Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters. Kempen Kerjasama KTO Malaysia dan Blogger

Wow! PyeongChang!

Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters ini merupakan kempen yang  diwujudkan oleh KTO (Korea Tourism Organization) Malaysia untuk bekerjasama dengan social media influencers dan blogger-blogger di Malaysia bagi mempromosikan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang2018.

Bermula Februari 2017 sehingga Februari 2018. Penyokong Malaysia yang terpilih akan melakukan promosi secara kerap berkenaan Olimpik Musim Sejuk ini seperti lokasi stadium, jenis-jenis sukan, info-info pelancongan dan festival berhampiran bandar dan kawasan Olimpik di dalam blog dan sosial media mereka.

Penyokong Malaysia yang terpilih, menerima:

  • Baju rasmi.
  • Sijil
  • Badge
  • Cenderamata

Sebagai tanda komitmen dalam bersama-sama mempromosikan sukan olimpik musim sejuk ini.

Hadiah cuti ke Korea!

Sebagai tanda penghargaan dan usaha keras  penyokong Malaysia selepas mempromosikan temasya ini. KTO Malaysia menawarkan hadiah bercuti ke Korea kepada ‘Best Supporters’. Doakan H.A menang! Sebab tidak pernah pergi tempat bersalji dan melihat Olimpik secara live.

Booth khas

KTO Malaysia turut mewujudkan booth khas (di Korea Plaza) bersama standee maskot Olimpik iaitu “Sooharang’ dan ‘Bandabi’

Memainkan video-video promosi Olimpik Musim Sejuk PyeongChang2018. Bagi membantu pelawat mengetahui dan memahami tentang Olimpik Musim Sejuk.

2 jenis sukan daripada 15 sukan Olimpik musim sejuk dan 6 Paralimpik

Semasa perasmian kempen Wow! PyeongChang! KTO memaparkan dua jenis prop sukan Olimpik musim sejuk.

Sukan Hoki Ais.

Sukan Curling

Fakta menarik Olimpik Korea

Ms. Nuri Kim, Tourism Marketing Manager ada menanyakan kami soalan.

“Cuba teka berapa lama menyiapkan acara ini?”

Ada yang jawab 4 tahun, 8 tahun.

Beliau menjawab sejak tahun 2003! Jawapan beliau membuatkan H.A terkejut. Rupa-rupanya, Korea Selatan bermula misi membida menjadi tuan rumah sejak 2003 lagi. Pertama kali untuk 2010. Tetapi tidak berjaya (Vancover, Canada- menjadi tuan rumah).

Bidaan kali kedua untuk 2014. Sekali lagi tidak berjaya (Sochi, Russia- menjadi tuan rumah). Akhirnya, cubaan kali ketiga untuk tahun 2018. Korea Selatan berjaya.

Info ringkas Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018

  • Merupakan Olimpik kedua di Korea selepas 30 tahun Olimpik pertama iaitu 1988 Seoul Olympic.
  • Negara yang akan sertai dalam 95 negara (anggaran 50,000 orang)
  • Hari: 17 hari (9-25 Febuari 2018)
  • Lokasi : PyeongChang, Gangneung dan Jeongseon dalam Gangwon province.
  • Slogan : Passion. Connected.
  • Maskot: Soohorang dan Bandabi

JOM! KE OLIMPIK MUSIM SEJUK PYEONGCHANG 2018 !

 

=====

Dibawakan oleh  Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Supporters Malaysia

Related posts:

The following two tabs change content below.

Hazlam Anuar

Designer & Author at Hazlam Anuar Design
Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *