PyeongChang 2018: Pengalaman Olimpik Buat Pertama Kali

Bermula apabila H.A terpilih menjadi salah seorang Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters pada Februari 2017. Tujuan kempen ini diadakan bagi penyokong-penyokong yang terpilih mempromosikan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 di sosial media.

Disebabkan setahun mempromosikan sukan musim sejuk terbesar di dunia ini dan hanya 6 jam lebih sahaja dengan terbang ke sana dan di Korea pula. Terus nekad mahu pergi menonton dan merasai suasananya.

Tiket Olimpik

Olimpik musim sejuk kali ini, terdapat dua wakil Malaysia yang layak dan merupakan penyertaaan pertama mereka iaitu Julien Yee (Figure Skating) di Gangneung Coastal Cluster dan Jeffrey Webb (Alpine Skiing) di PyeongChang Mountain Cluster.

Ketika mendapat berita ini, H.A turut ingin menyokong. Sedihnya, tiket figure skating habis dan harganya agak mahal (sebab sukan paling popular). Alpine Skiing pula mempunyai tiket paling murah 20,000 KRW (RM80) tetapi perlu berdiri dan berada pula di kawasan luar pada musim sejuk! H.A pula bukan jenis tahan sejuk. Tetapi mahu merasai sukan musim sejuk.

Selepas membuat kajian, akhirnya memilih sukan curling (menolak batu sambil mengosok lantai). Disebabkan pernah cuba versi mini dan nampak menarik dan unik sukannya. Mahu juga memilih yang ada pasukan Korea. Tetapi sold out.

H.A memilih sukan curling pada tarikh 14/02/2018 (Women Round Robin Session 1). Tempat menontonnya di Gangneung Curling Centre yang terletak di Gangneung Olympic Park. Tiket berharga 40,000KRW (RM155) dibeli secara online di website rasmi PyeongChang 2018.

Reservation PyeongChang 2018 Olympic ticket

Kemudian, perlu memuat turun aplikasi ‘GO PyeongChang’ bagi membawa tiket secara mobile. Jadi, tidak perlu beratur panjang dan sebagai penonton luar negara pasti selamat kerana tiket sudah ada.

Baca: Jom ketahui lokasi Olimpik Musim Sejuk PyeongChang2018

 

High Speed Train > Spectator Shuttle Bus

Menaiki KTX terus ke Gangneung

Bagi melancarkan perjalanan ke Olimpik, KTX (Korea eXpress Train) membina laluan baru dan memendekkan perjalanan, digelar Gyeonggangseon Wonju-Gangneung line.

H.A membeli tiket KTX  Seoul Station > Gangneung Station > Seoul Station secara online di letskorail. Pergi 27,600 KRW (RM105) kelas ekonomi dan balik hari 38,600 KRW (RM141) kelas pertama, disebabkan kelas ekonomi habis.

Perbezaannya kelas pertama ini, ia mempunyai tempat duduk lebih besar dan diberikan mineral+kacang+biskut+tisu basah. Perjalanan mengambil masa dua jam.

KTX Gyeonggangseon Line. Kelas ekonomi dan kelas pertama

Gangneung Station

Tiba di Gangneung Station. Menuju ke Spectator Shuttle Bus percuma yang disediakan. Kerana ternampak bunting mengatakan tidak jauh kalau berjalan. H.A memilih berjalan kaki (menyesal kerana naik bukit). Akhirnya ketika pulang, memilih bas.

Spectator shuttle bus
Banner info way to Gangneung Olympic Park
Kaunter tiket. Nasib baik pakai mobile ticket. Lihat panjang beraturnya

Sekitar Gangneung Olympic Park

 

A post shared by Alam Anuar (@alamanuar) on

Membawa Rimau (maskot Sukan SEA 2017) ke PyeongChang 2018
Super Store di Gangneung Olympic Park (menjual merchandise PyeongChang 2018
Arca di Gangneung Olympic Park
Gangneung Hockey Centre
Big Coca-Cola vending machine at Gangneung Olympic Park
Team Korea House di Gangneung Olympic Park
Omega booth di Gangneung Olympic Park
McDonalds di Gangneung Olympic Park

Gangneung Curling Centre

Gangneung Curling Centre. Bangunan lama yang dinaiktaraf
Inside Gangneung Curling Centre
Gangneung Curling Centre interior
My seat view inside Gangneung Curling Centre
Women Round Robin Season 1 curling games

Selepas selesai menonton curling, teringin menyambung semula bersiar-siar sekitar Gangneung Olympic Park dan mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan. Sayangnya terpaksa ditutup semuanya kerana angin yang begitu kuat.

Terpaksa kembali ke Gangneung Station. Melepaklah di sana selama dua jam (sebab tiket train pulang memang dibeli untuk diberi masa bersiar-siar di Gangneung Olympic Park). Akhirnya bersiar sekitar stesen, sedih.

Itu sahajalah kenangan pahit. Selebihnya, memang kenangan paling manis kerana dapat merasai pengalaman berada di salah satu sukan terbesar di dunia, pada musim sejuk dan di Korea!

 

A post shared by Alam Anuar (@alamanuar) on

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *