5 Cara Atasi Ruang Makan Terhad

Selain ruang tamu, ruang makan merupakan ruang sosial dalam kediaman kita. Di samping tempat kita makan minum dan menjamu tetamu. Ruang makan juga digunakan untuk mengadakan majlis dan tempat bekerja kita dan tempat aktiviti anak-anak.

Ruang makan yang terhad

Sesetengah kediaman mempunyai  pelan yang berbeza dan tidak luas ruangnya seperti:

  • Ruang tamu luas tetapi ruang makan sempit
  • Ruang tamu dan ruang makan sama-sama sempit
  • Berkongsi ruang (ruang tamu+ruang makan), (ruang makan+dapur)

Bagi menghadapi masalah ruang makan yang terhad, H.A kongsikan lima cara untuk mengatasinya.

1# Meja Makan Bersegi Bukan Bulat

meja makan bersegi empat
Meja makan bersegi empat yang boleh dipanjangkan

Meja makan bentuk bersegi sesuai untuk ruang makan yang sempit. Meja bersegi yang boleh dilipat, dipanjang dan dipendekkan adalah nilai tambah pada meja dan ruang makan kita.

Bagi pengunaan meja bulat dan meja berbentuk bujur, ia tidak sesuai kerana memakan ruang. Pertambahan bilangan kerusi menambahkan lagi diameter meja bulat tersebut.

2# Kerusi Makan Santai

Kerusi makan santai_mix chair
Kerusi makan santai_mix chair

Menjadi gaya terkini meja makan tidak dibeli bersama dengan kerusi makan. Menjadi ruang makan kita nampak menarik, ceria dan tidak nampak tipikal atau membosankan. Cara atasi ruang makan yang terhad ialah memilih kerusi makan yang santai. Kerusi ini terdiri daripada kerusi lipat, bench dan stool.

Kelebihan kerusi santai ini ialah boleh disimpan apabila tidak diperlukan  dan dapat memuatkan  bilangan tetamu walaupun meja makan kita untuk empat orang boleh menjadi enam orang.

3# Troli Mudah Alih

troli mudah alih
Troli mudah alih

Tidak lengkap ruang makan tanpa tempat penyediaan makanan atau tempat simpanan pinggan mangkuk dan kulteri yang berhampiran untuk memudahkan kita mengambilnya tanpa perlu ke dapur.

Troli mudah alih adalah satu cara untuk tempat penyedia makanan atau tempat simpanan  jika ruang makan kita terhad untuk meletakkan perabot seperti sideboard, buffet, meja konsol atau kabinet cermin.

4# Cermin Memanjang

Cermin dinding horizontal
Cermin dinding horizontal

Letak cermin, ruang menjadi luas! Semudah itu. Cermin memberikan ilusi ruang kelihatan luas dan berganda. Pemasangan cermin berbentuk horizontal  memberikan ruang nampak memanjang.

5# Lampu Nampak Hidangan

lampu gantung_pendant lamp
lampu gantung pendant lamp

Cahaya lampu memberikan peranan yang amat penting di ruang makan. Selain cermin, lampu juga membantu memberikan kesan terang dan luas. Siling kebiasannya dipasang dengan lampu fluorescent atau downlight. Tambahkan keterangan ruang makan dengan lampu seperti  lampu gantung (pendant lamp) dalam gambar ini.

Selamat berdekorasi dan menjamu selera!

Miliki ruang makan menarik dengan perabot lengkap dari Vidi Furniture

Kredit photo: erinwilliamson, kmeneses, lucasfoxbcn.

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

9 Comments

  1. Thanks hazlam untuk info yg sangat menarik! Saya ada masalah dimana ruang makan bergabung dengan ruang tamu.bahagian ruang tamu menuju ke dapur mempuyai sliding door dibahagian kiri dan tangga dibahagian kanan.tangga tersebut jenis kayu yang kosong ditengah2.boleh hazlam cadangkan cara meletak meja makan dan hiasan yg boleh saya lakukan untuk ruang makan famili.salam aidil adha

    • Salam Aidil Adha. Cara meletak meja biarkan apabila kerusi dikeluarkan untuk duduk tidak terganggu dengan laluan orang lalu atau terlalu dekat dengan dinding dan jangan terlalu rapat dengan kawasan tangga dan sliding door. Yang penting ruang makan berdekatan dapur.
      Hiasan di ruang makan seperti penambahan table runner, mangkuk penuh dengan buah-buahan tiruan, pelapik pinggan bewarna. Hiasi meja makan popular kerana table setting-nya.

    • Insya-Allah akan saya usahakan menghasilkan tip berkenaan subjek ini.

  2. saya suka ….sgt. banyak tip2 berguna. rumah sy baru siap. nak tanya, mja mkn sya lapan kerusi,luas bilik ruangmakan ia lah 11kaki x 14 kaki. nak pasang kipas di tengah2 siling dan 2 lampu gantung kiri dan kanan kipas. is it ok ke tak ok? dan satu lagi boleh tolong sy pilihkan warna cat utk dinding ruang tamu dan feature wall. agak serabut memikirkan hal ni… klu mintak ur advise berapa consultation feesnya? pls pls pls help. tq wassalam. maz kl

  3. Salam Hazlam, minta beri sedikit tips untuk dining area rumah size 20 x 70 (2400sf). Set dining yang mana sesuai digunakan, 6 kerusi atau 8 kerusi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *