Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018. Bagaimana mahu ke sana?

Sukan Olimpik Musim Sejuk di PyeongChang tahun depan. Bagaimana kita mahu ke sana?

Tetapi, PyeongChang itu di mana ya?

Selama pengalaman melancong ke Korea, H.A hanya pernah pergi Seoul, Busan , Gapyeong (Nami Island, Rail Park) dan Changwon (Write Your Name in Korea).  Tidak pernah lagi ke tempat-tempat bermain ski atau kawasan popular ketika musim sejuk bersalji.

Disebabkan H.A diberi peluang menjadi Wow! PyeongChang! Supporters Malaysia. Sebuah kempen bagi rakyat Malaysia (blogger) mempromosikan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018. Dapatlah H.A ketahui di mana lokasi PyeongChang ini dengan carian serta rujukan.

Jom ketahui cara-cara bagaimana ke lokasi Sukan Olimpik Musim Sejuk di PyeongChang, Korea Selatan! Yang akan berlangsung  selama 17 hari (9-25 Februari 2018).

Laluan baru ke PyeongChang 2018

HIGH SPEED TRAIN

railway to pyeongchang and gangneung

Korea Selatan telah melakukan beberapa persediaan seperti kerja naik taraf yang pertama, High-speed Railway. Korea Train eXpress (KTX) telah membuat penambahbaikan laluan Incheon – Seonwonju dengan penambahan kelajuan 150km/jam. Turut membuat laluan sambungan baru dari Seowonju ke Gangneung. Turun menambah kelajuan menjadi 230km/jam. Ini menjadikan masa perjalanan dari Incheon International Airport ke Gangneung mengambil masa hanya dua jam.

Penambahan ini akan menyambungkan Gangwon Province ke laluan KTX sedia ada di bandar-bandar Korea seperti Seoul, Busan, Daegu, Gwangju, Yeosu, dan Daejon. Perjalanan ke Gangwon Province akan lebih mudah.

EXPRESSWAYS

New highway to PyeongChang

Kedua, Expressway. Pembinaan  Yeongdong Expressway 2  di antara Gwangju di Gyeonggi Province dan Wonju telah pun siap. Bagi Dongseo Expressway di antara East Hongcheon dan Yangyang dalam pembinaan.

Pembinaan kedua-dua  highway baru ini bagi mengelak kesesakkan, memendekkan masa perjalanan dan memberi pilihan kepada pengguna jalan raya.

NATIONAL HIGHWAYS

local road_national highways to PyeongChang and Gangneung

Ketiga, Local Road. Jalan raya ini digunakan sebagai  jalan pintas untuk lebuh raya sedia ada dan sebagai sambungan jalan antara stesen KTX ke lokasi sukan Olimpik. Terdapat dua jalan raya yang masih dalam proses pembinaan.

  1. Jalan raya No.6 bersambung Dunnae-Mui-Jangpyeong-Ganpyeong. Jalan ini boleh menjadi laluan alternatif jika trafik sesak antara Dunnae IC dan Daegwallyeong IC.
  2. Jalan raya No.59 bersambung Makdong-Mapyeong, Najeon-Makdong. Jalan raya ini bersambung dengan Jinbu IC dan Jeongseon.

 

BAS

ALPENSIA RESORT

Alpensia Resort_ Sport Park

[Lokasi sukan Olimpik berhampiran: Alpensia Ski Jumping Centre. Alpensia Sliding Centre. Alpensia Cross-Country Centre & Alpensia Biathlon Centre]

Alpensia Resort dan lokasi sukan olimpik

Public transportation.

Incheon Internationl Airport (First floor platform 9B, 9D, 4B, 11A, 10C) > Dong Seoul Bus Terminal (turun di Gangbyeon Station line 2) > Hoenggye Intercity Bus Terminal (ambil bas kuning atau teksi) > Alpensia Resort (4 jam)

Train-bus

Incheon Internationl Airport [Airport Railroad Express (AREX)] > Seoul Station > Gangbyeon Station line 2 (exit 4) > Dong Seoul Bus Terminal ( ambil Express Bus)> Hoenggye Intercity Bus Terminal (ambil bas kuning /shuttle bus / atau teksi) > Alpensia Resort (4 jam)

Shuttle bus. (Cara 1)

  1. Incheon International Airport (Platform 9C- 7:30, 9:30, 15:00, 16:30) > Alpensia Resort (3 jam)
  2. Seoul (Myeong-dong Station, Sport Complex Station) > Alpensia Resort (3 jam 20 minit)

Nota : Semasa musim sejuk, perkhidmatan shuttle bus berangkat setiap hari dari Jamsil (Line 2 Exit 4 di Lotte Mart)

Sumber: Alpensia Resort , Korea-Snow dan Funtastic Korea

Shuttle bus. (Cara 2 – online)

Layari laman web  tourtokorea . Ikuti langkah-langkah yang diberikan.

