2021 P4G Seoul Summit : ‘Green We Go, Change We Make’

Pada 30 sehingga 3 Mei ini Korea Selatan menjadi tuan rumah pertama kali sidang kemuncak iklim antarabangsa – 2021 P4G Seoul Summit yang berlangsung di DDP (Dongdaemun Design Plaza). Dengan slogan ‘Green We Go, Change We Make.’

Sidang kemuncak ini turut dihadiri ketua negara, pemimpin organisasi antarabangsa, pemimpin perniagaan, akademik, masyarakat awam. Dengan tema ‘Green Recovery and 2050 Carbon Neutrality.’ Pelbagai topik dibincangkan seperti Leaders’ Session, Thematic Breakout Session ( air bersih, makanan dan pertanian, tenaga natural, bandar, ekonomi pekeliling), Special Breakout Sessions, dan lain-lain.

Apa itu P4G?

P4G bermaksud “Partnering for Green Growth and the Global Goals 2030”. Program ini berasal dari 3GF ( Global Green Growth Forum) forum peringkat tinggi dengan diketuai Denmark pada tahun 2011. Selepas itu, berkembang objektif Penjanjian Paris (2015) dan SDGs (Sustainable Development Goals) dengan melancarkan P4G pada tahun 2017.

Objektif

Memberikan kesan yang dapat ditingkatkan dan dapat direplikasi pada sasaran tindakan iklim dan melakukan progres terhadap Sustainable Development Goals (SDGs) , terutama kepada rakan negara di negara membangun.

Bertujuan untuk mempercepat penyelesaian pada lima sektor utama P4G (Makanan, Air, Tenaga, Bandar, dan Ekonomi Pekeliling) yang saling berkait rapat dengan SDGs dan replikasikan di negara rakan P4G dan seterusnya.

Info

Program ini turut boleh ditonton secara online (live , VOD) di https://virtual.2021p4g-seoulsummit.kr/

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *