3 Idea Susun Atur Perabot Ruang Tamu

 

Terima kasih kerana masih mengikuti blog H.A. Untuk pengetahuan pembaca, H.A dalam proses menyiapkan sebuah novel yang ceritanya mempunyai kaitan dengan dunia hiasan dalaman. Ia perlu disiapkan sebelum penghujung bulan ini. Apa-apa berita terbaru boleh layari Facebook H.A. (Rasa bersalah blog ini sunyi).

Tetapi blog ini tidak sunyi dengan pemberian soalan-soalan dari pembaca blog yang saya hormati, terima kasih. Post kali ini, H.A ingin kongsikan idea tentang susun atur perabot untuk ruang tamu kerana terdapat banyak persamaan soalan yang diberikan oleh pembaca  blog. Oleh itu, H.A tunjukkan tiga contoh idea susun atur perabot untuk ruang tamu.

simbol dan nama perabot


 

#1-Idea Susun Atur Gaya Bincang

idea susun atur perabot gaya bincang

Gaya ini disusun seperti suasana ketika berbincang.Boleh juga dikatakan sebagai susun atur berbentuk ‘O’. Ruang tamu yang sempit dan tiada kabinet tv, sesuai disusun seperti ini. DC (dining chair), kerusi makan yang boleh diambil dari meja makan apabila tetamu tiada kerusi sedia ada diruang tamu untuk mereka duduk. Karpet berbentuk bujur juga sesuai dengan susunan ini.

 

#2-Idea Susun Atur Gaya 3+1+1

idea susun atur perabot gaya 3+1+1

Apabila mempunyai ruang tamu kecil dan sempit atau memanjang, kita tidak berupaya mempunyai perabot 3+2+1. Cara atasinya dengan gaya susun atur 3+1+1. Sofa tiga tempat duduk sebagai utama di lengkapkan dengan dua sofa single yang berlainan rekaan lebih menarik dari mempunyai sofa yang sama rupanya. Sama juga dengan side table yang berbeza. Satu bulat dan satu lagi bersegi.

 

#3-Idea Susun Atur Gaya Huruf C

idea susun atur peabot gaya huruf C

Gaya susun atur berbentuk ‘C’ ini mempunyai perabot-perabot yang minima. Memberikan ruang tamu sempit kelihatan luas. AC (Armchair) boleh diganti kepada sofa dua tempat duduk atau chaise lounge  jika ruang tamu kita mengizinkan.

 

Nota: Bagi ST (side table) yang berhampiran dinding boleh diletakkan meja lampu.

 

Tiga gaya idea susun atur perabot ini diambil daripada salah satu bonus ebook DekorasiBajet iaitu  ’15 Idea Susun Atur Ruang Tamu Perabot Sedia Ada ‘.

bonus susun atur ruang tamu dengan perabot sedia ada

Jika ingin memiliki ebook bonus ini, boleh terus ke lawan web di bawah:

Download>> 77 Tip & Teknik Dekorasi Bajet

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

17 Comments

  1. Salam,

    Saya nak minta pendapat alam mengenai feature wall & susun atur perabot. Ruang tamu rumah saya berbentuk segiempat tepat & bergabung dgn ruang makan. Masalahnya terdapat pintu bilik air di penjuru sebelah kanan, dan bahagian tengah ada tangga menuju ke tingkat atas. Bagaimana saya nak tentukan feature wall saya? samada dinding sblh bilik air (lebar 13′)atau dinding sebelah kiri yg memanjang? Jika saya nak tutup pintu bilik air tu boleh suggest nak guna aksesori apa?

    Harap saudara dapat membantu saya.

    • Feature wall boleh dipilih berdasarkan:-
      1-Dinding di belakang tv
      2-Apabil kita membuka pintu masuk, dinding pertama yang kita lihat
      3-Dinding yang tiada bukaan seperti tingkap.

      Salah satu cara menyorok pintu bilik ain dengan memasang langsir atau juraian manik.

