Travel Battle Trip Wanna One di Hadong yang Wannable boleh ikuti

Park Ji Hoon dan Park Woo Jin dari  kumpulan popular Wanna One bercuti dua hari satu malam sempena memasuki umur 20 tahun dalam rancangan pelancongan TV Korea, ’ Battle Trip’ episod 90. Mereka battle trip dengan Yoojung (Weki Meki) dan Mina (Gugudan). Menariknya, mereka berempat dari realiti TV ‘Produce 101’ dan ‘Produce 101 S2.’

Jihoon dan Woojin menamakan kumpulan mereka sebagai PST (Pink Sausage Team/Tour – BUNSSO), kerana kedua-dua mereka sebelum ini pernah memakai pink sweatsuits.

Trip pertama mereka selepas memasuki umur 20 tahun

Lokasi pelancongan mereka ialah Hadong! Saya pertama kali dengar nama ini. Tetapi selepas mengikuti seminar yang dianjurkan Korea Tourism Organization Malaysia sebelum ini. Barulah tahu tempat ini terletak di mana dan apa yang menarik untuk dilihat. Boleh baca artikel tentang Hadong di sini:

Hadong Pegunungan alps di Korea Selatan dengan tempat-tempat dan aktiviti yang menarik untuk diterokai

Jom Wannable, kita ikuti itinerari mereka.

HARI PERTAMA

Yongsan Station, Seoul

7:30 pagi tiba di Yongsan Station, Seoul. Menaiki train KTX dari Yongsan Station ke Jinju Station (mengambil masa 3 jam perjalanan). Mengambil waktu 8:25 pagi ke Jinju.

Nota: Kita turut juga boleh memilih  menaiki  dari Seoul Station ke Jinju Station.

Harga tiket KTX dari Seoul Station ke Jinju Station

Website KTX: www.letskorail.com

Jinju Station

Jinju Station di Wilayah Gyeongsang Selatan

Tiba di Jinju Station  mereka menaiki teksi ke restoran di Jinju yang  popular dengan sajikan mi sejuk (Mul-naengmyeon).

Peta jarak dari Jinju Station ke Hayeonok Restaurant

 Hayeonok Restaurant

Restoran Ha Neo yang menyajikan Jinju Cold Noodle – photo credit visitkorea

Jinju Mul-naengmyeon

Jinju cold noodle – photo credit mangoplate.com / Park Soo Ho

Jinju Mul-naengmyeon ( Jinju cold noodle) merupakan mi dengan kuah sejuk. Mi diperbuat daripada buckwheat dengan topping seperti telur, hirisan pear, white radish kimchi , timun, boailed egg, dan daging /penkek daging. (bagi yang Muslim ini perlu berhati-hati. Minta mereka tidak meletakkan daging semasa memesan. Salah satu ayat yang boleh digunakan “Gogi ppaego juseyo”(Please remove all meat from the food).

Dari segi kuah. Terdapat artikel mengatakan seafood soup broth base dan ada sesetengah artikel kuah rembusan makanan laut tetapi terdapat tulang daging.

Jadi, jika masih terasa was-was. Swafoto saja di luar restoran : )

Park Jihoon dan Park Woojin bersedia menjamu selera

  • Pengangkutan: Mengambil masa 21 minit (8.71km) dengan teksi.
  • Alamat: 1317-20 Jinju-daero, Ihyeon-dong, Jinju, Gyeongsangnam-do
  • No.tel: +82 55-746-0525
  • Harga: Jinju Mul-naengmyeon 8,000KRW
  • Rujukan: https://store.naver.com/restaurants (Korean)
  • Nota: Sangat popular . Anggaran perlu menunggu 45 minit.

Jinju > Hadong

Mengambil bas dari Jinju ke Hadong

Dari Jinju mereka ke Hadong dengan menaiki bas.

Hadong Tour Sightseeing Taxi

Hadong Tour Sightseeing Taxi

Bagi memudahkan perjalanan ke lokasi-lokasi menarik di sekitar Hadong. Jihoon membuat tempahan teksi. Bukan teksi biasa tetapi teksi khas ‘Hadong taxi tour.’

Park Jihoon menempah online Hadong taxi tour

 

Zip line di Geumosan

Park Jihoon yang teruja dan Park Woojin yang ketakutan. Saya pasti merasai kedua-duanya

Aktiviti pertama yang mereka cuba ialah zip line. Dikatakan zip wire yang terpanjang di Asia! 3,186m panjang dengan mengambil masa 6 minit! Kelajuan boleh mencapai maksimum 120 km per jam di 849m atas paras laut!

Nota: Tiket boleh dibeli di lokasi. Tetapi seeloknya (jalan selamat), buat tempahan online.

  • Tempat: Hadong Alps Leports
  • Masa: 0900-1800
  • Harga: Dewasa (40,000 ~45,000Won) / Kanak-kanak, remaja (30,000~40,000Won)
  • Alamat: 493-9 Gyeongchung-ro, Geumnam-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
  • Website: www.hdalps.or.kr (Korean)

 

Cherry Blossom Camping

Jihoon dan Woojin di Jirisan Beotkkot Caravan Park

Penutup hari pertama, mereka menuju ke Jiriran Beotkkot Caravan Park untuk BBQ dan bermalam. Sewa sebuah caravan berharga 130,000KRW (anggaran RM490) semalam.