YONGPYONG RESORT

Yongpyong Resort

[Lokasi sukan Olimpik berhampiran: Yongpyong Alpine Centre]

Yongpyong Resort dan lokasi sukan olimpik

Public transportation.

Incheon Internationl Airport (First floor platform 9B, 9D, 4B, 11A, 10C) > Dong Seoul Bus Terminal > Hoenggye Intercity Bus Terminal (ambil bas kuning/ shuttle bus atau teksi) > Yongpyong Resort (4 jam)

Shuttle bus. (Cara 1)

  1.  Incheon International Airport (Platform 9C) > Yongpyong Resort (3 jam 20 minit)
  2. Seoul (Myeong-dong Station, Sport Complex Station) > Yongpyong Resort (2 jam 10 minit)

Nota : Semasa musim sejuk, perkhidmatan shuttle bus berangkat setiap hari dari Jamsil (Line 2 Exit 4 di Lotte Mart)

Sumber: Yongpyong Resort , Korea-Snow

Shuttle bus. (Cara 2 – online)

Layari laman web  tourtokorea . Ikuti langkah-langkah yang diberikan.

 

BOKWANG PHOENIX PARK

Bokwang Snow Park

[Lokasi Sukan Olimpik berhampiran: Bokwang Snow Park . Snowboard dan Freestyle Skiing]

Bokwang Phoenix Ski Park Resort dan lokasi sukan olimpik

Public transportation.

Incheon Internationl Airport (First floor platform 9B, 9D, 4B, 11A, 10C) > Dong Seoul Bus Terminal > Jangpyeong Bus Terminal (ambil bus kuning atau teksi) > Phoenix Park (3 jam 30 minit)

Shuttle bus.

Seoul (Samseong Station, Sport Complex Station) > Phoenix Park (2 jam)

Sumber: Phoenixhnr.co.kr

Train -bus

Incheon Internationl Airport [ambil Airport Railroad Express (AREX)] > Seoul Station (transfer to local line) >Dong Seoul Bus Terminal (Gangbyeong line 2) > catch intercity bus to Jangpyeong Bus Terminal. Ambil Shuttle bus ke Pheonix Park (ada ketika musim).

Sumber: Korea-Snow.com

GANGNEUNG

Gangneung

[Lokasi sukan Olimpik berhampiran : Gangneung Hockey Centre, Gangneung Oval, Gangneung Ice Arena, Gangneung Curling Centre & Kwandong Hockey Centre]

Lokasi sukan olimpik di Gangneung

Gangneung Coastal Cluster

Public transportation (bus)

  1. Dong Seoul Bus Terminal (Gangbyeon line 2 , exit 4)  > Gangneung Bus Express Terminal  / Gangneung Intercity Bus Terminal (3 jam )
  2. Seoul Express Bus Terminal (Express Bus Terminal line 3 /7/9, exit 1 / exit 2) Gangneung Bus Express Terminal  / Gangneung Intercity Bus Terminal (3 jam )

Public transportation (train)

Incheon Internationl Airport > Seoul Station [KTX – (High Speed Train] > Gangneung Station (70 minit)

Nota: Bagi pengunjung yang ingin pergi ke Gangneung untuk melihat pertandingan sport ice. Terdapat lebuhraya baru di antara  East Hongcheon dan  AYngyang boleh memendekkan masa.

Sumber: Frommers.comKobus.co.kr

 

Rujukan tambahan

Cara 3

Menurut laman web Incheon Guide. Terdapat dua bas untuk ke Alpensia Resort, PyeongChang.

Gangneung Bus.

Incheon Internationl Airport ( Bus Stop 9C)> Gimpo AirportPyeongchang Service StationAlpensia ResortYongpyong Resort (hanya musim sejuk) > Gangneung Cross-Country Bus Terminal (Hentian akhir). (2.5 -3 jam)

  • Jadual : 4 bas sehari – 7.30am (pertama) 11.00am /3.00pm / 7.30pm (akhir)

Purple Ski Bus.

(Tempahan online di: tourtokorea )

Incheon International Airport > Gimpo Airport > Alpensia Resort  (2.5 -3 jam)

  • Jadual : 3 bas sehari – 7.30am (pertama) 9.00am / 3.00pm (akhir)

Alpensia Resort > Incheon Airport

  • Jadual : 2 bas sehari – 9.00am / 3.00pm

 Cara 4 ( Myeong-dong)

Rujuk blog : Myeongdong.org

Nota: Maklumat ini adalah tepat (berdasarkan sumber) ketika artikel ini ditulis. Tetapi boleh berubah tanpa notis pemberitahuan. Mohon pastikan anda merujuk semula laman web berkaitan  ( harga, lokasi, masa ) sebelum mula merancang perjalanan anda.

 

Kredit foto : pyeongchang2018_kr

=====

Dibawakan oleh  Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Supporters Malaysia

 

 

Related posts:

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'