Ttang Ttang Land – Taman Tema Ayam Goreng

Setiap kali tengok rancangan-rancangan Korea, ayam goreng menjadi kegemaran dan keterujaan. Sehinggakan restoran Korea, fast food franchise, gerai menghasilkan / membawa ayam goreng seperti:

  • Ayam Goreng Pedas Manis (Dakgangjeong)
  • Ayam Goreng Pedas Bawang (Kkanpunggi)
  • Ayam Goreng Madu
  • Ayamg Goreng Soya
  • Ayam Goreng

Bagaimana kalau kita berpeluang menghasilkannya?

Jom ke taman tema ayam terbesar dan pertama di Korea. Terletak di Daegu, iaitu Ttang Ttang Land.

Ttang Ttang Land

Ttang Ttang Land – Korea’s First and Largest Chicken Theme Park
Replika reban ayam
Koleksi produk bertemakan ayam seluruh dunia di Ttang Ttang Land

Chicken & Burger Experience

Di sini kami mengikut program menghasilkan ayam goreng (mencampur bahan perapan sehingga. Gorengan dilakukan oleh pihak mereka ) dan membuat burger.

Tempat menghasilkan kotak bungkusan ayam (golden treasure box)
Tempat dan alatan membuat ayam goreng
Alatan mengoreng ayam
Aktiviti memasak ayam goreng

Sementara menunggu ayam selesai digoreng, kami melakukan aktiviti kedua iaitu membuat burger. Mudah sahaja aktiviti ini, hanya ikuti langkah-langkah seperti roti > daging ayam > sayur > sos > roti > bungkus.

Aktiviti membuat burger
Ketulan-ketulan ayam kami yang sudah siap digoreng pans
Burger ayam dan ayam goreng

Nota

Bagi saya yang Muslim tentulah tidak memakannya (dengan memahami ia tidak disembelih dengan cara Islam). Pengurus kami membantu membelikan Lotte Shrimp Burger. Saya yang jenis suka ayam goreng hanya dapat bersabar dan menahan diri.

Cara Ke Sini

  • Aktiviti: Chicken experience (16,000KRW) / Chicken & burger experience (20,000KRW). 90 minit program.
  • Alamat: Palgongro 220-2 Dong-gu, Daegu Metropolitan City
  • Telefon: 053-721-7599
  • Website: http://codd.pay.biz/ (urlnya begini ya)
  • City bus. Express 1 / 101 / 101-1 / 401 / Palgong 1 / Palgong 2 . Turun di depana Textile and Fashion CAmpus of Korea Polytechnics atau turun melintas dari Bullo Roman Catholic Church (5 minit berjalan).
  • Subway. Turun di Ayanggyo Subway Station Line 1 (Exit 2) > bus Express 1 / 101-1 / 401 / Palgong 1 / Palgong 2
  • Ayanggyo Station DAegu Line 1 (Exit no. 2) > bus 401 (8 stops) > Bullodong Ancient Tombs > 5 min walk > Chicken Experience Theme Park Ttang Ttang Land.

Rujukan

Brosur Ttang Ttang Land , http://codd.pay.biz/ , http://www.daegu.go.kr ,

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *