Seharian di Busan yang tidak bosan

Busan terletak di selatan Korea. Merupakan antara bandar terbesar. Tempat tarikan pelancong yang popular selain Seoul dan Pulau Jeju.

Busan kita boleh tiba dengan 3 cara:

  • Secara terus = Kuala Lumpur (KLIA) > Busan (PUS) Gimhae International Airport [5 jam 55 min]
  • Lokal airport = Gimpo International Airport (GMP) > Gimhae International Airport (PUS) [1 jam 5 min]
  • Train = Seoul Station > Busan Station dengan KTX (ala Train to Busan gitu) [2 jam 30 min]

Sehari di Busan

Bagaimana kalau kita hanya ada sehari saja (itu pun bukan 24 jam) masa untuk diluangkan di Busan?

Di sini saya cadangkan lima tempat yang kita boleh pergi. Boleh dikatakan tempat wajib singgah.

Gamcheon Culture Village

Gamcheon Culture Village di Busan

Kediaman berwarna-warni yang seperti bertangga di bukit ini turut digelar sebagai ‘Machu Picchu of Busan.’ Dalam catatan sejarah merupakan tempat perlindungan pelarian perang semasa Korean War. Tempat ini menjadi hidup (tahun 2009) selepas dinding-dinding bangunan diwarnakan, beberapa mural dihasilkan, karya hasil seni dipasang di beberapa tempat dan rumah-rumah kosong diubah menjadi kafe, kedai dan galeri.

  • Alamat: 203, Gamnae 2-ro, Saha-gu, Busan
  • Subway & Bus: Toseong Station (Exit 6) > bus stop > bus 2 /2-2 “Gamcheon Village” / Goejeong Station (Exit 6) > bus 1 /1-1 > Gamcheon Elementary School Bus Stop.
  • Website: http://www.gamcheon.or.kr/

The Little Prince and fox at Gamcheon Culture Village

Tip: Spot lokasi gambar ‘ The Little Prince’ yang menjadi perhatian ramai. Barisan beratur yang panjang semasa hujung minggu.

Jagalchi Market

Jagalchi Market indoor- Photo credit (Wow Korea Supporters)

Menjamu selera di Jagalchi Market

Pasar Jagalchi merupakan pasar makanan laut yang terbesar di Korea. Boleh cuba makan tengah hari di sini.

  • Alamat: 52, Jagalchihaean-ro, Jung-gu, Busan
  • Masa operasi: 05:00am-10:00pm (tutup pada Selasa pertama dan ketiga setiap bulan)
  • Subway: Jalgachi Station (Exit 10) > Berjalan 300m

Gukje Market indoor – photo credit (Wow Korea Supporters)

Tip: Singgah juga Gukje Market yang berdekatan ( Jalgachi Station – exit 7) > Berjalan 400m. Mempunyai pelbagai barangan yang dijual seperti pakaian, alatan elektronik dan lain.

Oryukdo Skywalk

Running Man Episod 420 di Oryukdo Skywalk

Jambatan dengan lantai kaca yang dibina  menjadi sepadan antara Laut Timur dan Laut Selatan. Dengan tema ‘Walking over the sky.’

  • Alamat: 137, Oryukdo-ro, Nam-gu, Busan
  • Masa operasi: 09:00-6:00
  • Masuk: Percuma
  • Subway & bus: Busan Station  (Exit 10) > bus 27 (40- 60 min) / Kyungsung University Station (Exit 3) > bus 27 / 131  (take 20 min)

Haedong Yonggungsa Temple

Haedong Yonggungsa Temple

Kuil yang menjadi pilihan pelancong. Satu-satunya kuil yang terdapat di tepi laut (majoriti kuil di Korea di atas bukit atau tempat tinggi). Dibina pada tahun 1376 pada zaman Dinasti Goryeo.

Kuil Haedong Yonggungsa yang terletak di sebelah laut

  • Alamat: 86, Yonggung-gil, Gijang-eup, Gijang-gun, Busan
  • Subway & bus: Haeundae Station (exit 7) > bus 181 > Yonggungsa Temple Bus Stop.
  • Website: http://www.yongkungsa.or.kr/en/

Haeundae Beach

Pantai Haeundae di Busan

Antara pantai yang popular di Busan. Berjarak 1.5km, menjadi tumpuan melihat matahari terbit dan lokasi festival. Menjadi tumpuan musim panas. Berdekatan terdapat SEA LIFE Busan Aquarium.

  • Alamat: 264, Haeundaehaebyeon-ro, Haeundae-gu, Busan
  • Subway: Haeundae Station (Exit 3 / 5) > Jalan terus 600m ke arah pantai.

Pasar Haeundae berdekatan dengan Pantai Haeundae

Haeundae Market at night

Tip: Makan malam di  Haeundae Market (berhampiran pantai) . Mempunyai restoran seafood dan food street seperti eomuk (fishcake), panjeon (pancake), tteokbokki (bagi saya kuahnya sedap berbanding di Seoul)

 

Nota: Selain mengunakan subway. Kita boleh maksimumkan sehari dengan melawat lebih banyak tempat dengan mengunakan Busan City Tour Bus. (Tutup hari Isnin)

Rujukan tambahan:

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *