2018 Quiz on Korea: Malaysia Preliminary

Quiz on Korea

Pada bulan lepas, pertandingan tahunan Quiz on Korea peringkat  Malaysia telah berlangsung di Taylor University Lakeside Campus. Hari dan tempat yang sama berlangsungnya 2018 Changwon K-POP World Festival: Malaysia Preliminary.

Quiz on Korea merupakan rancangan tv game show di Korea Selatan.  Program oleh Ministry of Foreign Affairs of the Republic of Korea dan kabel tv KBS . Kuiz ini seperti namanya, menguji para peserta pengetahuan umum tentang Korea. Turut bertujuan membantu menyebarkan gelombang Korea (Hallyu).

Telah berlangsung sejak 2012. Merupakan program istimewa yang hanya disiarkan pada festival perayaan Chuseok. Malaysia telah mempunyai wakil pada tahun 2014 (Zulhilmi Asyraf Zamri), 2016 (Ooi Ee Lyn- mendapat tempat kedua) dan 2017 (Anis Zafirah Zainal).

 

2018 Quiz on Korea di Malaysia

Poster 2018 Quiz on Korea

20 peserta akhir telah terpilih selepas pusingan pertama yang diadakan pada 7 June di Kedutaan Korea di Malaysia.

Pusingan pertama berlangsung secara multiple-choice test dan pusingan akhir peringkat Malaysia secara Golden Bell Quiz format.

Para penonton 2018 Quiz on Korea

Pusingan akhir dijalankan secara Golden Bell Quiz format

Pemenang yang mewakili Malaysia akan menerima tajaan penuh ke Korea, mengikuti trip selama seminggu dan mengambil bahagian dalam pusingan akhir yang akan difilemkan di studio KBS, Seoul, dan disiarkan di KBS dan KBS World.

Tempat kedua 2018 Quiz on Korea

Tempat ketiga Quiz on Korea

Para pemenang bersama wakil Malaysia 2017 dan MC

Para peserta, krew, MC dan wakil Korea Embassy 2018 Quiz on Korea

 

Wakil Malaysia 2018

Tempat pertama 2018 Quiz on Korea

Saya mendoakan kejayaan wakil Malaysia tahun ini! Rachel Liew. Tahniah dan semoga berjaya di pusingan akhir di Seoul, Korea! Pastikan akan tonton pada September nanti.

Wakil Malaysia 2017

Berkesempatan bertemu dengan wakil Malaysia tahun lepas yang hadir memberi sokongan kepada para peserta. Ambil aura pemenang.

Teringin juga nak masuk tetapi ilmu budaya Korea masih cetek, walaupun kerap melancong ke sana.

Kredit foto: Korea Embassy FB

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *