3 Desa Menarik di Namhae, Korea Selatan

Di mana Namhae?

Lokasi peta Namhae

Info ringkas:

 

Namhae German Village

Namhae German Village

Perkampungan Jerman di Namhae, Korea  ini dibina untuk warganegara Korea yang pernah tinggal di Jerman (pelombong & jururawat) pada tahun 1960an. Tempat ini dikenali sebagai ‘ Jerman kecil di Korea’. Dengan senibina rumah traditional Jerman.

Namhae German Village entrance

Batu Bersurat Korea German di gerbang masuk Namhae German Village

Pameran sejarah warga Korea di Jerman pada tahun 1960an

Kini menjadi tarikan pelancong dengan budaya dan festival Jerman. Festival tahunan yang selalu berlangsung di sini tentulah Oktoberfest.

Salah satu lokasi drama ‘Couple or Trouble’ (2006).

Bangunan dan kediaman senibina Jerman di Namhae German Village

Kunst Bakery dan Kunst Lounge di Namhae German Village

  • Alamat: 92, Dogil-ro, Namhae-gun, Gyeongsangnam-do
  • Masa operasi: 9am- 6pm (masuk percuma)
  • Pengangkutan: Namhae bus terminal > Naedongcheon Bus Stop. (22 hentian) > jalan terus sejauh 623m ke arah perkampungan Jerman.
  • Website: Namhae German Village  (Korean)
  • Rujukan: http://tour.namhae.go.kr

Haeorum Art Village

Haeorum Art Village di Namhae

Desa Seni Hyeonmu adalah  tempat sekolah lama yang diubahsuai menjadi tempat ruang budaya, bengkel seni, mempamerkan pelbagai pameran yang unik, ruang kerja artis dan koleksi selama enam tahun. Turut mempunyai landskap taman arca, kedai seni dan kedai kopi.

Haeorum Art Village

Hiasan batu di luar Haeorum Art Village

Perabot perabot kayu di Haeorum Art Village

Antara bahan pameran di Haeorum Art Village

Bilik darjah di Haeorum Art Village

  • Alamat: 995, Dongbudae-ro, Samdong-myeon
  • Masa Operasi:  9am – 6pm
  • Tiket: 1,000 KRW / 2,000KRW (masuk) dan 12,000 KRW (aktiviti kraf)
  • Pengangkutan: Berhampiran Namhae German Village
  • Website: Haeorum Art Village (Korean)

Daraengi Village

Daraengi Village view

Perkampungan Daraengi yang popular di Namhae kerana sawah bertingkat. Turut tersenarai  oleh CNN Travel sebagai nombor 3 untuk ’50 Beautiful Places to Visit in Korea.’

Terdapat Daraengi Rice Paddy Festival yang diadakan setiap tahun pada musim bunga.

Daraengi Village walkway

Pemandangan sawah bertingkat Daraengi Village

 

Foto kredit: Wow Korea Supporters Members

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *