Rasai pengalaman unik di Dangjin, ketenangan di Boryeong, dan alami suasana budaya Eropah & traditional di Asan

Artikel kali ini, kita akan singgah tempat-tempat menarik di Dangjin, Boryeong dan Asan yang terletak di Wilayah Chungcheong Selatan. Hanya 1 ke 2 jam dari Seoul.

Peta Chungcheongnamdo dengan lokasi Dangjin, Asan dan Boryeong

Dangjin

Caféo Haearum

Bangunan Café Haeorum yang seakan berbentuk kapal.

Sebuah kafe yang unik dengan pemandangan yang eksotik. Sambil menghirup kopi atau jus, mata kita dijamu dengan air pasang surut laut (Yellow Sea) dan Jambatan Seohae.

Café Haeorum berdinding kaca tinggi. Memaksimumkan pemandangan luar.

Dari Café Haeorum dapat melihat Seohae Bridge

Hiasan berlampu di sekitar landskap Café Haearum. Pasti cantik di waktu malam!

Café Haearum interior

Hilang haus dan dahaga mata dengan pemandangan luar kafe ini

  • Alamat: 29-10 Maesanhaebyeon-gil Sinpyeong-myeon, Dangjin-si, Chungcheongnam-do
  • Masa operasi: 11am – 10pm (Setiap hari)
  • Harga menu: 8,000KRW- 57,000KRW+
  • Pengangkutan: Dangjin Intercity Bus Terminal (ambil bas 22/22-1/22-3)> tukar di Hanjin Gyocharo ( 38 hentian)> naik bas 26 > turun di Maesalli bus stop (6 hentian) > jalan 900m ke kafe. Mengambil masa satu jam setengah / Teksi dari terminal bas ke sini mengambil masa setengah jam (18,000KRW- 22,000KRW anggaran harga)
  • Website: http://www.haearumcafe.com/

Tip: Singgah kafe ini pada musim bunga atau musim sejuk, bagi melihat panorama yang lagi cantik!

Ami Art Museum

Ami Art Museum

Muzium Seni Ami terletak di Sanseong City, Dangjin. Merupakan pusat  budaya kawasan tempatan di mana aktiviti kebudayaan dijalankan. Dibina semula dari bangunan sekolah lama. Dengan mempunyai muzium dan bilik pameran. Menjadi lokasi drama ‘Temperature of Love’ (2017).

Dinding luar Ami Art Museum

Dekorasi tingkap di Ami Art Museum

koridor Ami Art Museum

Ruang pameran Ami Art Museum

  • Alamat: 160-1 Seongbuk-ri, Sunseong-myeon, Dangjin, Chungcheongnam-do
  • Masa operasi: 10am-6pm (Summer) 10am-530pm (winter)
  • Tiket: 5,000KRW (Dewasa) / 3000KRW (Kanak-kanak, warga tua)
  • Pengangkutan: Dangjin Bus Terminal (no. bus 51/ 52/ 53-1/ 53-2/ 54/ 54-1/55)> Seongbuk 2 Ri bus stop (24 hentian). Mengambil masa 38 min perjalanan.
  • Website: http://amiart.co.kr (Korean)

Boryeong

The Gaehwa Art Park

Gaehwa Art Park entrance

Merupakan taman tema seni dengan pelbagai tarikan seperti taman bunga, rumah hijau, Fairy & Poem,  Herb Land, Mosan Art Museum, Bunny Village, Hwain Music Hall dan lain-lain. Pelbagai program turut diadakan dengan bayaran berbeza.

Arca batu besar di Gaehwa Art Park

patung batu di kolam Gaehwa Art Park

Gaehwa Art Park Herb Land

Besar-besar ikan di Gaehwa Art Park

  • Alamat: 673-24, Seongjusan-ro, Seongju-myeon, Boryeong-si, Chungcheongnam-do
  • Masa operasi: 9am-6pm (March-Okt) & 930am-5pm (Nov-Feb)
  • Tiket: 3,000KRW (kanak-kanak), 5,000KRW (Dewasa)
  • Pengangkutan:  Ambil bas bernombor 809, 801, 801-1, 801-2, 800-2,813 (Deachon Train Station > Boryeon > City Hall > Coal Museum > Gaehwa Art Park) / Teksi 15 min (12,000 KRW anggaran bayaran)
  • Website: http://english.visitkorea.or.krhttp://www.gaehwaartpark.com/ (Korean)

Boryeong Sky Bike

Panorama dari Boryeong Sky Bike

Sebelum ini hanya  pernah cuba Gangchon rail park (Chuncheon) dan Jeongdongjin rail bike (Gangneung). Selepas ini pasti mahu cuba sky bike di Boryeong. Merupakan yang pertama di Korea.

