RSS Feed

Trend Warna Kediaman 2012

December 29, 2011 by Hazlam Anuar

Lagi beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun baru, tidak sabar rasanya. Pada masa ini, kita pasti memasang azam tahun baru atau menambah senarai azam yang ingin dicapai tahun depan.

Apa azam tahun baru anda? Ubah warna dinding kediaman atau menukar hiasan dekorasi untuk mengubah selera setelah bertahun-tahun hiasan dekor rumah sama sahaja, jemu rasanya.

Minggu terakhir tahun 2011 ini, H.A ingin kongsikan warna trend bagi tahun 2012. Setiap tahun warna trend bagi kediaman sentiasa berubah mengikut waktu, keadaan dan kaji selidik. Oleh itu, apakah warna trend bagi tahun 2012?

Pantone, pakar autoriti warna terkenal dunia dan menjadi sumber inspirasi warna bagi industri reka bentuk mengumumkan warna ‘Tangerine Tango’ sebagai warna tahun 2012 yang menarik dan riang. Kata pengarah eksekutif Pantone Color Institute,  Leatrice Eiseman,

“Sophisticated but at the same time dramatic and seductive, Tangerine Tango is an orange with a lot of depth to it,”

Tahukah anda yang warna juga mempunyai kesan pada diri kita? Menurut buku The Complete Color Harmony  , warna psikologi bagi warna jingga ini mewakili sifat periang, bertenaga dan aktif. Disebabkan itu, ia menjadi pilihan ibu bapa untuk mewarnakan bilik kanak-kanak dan remaja dengan warna jingga.

Bagi memberikan anda idea penggunaan warna jingga pada interior kediaman anda, saya senaraikan beberapa gambar sebagai inspirasi. Warna jingga boleh digunakan sebagai feature wall atau pada aksesori hiasan seperti pasu, kushion langsir dan sebagainya.

Di kesempatan ini juga, H.A ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada pembaca yang mengikuti perjalanan blog H.A ini. Terima kasih, semoga segala hajat dan impian kita pada tahun 2012 akan tercapai, Insha-Allah.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (pantone , 45936576@N06, 16863012@N06, pkmousie, thesugarmonsterdenslee )

Related posts:

Buku Mudahnya Google SketchUp sudah terbit!
Ilusi Bilik Tidur Kecil Nampak Luas Dengan 5 Cara
Meniru Idea Dekorasi di Kedai SSF Pertama Complex

Hazlam Anuar

Designer & author at Hazlam Anuar Design
Saya seorang perunding hiasan dalaman secara online, penulis buku dan ebook, pereka grafik dan 3D visualizer. Saya peminat IKEA dan pulau-pulau di dunia.

5 Comments »

  1. salam sejahtera dan selamat malam…. minta pendapat saudara tntang perabot yang ringkas tapi menarik serta jenis2 lampu dan yang sesuai untuk bilik yg ruang nya kecil.. untuk bilik remaja… terima kasih:)

    • Hazlam Anuar says:

      Contoh perabot ringkas seperti perabot IKEA (http://www.ikea.com/my) dan lampunya yang sesuai dengan ruang kecil. Jika bukan tinggal di KL/Selangor. Jadikan perabot IKEA ini sebagai inspirasi atau idea untuk memilih perabot dan lampu yang seakan sama. Selalunya perabot yang ringkas berbentuk bersegi/ petak dan tiada perincian seperti kerawang/perabot jati.

  2. [...] artikel berkenaan warna trend 2012 iaitu ‘ Tangerine Tango’ boleh lihat semula di sini Trend Warna Kediaman 2012. Bagi tahun ini, H.A tunjukkan warna trend bagi tahun 2013 yang dipinta pembaca [...]

  3. yana says:

    Salam.nk tnya pendpt jer?rumah sy teres dua tgkat low cost.nk tau warna ape yg sesuai tok future wall hall yg ada ruang bwh tangga.hall sy smbg dgn ruang mkn dan ada sofa l shape dn mja mkn 6 seat.masuk pintu rumah,kiri sofa tv sy ltk bwh tgga,sesuai tak?

    • Hazlam Anuar says:

      Susun atur perabot selagi tidak mengganggu pergerakan kita, itu sudah baik.
      Bagi feature wall, pilih warna yang kita suka. Ikut psikologi – kuning (welcoming feel) , jingga (exciting feel), hijau (relaxing feel).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>