustahillah buku tuan boleh menduduki ranking ke 83 sebagai buku yang terlaris di sepanjang Pesta Buku itu berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>