Boryeong Sky Bike

Zip line bersebelahan Boryeong Sky Bike

ketinggian laluan Boryeong Sky Bike dari tanah pantai

Pemandangan Boryeong Sky Bike

Berada di Pantai Daecheon yang popular dengan Boryeong Mud Festival. Berdekatan dengan menara zipline. Perlu mengambil nombor giliran sebelum membeli tiket. Aktiviti berkayuh yang mengambil masa dalam 20 minit dengan pemandangan laut dengan perasaan tergantung (3 meter dari tanah)!

Nota: Turut terdapat Daecheon rail bike (berbeza denga sky bike) di Daecheon Resort [Kalau menaiki teksi pastikan sebut betul]. Sumber: http://barnabas40.tistory.com/1157 (Korean)

Asan

Asan Mediterranean Village

Blue Crystal Village entrance

Turut dikenali sebagai  Blue Crystal Village. Seperti namanya kita sudah agak ia perkampungan yang bertemakan Mediterranean (senibina gaya Eropah). Seperti artikel yang lepas, saya memperkenalkan perkampungan Jerman.

Senibina gaya Eropah di Blue Crystal Village

Suasana di Blue Crystal Village

Mediterranean vibe di Asan Mediterranean Village

Bangunan putih biru seperti di Santorini Greece

Lokasi yang sesuai jika kita mahu merasai suasana seperti di eropah, Santorini vibe. Terdapat kedai kopi, restoran, kedai pakaian, kedai bunga dan kedai kraf.

  • Alamat: 599-14 Galsan-ri, Tangjeong-myeon, Asan-si, Chungcheongnam-do, South Korea
  • Pengangkutan: KTX / Seoul subway line 1 > Asan station (exit 2) [mengambil masa 2 jam 17 min jika ambil dari Seoul Station]  > bus no.777 > Tra Palace stop (25-30 min)
  • Sumber: http://bus.asan.go.kr/web/main (Korean)

Oeam Folk Village

Oeam Folk Village

Sebuah kampung  keluarga yang diasaskan oleh Ye-an Lee yang menetap di sini sekitar tahun 500 yang lalu. Terdapat 86 rumah Hanok dan rumah jerami. Aktiviti traditional turut diadakan seperti membuat tteok (rice cake), Yeot (kuih traditional), kimchi, tauhu dan kraftangan.

Oeam Folk Village entrance

Persembahan muzik traditional Korea

Suasana di Oeam Folk Village

Rumah beratap jerami

Turut menjadi lokasi filem:

  1. The Classic (2003) filem hebat dengan ost-ost popular  seperti Too Painful a Love Was Not Love’ oleh Kim Kwang Seok dan  ‘Me To You, You To Me’ oleh Jatanpung.
  2. Taegukgi: The Brotherhood of War (2004) , antara filem sejarah (perang) yang mencatat box office (69.8 juta US)
  • Alamat: 13-2, Oeamminsok-gil 9beon-gil, Asan-si, Chungcheongnam-do
  • Masa operasi: 9am-530pm (Summer) / 9am-5pm (Winter)
  • Tiket: 1,000 KRW (kanak-kanak) , 2,000 KRW (dewasa)
  • Aktiviti/program: 7,000KRW – 164,000KRW
  • Pengangkutan:  Asan station > Onnyang Oncheon Station (exit 1) > bus 100 /130 > Songnam Elementary School > Jalan10 minit ke Oeam Folk Village atau hentian terakhir (40 min)
  • Website: http://oeam.co.kr (Korean)
  • Sumber:  http://english.visitkorea.or.kr, http://bus.asan.go.kr/web/main (Korean)

 

Foto Kredit: Wow Korea Supporters Members

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *