Menjelang tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri , ramai antara kita memperuntukkan wang yang lebih untuk membeli pakaian raya untuk diri sendiri atau keluarga, membeli aneka jenis biskut raya, duit raya disediakan untuk diberikan kepada anak-anak saudara, hantar kereta pergi servis, persiapan untuk rumah terbuka dan pelbagai lagi keperluan untuk memeriahkan sambutan raya kita.
H.A harap kita tidak terlalu boros atau membazir dalam perbelanjaan raya kita kerana ditakuti lepas raya, tiada duit lebihan untuk membeli keperluan lain pula nanti. Begitu juga dengan hiasan kediaman rumah. H.A nasihatkan pembaca blog ini tidak perlulah berhutang membeli perabot.
Diulangi jangan berhutang membeli perabot. Noktah.
H.A ingin kongsikan tiga cara segera yang boleh menjimatkan hiasan kediaman kita menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu:
- Cara segera#1- Ubah susunan perabot
- Cara segera#2- Koleksi kad raya dan ketupat reben
- Cara segera #3- Ready made












