Suncheon Bay National Garden – Taman Buatan Terbesar di Korea

Suncheon Bay National Garden merupakan taman buatan terbesar di Korea (sebesar 150 stadium bola sepak). Terdapat pelbagai taman di dunia (11 negara) seperti Korea, Thailand, China, Jepun,Italy, Turki, Jerman dan Belanda.

Semasa membeli tiket Suncheon Bay Wetland Reserve, disertakan sekali tiket Suncheon Bay National Garden. Semestinya ia tempat yang perlu pergi. Lagipun ia terdapat dalam itinerari Suncheon City Tour bus.

Discover Korea Your Way (DKYW) 2019 for discount ticket
Suncheon Bay National Garden rock signage
Decoration small garden
Garden tree?
France Garden
Korean traditional garden
Dutch garden
Italy garden

Dimana-mana Foto zon

Rose garden
Photo spot at rose garden
Selfie with human statue
Pink car
‘Earth Capped with Roof Tiles’ by sculptor Seung Taek Lee

Lokasi Running Man

Ya. Merupakan salah satu lokasi Kvariety Running Man episod 230. Mereka melakukan misi Suncheonman Bay Relay Race di Suncheon Lake Garden. Mereka perlu berlari dan pass baton. Pelari terakhir perlu lakukan misi individu supaya menang.

Running Man episode 230
Suncheon Lake Garden nearby entrance
Suncheon Lake Garden
Pose like Running Man

Battle Trip ‘I.O.I’

Turut menjadi lokasi rancangan travel Korea ‘Battle Trip’ episode 89. Di mana bekas kumpulan I.O.I iaitu Mina (Gugudan) dan Yoo Jung (Weki Meki) jelajah Jeollanamdo dan menjadikan Suncheon Bay National Garden sebagai salah satu destinasi mereka.

The Dream of Bridge

Dream Bridge at Suncheon Bay National Garden

Dream Bridge direka oleh artis Kang Ik-joong. Dibina mengunakan 30 kontena dengan dinding luaran bertulis hangul dan di dalamnya dilukis oleh 140,000 kanak-kanak dari 16 negara.

Colorful Hangul at Dream Bridge wall
Some of children drawing from around the world

Info:

Nota/ Tip

  • Saya mengunakan khidmat Suncheon City Tour bus untuk ke sini.
  • Tiket dapat dengan harga diskaun kerana mengunakan Suncheon City Tour bus.
  • Taman sungguh besar dan luas. Kami diberikan masa dua jam. Tetapi rasa tidak cukup!
  • Sudah namanya taman bunga. Sesuai datang pada musim bunga dan musim panas. Kami sini pada musim luruh masuk musim sejuk. Jadi suasana agak kuning kecoklatan dan mendung selain sejuk.

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *