Perfect Livin-Persembahkan Gaya Hidup Untuk Pemilik Kediaman

Hari ini bermulalah pameran Perfect Livin 2013 di PWTC. Pameran yang berlangsung bermula hari ini (4 April sehingga 7 April 2013) memaparkan perabot ,kabinet dapur, aksesori dekorasi dan produk-produk hiasan terbaru yang  bakal melengkapkan gaya hidup pemilik kediaman.

Perfect livin 2013 Home & Lifestyle Exhibition

Perfect livin 2013 Home & Lifestyle Exhibition

Selain itu, bagi 1000 pengunjung pertama yang datang (setiap hari) akan menerima botol minuman aluminium edisi terhad Perfect Livin selepas mendaftar secara percuma! Tahun lepas H.A pernah datang, tetapi terlewat (mungkin orang yang ke 1010). Hari ini, alhamdulillah dapat juga. Senyum lebar ^____^.

Daftar dan percuma botol minuman aluminium Perfect Livin edisi terhad!

Daftar dan percuma botol minuman aluminium Perfect Livin edisi terhad!

Sabtu  6 April dan Ahad 7 April nanti bakal diadakan seminar dan talk. Yang menariknya berkenaan landskap oleh Arkitek Landskap Azry Fazamy  dan gubahan bunga oleh Glam Deko Team.

Seminar dan talk

Seminar dan talk

Untuk maklumat, Glam Deko merupakan majalah dekorasi tempatan yang memaparkan hiasan kediaman mewah membuka booth di tempat pendaftaran. Tidak sangka beli majalah (percuma satu isu lepas ) dan dapat hadiah misteri iaitu  pemerah jus.

Majalah Glam Deko dengan percuma satu isu lepas!

Majalah Glam Deko dengan percuma satu isu lepas!

Hadirlah ke pameran ini jika mahu grab harga promosi yang mereka tawarkan. Hadiah percuma yang diberikan pun menarik. H.A hanya berjalan-jalan untuk memperbaharui katalog-katalog supaya sentiasa dikemas kini dengan produk-produk hiasan rumah yang terbaru untuk pustakaan kecil sudut kecil SOHO H.A ini.

Maklumat lanjut di Perfect Livin dan Facebook Pages mereka di sini.

Related posts:

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ‘Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.’ Buku bergambar kanak-kanak ‘ Ayah, apa itu?’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *