Baru- baru ini berlangsungnya 2018 Hansik Contest di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur sempena K-Food Fair.
2018 Hansik Contest dengan tema ‘Global Taste of Korea’ merupakan sebuah pertandingan memasak makanan Korea (hansik) dengan menambah citarasa tempatan.
16 peserta terakhir telah dipilih, dan dibahagikan kepada dua kumpulan (8 peserta). Setiap peserta diberi masa 45 minit memasak dan kemudian 3 minit membuat presentation.
Masakan peserta dinilai dari segi persiapan dan citarasa yang betul seperti rasa, komposisi, kebersihan, tahap kesukaran. Juga penyampaian seperti keaslian, globalisasi, keterujaan dengan makanan & budaya Korea.
Hadiah
- Tempat Pertama: RM4,000 + Melancong ke Korea pada September (Tiket penerbangan pergi balik, penginapan dan perbelanjaan perjalanan akan ditanggung oleh pihak pengurusan
- Tempat Kedua: RM2,000
- Tempat Ketiga: RM1,000
*Cenderamata/hamper diberikan kepada semua peserta.
Para Peserta
Barisan hakim

Dari kiri Chef Patrick Siau (Sunway University), Ivan Toh (TV hos RTM), Chef Nicholas Thang, Chef Loke Hoi Weng (UCSI University ), Mr Yoon Sun Kyu (Korean Restaurant Association Malaysia)
Para pelajar Diploma Culinary Arts dari UCSI University membantu masalah teknikal para peserta dan mengagihkan makanan peserta kepada para hakim.
Cabutan Bertuah & Persembahan
Event diselang seli dengan cabutan bertuah. Saya teruja sampai orang pertama ambil tiket cabutan bertuah. Penghujung event, dapatlah hadiah satu ramyun cup dan satu bungkus.
Selama tiga jam pertandingan dijalankan. Akhirnya diumumkan para pemenang.
Pemenang 2018 Hansik Contest
Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga
Tahniah kepada 16 peserta akhir dan para penganjur. Jumpa tahun depan di 2019 Hansik Contest.
Photo credit : Korean Embassy Facebook & personal