  2. salam wrt.

    selamat tahun baru 2013. salam perkenalan. Moga sejahtera dan terus sukses. saya nak minta pendapat untuk susun atur ruang pejabat bersaiz lebih kurang 10′ x 10′. letak pintu masuk tepi sekali sebelah kanan bahu. bagaimana nak susun kedudukan meja berukuran 4′ 6″ x 2′ 3.5″ dan meja printer. perlukah saya letak kedudukan meja melintang dan menghadap arah pintu atau susun melintang menghadap dinding yang selari dengan pintu jika daun pintu dibuka (ada ruang lebih kurang 6 kaki antara meja dan dinding. ada kerusi bankuet untuk tetamu di hadapan meja. juga ada 2 kabinet fail paras pinggang. dinding bilik saya ada jubin (bekas tandas yang diubah suai). sabo ajelah. dah rezeki kat situ. redha ajelah. Terima kasih atas panduan.

    • Kedudukan yang dicadangkan tuan memang sesuai selagi tidak menghalang pintu dan laluan pergerakan. Yang penting apa yang diperlukan berada di sekitar capaian tangan.

  3. Hi Alam..

    sy nak minta pendapat tentang rumah teres yg berpintu sliding..ruang tamu berukuran 4 segi..sliding di buka disebelah kanan & pintu ke ruang makan jg di sebelah kanan. Bbagaimana cara susunan untuk TV dan sofa? sy berminat dgn sofa L Shape..tp ada yg menyarankan kpd sy sofa 3+2+1..
    Terima Kasih

  4. salam..sy ingin minta pandangan. ruang tamu rumah saya terdapat dua batang tiang di tengah2..so agak sukar untuk saya membuat susun atur disebabkan ruang tamu yang agak sempit dan adanya tiang tersebut..bagaimanakah susunatur yang sesuai untuk ruang tamu saya..tq

  5. Salam..sy tgh bingung fikirkan susun atur perabot ruang tamu rumah saya. sy beli rumah teres setingkat 2lot d pecah dinding tengah tetapi dinding tengah tdk boleh d pecah kesemuanya jd d tengah2 ada tiang 3kaki so boleh en tolong saya???

  6. salam,sy nak minta pendapat kalau bilik tidur cuma 7×7 mgkn bilik ni..ada 3almari baju..yg ptama tu bsr dn tggi boleh sgkut bju dlm tu..yg dua rndh dan x lebar bole gntg bju jg. yg ktga lebar sikit dr yg kdua dan hya bj blipat sja bole msk dlm tu. ada tilam xda katil size queen. meja blajar kecik dan meja make up..sempit bilik ni..mcm mna sy nak buat jd cntik dan selesa..susun atur mcm mana tuan nak cdangkan?

  7. Macam mama susun atur ruang tamu 20×23 dengan dua set sofa. Pintu penjuru hujung salah satu dinding 23. Ada sofa 3 2 1 Dan 2 3. TV penjuru hujung satu lagi dinding sebaris pintu (orang kalau masuk mesti lalu depan TV utk nak ke dapur..)

  8. Assalamuaikum. Rumah keluarga saya telah direnovate drp kayu mnjadi bangunan kekal – batu dgn keluasan 25’×35′. Drp luas tersebut 12’x12′ adalah utk bilik. Baki tersebut ingin digunakan sebagai ruang tamu. Ianya terlalu besar dan agak pening memikirkan dari sedi dekorasi. Terdapat 3 tingkap panel di bahagian ini. Boleh saya tahu pendapat Encik dalam hal ini.

  9. bingung nyusun perabotan yang banyak sedangkan ruangan tidak memungkinkan dan perabotan mau dikurangi semuanya barang kepakai, gimana dong?

  10. Assalam..
    Kalau sofa 311 dan amchair 2 buah.. Mcm mana nak susun kat hall.. Luas hall 16×20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *