Projek Perpustakaan Mini – Wad Pediatrik Kanser PPUKM

Misi projek perpustakaan mini di wad pediatrik PPUKM sudah bermula lama (akhir tahun 2012) oleh rakan saya Tuan Iskandar Syah aka Dr Red Bubbles. Pada March 2013, Dr Red Bubbles  menjemput H.A untuk berikan idea dekorasi dan rekaan bagi  ditunjukkan kepada hospital dan penaja. Jadi, kami berdua pergi melawat bilik yang mahu diubah menjadi perpustakaan mini dan ruang rehat.

Bilik asal ruang digunakan sebagai tempat istirehat ibubapa dan ruang kanak-kanak.

Ruang rehat pediatrik 4D

Ruang rehat pediatrik 4D_dinding

Ruang rehat pediatrik 4D_komputer

Ruang rehat pediatrik 4D_pintu ke bilik lain

Ruang rehat pediatrik 4D_storan

Selepas gambar diambil, ukuran telah diketahui dan apa yang boleh dan tidak boleh. Seperti tidak sesuai perabot/ aksesori yang boleh mengumpul habuk (karpet), ruang antara pintu tidak boleh dihalang dan pelbagai aspek lagi yang diminta klien. Keselamatan dan kebersihan paling utama, lebih-lebih lagi hospital.

Apabila semua maklumat sudah terima dan lengkap. Bermulalah misi H.A menghasilkan illustrasi 3D dan anggaran kos.

Proposal 3D illustrasi perpustakaan mini

proposal rekaan 3d illustrasi perpustakaan mini

Anggaran kos projek perpustakaan mini

Selepas menunggu maklum balas rekaan, mencari dana dan  berjaya peroleh penaja (RISM telah menyumbang dana sebanyak RM26,000 kepada Red Bubbles  bagi melaksanakan Projek Perpustakaan Mini dan Program Hospital Clowning).

Akhirnya, pada 10 September 2014 projek amal perpustakaan mini ini berjaya menjadi nyata dan dirasmikan oleh Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM).

Penaja RISM dan perlaksana Red Bubbles

Perpustakaan mini di wad pediatrik 4D dirasmikan oleh Sr Hasan Jamil_Presiden RISM

perpustakaan mini PPUKM view 2

perpustakaan mini PPUKM

Perpustkaan mini PPUKM view 3

Sebahagian 700 buku yang disumbangkan

Mural hidupan laut di dinding perpustakaan mini PPUKM

quote di dinding perpustakaan mini

quote di perpustakaan mini

Alam bersama Dr Red Bubbles

H.A bersama Dr Red Bubbles

Goodies dengan artikel siaran media

-Perpustakaan mini ini mempunyai koleksi buku lebih daripada 700 naskah yang terdiri daripada buku kanak-kanak bergambar, novel remaja, komik, ensiklopedia, buku motivasi dan majalah.

-Mural hidupan laut dilukis oleh Tuan Latfy.  Seorang illustrator bagi buku bergambar kanak-kanak siri Dr Bubbles

– Part H. A ialah memberikan konsultasi dan 3D visual.

– Ini merupakan projek dekorasi amal H.A yang kedua. Yang pertama H.A akan kongsikan nanti.

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'