RSS Feed

Posts Tagged ‘hias rumah’

  1. 3 Cara Segera & Jimat Dalam Dekorasi Rumah Untuk Hari Raya Aidilfitri

    August 6, 2012 by Hazlam Anuar

    Menjelang tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri , ramai antara kita memperuntukkan wang yang lebih untuk membeli pakaian raya untuk diri sendiri atau keluarga, membeli aneka jenis biskut raya, duit raya disediakan untuk diberikan kepada anak-anak saudara, hantar kereta pergi servis, persiapan untuk rumah terbuka dan pelbagai lagi keperluan untuk memeriahkan sambutan raya kita.

    Diskaun jualan murah

    Diskaun jualan murah

    H.A harap kita tidak terlalu boros atau membazir dalam perbelanjaan raya kita kerana ditakuti lepas raya, tiada duit lebihan untuk membeli keperluan lain pula nanti. Begitu juga dengan hiasan kediaman rumah. H.A nasihatkan pembaca blog ini tidak perlulah berhutang membeli perabot.

    Diulangi jangan berhutang membeli perabot. Noktah.

    H.A ingin kongsikan tiga cara segera yang boleh menjimatkan hiasan kediaman kita menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu:

    • Cara segera#1- Ubah susunan perabot
    • Cara segera#2- Koleksi kad raya dan ketupat reben
    • Cara segera #3- Ready made

     

    Teruskan Membaca


  2. Dekorasi Kediaman Rumah Cara Bajet

    March 5, 2012 by Hazlam Anuar

    Adakah anda ingin tahu bagaimana mencantikkan rumah dengan cara bajet ?

    Adakah anda ingin cantikkan kediaman anda tanpa tunggu Hari Raya ?

    Adakah anda memerlukan wang untuk perkara penting yang lain, tapi pada masa yang sama teringin menceriakan rumah tanpa perlu berlanja yang banyak ?

    H.A tanyakan soalan-soalan tersebut bukannya apa, sejak banyak perkara terutama barang makin naik, itu naik ini naik (cuma hujan sahaja yang turun). Kebanyakkan kita, kalau boleh ingin berjimat dalam setiap perkara.

    Dan bagi H.A yang terlibat dalam bidang dekorasi dan hiasan dalaman ini , ingin dekorasi kediaman kita boleh dijimatkan dan dalam pada masa yang sama nampak cantik. Tidaklah berjimat sampai jadi bilik tidur dalam gambar di atas! Hanya ada perabot asas (katil), nampak kurang menarik  dan kosong (sangat membazir ruang yang luas itu.

    Teruskan Membaca Artikel


  3. Idea Segera Dekorasi Ruang Tamu

    January 8, 2012 by Hazlam Anuar

    Anda seorang yang sibuk, atau anda seorang yang berjimat dalam menghias kediaman. Tetapi mahu ruang tamu nampak mesra dan menarik untuk tetamu yang hadir atau semata-mata untuk kepuasan diri apabila melihat hiasan ruang tamu kita nampak cantik.

    Teruskan Membaca Artikel


  4. Ilusi Bilik Tidur Kecil Nampak Luas Dengan 5 Cara

    December 18, 2011 by Hazlam Anuar

    Menurut Moll Anderson pengacara E! Style Network’s Look for Less: Home dan penulis buku Change Your Home Change Your Life , 1/3 hidup kita dihabiskan di bilik tidur. Oleh itu, kita perlukan lebih perhatian untuk bilik tidur kita. Lebih-lebih lagi kalau bilik tidur kita mempunyai ruang  sempit dan kecil.

    Hiasan dekorasi kita menjadi terhad kerana tidak tahu bagaimana menjadikan bilik ini menjadi luas dan menarik. Oleh itu, HA kongsikan antara cara-cara dalam  memberikan bilik tidur kita yang kecil nampak luas adalah dengan:

    Teruskan Membaca Artikel