Woojin turut menunjukkan skil memasaknya.

HARI KEDUA

Cherry Blossom Rain

Simni 10ri Cherry Blossom Road

Sepanjang 4km dihiasi 1200 pokok Cherry Blossom dengan usia antara 40-50 tahun. Mereka turut merasai hujan cherry blossom! Melihat ini, saya pun mahu pergi!

Hujan bunga cherry blossom

  • Alamat: Hwage-ro, Uisin-gil, Hwage-myeon, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
  • Pengangkutan: Busan Seobu Bus Terminal > Hwagae Bus Terminal (2jam 30 min)
  • Sumber: elpheal

Nota: Kalau mahu sekadar pergi balik hari. Boleh pergi semasa “Hwagae Market Cherry Blossom Festival” . Terdapat pakej-pakej ke festival ini.

Tea Time

Jihoon dan Woojin di Ssanggye Tea Museum cafe terrace

Hadong dikenali tempat yang popular dengan teh hijau. Mereka menuju ke Ssanggye Myeongcha (berdekatan dengan cherry blossom road – 30 minit berjalan kaki). Mereka menerima cadangan pekerja kafe iaitu Ujeon Leaf Tea (teh berkualiti tinggi) dan memilih ais krim perisa green tea dan red balloon flower . Jihoon berpeluang mempelajari upacara membuat teh.

Ssanggye tea museum cafe and store

Peta lokasi Ssanggye Tea Museum.

Tiram bakar

Restoran di Hadong yang menyajikan Cherry Blossom Oyster

Musim cherry blossom turut menjadi musim tiram sehingga dikenali sebagai Cherry Blossom Oyster. Mereka tiba di sebuah restoran menyajikan sajian bermusim ini (mengambil masa 32-40 minit dari  Ssanggye Tea Museum).

Peta jarak dari Ssanggye Tea Museum ke Mulbang Gol Restaurant

Mereka memesan Cherry Blossom Oyster (5kg) 45,000 KRW  dan Jaecheop-guk (marsh clam soup) 10,000 KRW.

Jaecheop-guk (marsh clam soup)

  • Tempat: Mulbang-golsigdang (Eunbang Gol Restaurant)
  • Masa: 07:00 – 20:30
  • Harga: 30,000KRW ~ 40,000KRW +
  • Alamat: 204-5, Gangnam -dong, Hadong-gun, Gyeongnam
  • Telefon: 055-884-1119
  • Rujukan: https://m.blog.naver.com/ (Korean)

Seomjingang Canoeing

Jihoon dan Woojin mencuba aktiviti berkanu di Sungai Seomjingang

Aktiviti terakhir di Hadong. Mereka mencuba berkanu. Menariknya, mereka berkanu dengan pemandangan pokok-pokok cherry blossom yang berada di kiri dan kanan sepanjang sungai Seomjingang.

Laluan berkanu di Sungai Seomjingang

Aktiviti ini mengambil masa 2 jam 30 minit (9km).

  • Tempat: Seomjingang Leisure Club
  • Masa: 0900-1800
  • Harga: Rafting+Lunch ( 30,000 Won) / Rafting+Long boat (40,000 Won)
  • Alamat: Seomjin Riverbank, Toji-myeon, Gurye-gun, Jeollanam-do
  • No.telefon: 055-882-0015
  • Website: www.sjklc.co.kr (Korean)
  • Rujukan: gurye.go.kr (English)

Solnip Hanu

Hadong Pine Needle Hanwoo Plaza. Kredit foto Google Map

Malamnya, mereka makan malam di Hadong Pine Needle Hanwoo Plaza.  Menu utama mereka ialah Hanwoo Pine Needle. Hanwoo merupakan nama baka lembu asli Korea. Solnip pula bermaksud pine needles. Lembu yang diberi makan tumbuhan pine needles.

Jihoon dan Woojin di Hadong Pine Needle Hanwoo Plaza

Status: Tidak halal.

Bonus (Muslim Friendly Restaurant)

Seomjingang Daseulgi Sujebi restoran di Gurye-gun

Peta jarak dari pasar Hwagaejangteo Market ke Seomjingang Daseulgi Sujebi

Terdapat sebuah restoran mesra Muslim berdekatan (dalam anggaran 10-15 minit dari Hwagaejangteo -pasar tempatan Hadong) iaitu Seomjingang Daseulgi Sujebi. Menyediakan makanan seperti Marsh snail sujebi (daseulgitang)- 7,000KRW

Rumusan

  • Anggaran perbelanjaan mereka seorang 298,000KRW (RM1,100) tidak termasuk pengangkutan.
  • Sewaan teksi khas ini lebih memudahkan perjalanan selama dua hari di Hadong.
  • Penulisan ini berdasarkan kajian di Google dan tentulah menonton rancangan Battle Trip ini 🙂
  • Moga dapat membantu sedikit sebanyak kepada Wannable.

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *