Adakah anda ingin tahu bagaimana mencantikkan rumah dengan cara bajet ?
Adakah anda ingin cantikkan kediaman anda tanpa tunggu Hari Raya ?
Adakah anda memerlukan wang untuk perkara penting yang lain, tapi pada masa yang sama teringin menceriakan rumah tanpa perlu berlanja yang banyak ?
H.A tanyakan soalan-soalan tersebut bukannya apa, sejak banyak perkara terutama barang makin naik, itu naik ini naik (cuma hujan sahaja yang turun). Kebanyakkan kita, kalau boleh ingin berjimat dalam setiap perkara.
Dan bagi H.A yang terlibat dalam bidang dekorasi dan hiasan dalaman ini , ingin dekorasi kediaman kita boleh dijimatkan dan dalam pada masa yang sama nampak cantik. Tidaklah berjimat sampai jadi bilik tidur dalam gambar di atas! Hanya ada perabot asas (katil), nampak kurang menarikĀ dan kosong (sangat membazir ruang yang luas itu.










