H.A mula minat buku sejak sekolah rendah lagi, ingat lagi pada masa itu jawatan yang di ambil ialah menjadi ahli pustakawan sekolah kerana mahu dekat dengan buku (sebenarnya H.A tidak pandai bersukan dan tidak reti mendenda orang. Oleh itu, ahli sukan dan ahli pengawas ditolak tepi sebab tidak layak.. memang tidak layak pun)

Minat membaca buku dan majalah dekorasi
Selepas mempunyai wang sendiri, setiap bulan, mesti ada buku dan majalah dekorasi yang dibeli. Setiap tahun juga, Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur (PBAKL2012) di PWTC pasti dikunjung. Selain dapat melihat dan membeli buku baru, setiap pembelian kita ada diskaun
Pada PBAKL tahun ini lain sedikit, selain H.A mahu memborong buku, buat pertama kalinya H.A akan mengadakan demo Google SketchUp. Bagi menerangkan kepada pengunjung pesta buku bagaimana menghasilkan objek 3D dengan mudah dan cepat dengan menggunakan perisian percuma daripada Google SketchUp ini.
Juga mengambil peluang untuk mempromosikan buku pertama H.A, iaitu Mudahnya Google SketchUp terbitan PTS NetMedia.

Buku Mudahnya Google Sketchup- terbitan PTS Netmedia
Oleh itu, H.A menjemput pembaca blog HazlamAnuar.com untuk menghadiri demo Google SketchUp. Dalam masa sejam ini, H.A akan menunjukkan:
- Apa itu Google SketchUp?
- Beberapa tools penting dalam Google SketchUp
- Demonstrasi menghasilkan objek 3D from basic.

Demonstrasi Google SketchUp Bersama Penulis Hazlam Anuar
Maklumat Demo Google SketchUp di PBAKL 2012:
Tarikh: 27 April 2012 (Jumaat)
Masa: 2.30pm-3.45pm
Tempat: Booth PTS , Dewan Tun Hussein Onn, PWTC
Maklumat tambahan : Peta lokasi booth PTS

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
27 April -6 Mei 2012
10.00 pagi-7.00 petang (Isnin-Khamis)
10.00 pagi-9.00 malam (Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Kuala Lumpur, Malaysia