Sudah kembali! Program Apartmen Prihatin- Hias apartmen secara percuma!

 

Baru-baru ini, H.A dijemput menghadiri majlis pelancaran semula  Apartmen Prihatin (Siri-2) yang diadakan di halaman Karangkraf.

Untuk pengetahuan anda, Apartmen Prihatin ini merupakan program kebajikan majalah APARTMEN IMPIANA bagi memberikan keceriaan kepada pemilik rumah yang kurang mampu menghias indah kediaman mereka.

Di mana, kediaman yang bakal terpilih akan di makeover secara percuma! Ia, percuma! Seronokan.

Hias apartmen secara percuma

Hias apartmen secara percuma

Majlis pelancaran semula  Apartmen Prihatin Siri 2

Majlis pelancaran semula Apartmen Prihatin Siri-2

Tim majalah APARTMEN Bersama penaja Ain Furnishing dan MACY (tiada dalam gambar)

Tim majalah APARTMEN bersama penaja Ain Furnishing dan MACY (tiada dalam gambar)

Bezanya Program Apartmen Prihatin (Siri-2) kali ini,  apartmen yang bakal dihias secara percuma bukan hanya sebuah, tetapi dua buah rumah! Tajaan keseluruhannya bernilai  RM20,000! Wow!

Gambar di bawah merupakan sebuah apartmen yang di makeover ketika program Apartmen Prihatin siri yang pertama dahulu. Dihias oleh pereka selebriti Dr. Eric Leong.

SEBELUM

Gambar unit flat sebelum dihias

Gambar unit flat sebelum dihias

SELEPAS

Keadaan unit flat Puan Sabidah setelah ditata hias oleh Dr. Eric Leong

Keadaan unit flat setelah ditata hias oleh Dr. Eric Leong

Bagaimana cara untuk sertainya H.A?

Caranya cukup mudah 🙂

Cara-cara penyertaan Program Apartmen Prihatin:

  • Mengisi borang penyertaan asal yang (sudah bermula) terdapat dalam majalah APARTMEN edisi  Oktober-Disember 2013.
  • Perlu disertakan gambar-gambar sudut kediaman yang sesuai untuk dihiaskan.
  • Rumah yang ingin dicalon boleh rumah sendiri, rumah jiran, rumah saudara atau rumah kenalan yang dirasakan patut dihias.
  • Jenis rumah yang layak ialah jenis kediaman apartmen dan flat.
  • Tarikh tutupnya pada 30 April 2014.

 

Majalah APARTMEN Oktober-Disember 2013

Majalah APARTMEN Oktober-Disember 2013

Borang penyertaan dalam Majalah Apartmen

Borang penyertaan dalam Majalah APARTMEN

Bagaimana prosesnya selepas itu?

Tim majalah APARTMEN , pereka dan serta penaja akan singgah ke dua buah rumah yang bertuah untuk menilai  keadaan sebenar kediaman dan kemudian merancang pengubahsuaian yang sesuai.

Apa tunggu lagi, dapatkan majalah APARTMEN dengan segera!

 

Kredit gambar : Karangkraf, sendiri

Related posts:

The following two tabs change content below.

Hazlam Anuar

Designer & Author at Hazlam Anuar Design
Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *