Ada kusyen di sofa, tetapi mahu tambah lagi?
Ada kusyen di sofa, tetapi terasa tidak cukup?
Masalahnya kita sendiri tidak tahu bagaimana hendak memilih / menambah kusyen yang sesuai, serasi atau matching dengan tema warna kediaman kita?
Oleh itu, H. A kongsikan tekniknya. Mudah sahaja, iaitu:
- Ada kusyen bercorak, pilih warna yang terdapat pada kusyen bercorak untuk memilih kusyen warna polos.
- Ada kusyen warna polos, pilih warna polos yang ada untuk memilih kusyen yang bercorak.
Gambar di ambil di IKEA. H.A berikan contoh-contoh seperti berikut:
H.A gabungkan dua kusyen, tiga kusyen dan empat kusyen. Masih lagi nampak serasi dan tidak terlalu berbeza atau rojak.
Berminat utk rumah baru saya