PyeongChang KORAIL Pass
Sempena memperingati acara Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 di Korea Selatan (9 – 25 Februari 2018).
Satu pas kereta api eksklusif untuk pelancong diwujudkan. Iaitu PyeongChang KORAIL Pass. Pas yang boleh dibeli sehingga 10 Disember 2017. Terdapat dua jenis pas, iaitu 5 hari dan 7 hari. Boleh digunakan secara sah untuk beberapa hari berturut-turut dari 1 Februari 2018 hingga 25 Mac 2018.
Faedah bagi pemegang pas:
- Boleh menggunakan KTX, AREX (Airport Express) dan kereta api lain yang dikendalikan oleh Korail untuk bilangan masa yang tidak terhad dalam tempoh sah pas yang dipilih.
- Juga boleh digunakan sebagai transportation card (subway).
- Percuma city tour bus (Seoul Citu Tour, Daegu City Tour, Jeju City Tour, Busan City Tour, Incheon City Tour dan Gyeongju City Tour)
- Masuki muzium secara percuma (National Folk Museum of Korea, National Museum of Korea, The WAR Memorial of Korea)
- Kad diskaun untuk sesetengah hotel dan taman tema.
- Dapat ke lokasi Olimpik berlangsung, iaitu di Pyeongchang, Gangneung dan Jeongseon.
Layari KORAIL Pass : Pyeongchang Korail Pass
Bagaimana cara membelinya?
Mohon menempah KORAIL Pass di letskorail.com/Pyeongchang
Dengan adanya pas ini, H.A teringin ke festival memancing di PyeongChang:
Pyeongchang Trout Festival
Yang akan berlangsung 22 Disember 2017- 25 Februari 2018 di Pyeongchang, Gangwon-do. Dapatlah pengalaman cuba memancing di atas sungai yang beku! Atau menangkap dengan tangan! Teringat rancangan TV Running Man episod 282.
Baca: Pyeongchang dengan 8 tempat menarik untuk dilawati.
Selepas itu, boleh mencuba makanan sup kentang panas-panas di Jeongseon :
Potato Ongsimi
Baca: Jeongseon dengan 5 tempat menarik untuk dilawati
Sudah kenyang, boleh ke tempat-tempat menarik di Gangneung seperti:
Anmok Coffee Street & Coffee Cupper Museum (bagi pengemar kopi)
Haslla Art World (bagi pengemar seni)
Ojukheon House & Seongyojang House (bagi pengemar sejarah)
Baca: Gangneung dengan 7 tempat menarik untuk dilawati.
Jom menempah PyeongChang KORAIL Pass di letskorail.com/Pyeongchang
=====
Dibawakan oleh Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters