Selepas dinding sudah dicat atau dipasangkan wallpaper. Kemasan terakhir adalah dengan mengantungkan gambar untuk melengkapkan dekorasi dinding kediaman rumah kita.
Ubahkan dinding yang kosong menjadi menarik, sekarang!
Menurut laman web Better Homes and Gardens, terdapat 5 langkah seni dalam susunan gambar iaitu :
- Merancang susunan gambar
- Pastikan berada dalam garisan
- Kedudukan secara rawak
- Letakkan sedikit elemen kejutan
- Susun simentri adalah selamat
Langkah 1- Merancang susunan gambar
Sebelum menebuk lubang di dinding, rancang dahulu bagaimana susunan gambar yang diinginkan. Buat tanda pensil atau lekat kertas ukuran bingkai gambar di dinding sebagai gambaran hasil akhir. Standard antarabangsa menetapkan gambar digantungkan 5’ kaki daripada lantai.
Langkah 2 – Pastikan berada dalam garisan
Jika terdapat sofa dibawahnya, pastikan susunan gambar tidak melebihi kelebaran sofa tersebut.
Langkah 3 – Kedudukan secara rawak
Susunan ini selalunya gambar yang digantungkan di dinding tepi tangga. Walaupun disusun secara rawak, gambar perlulah nampak teratur.
Langkah 4 – Letakkan sedikit elemen kejutan
Jika mengantungkan koleksi gambar terlalu normal atau biasa untuk kita, apakata melakukan sedikit perbezaan dengan mengantungkan koleksi pinggan. Koleksi pinggan yang menarik dan unik tidak tersimpan begitu sahaja dalam kabinet (buat habuk je)
Langkah 5 – Susunan simentri adalah selamat
Cara paling selamat menyusun bingkai gambar ialah cara susunan simentri (iaitu seimbang di kiri dan kanan) jika susunan yang lain tidak berjaya untuk kita lakukan.
Kredit gambar yang diambil dari Flickr (candimandi)
Illustrasi daripada alamdesign.com
bagus idea ni. leh cuba nanti. 🙂
Cuba jangan tak cuba 🙂
mohon untuk salin…
Boleh salin, jika ingin berkongsi mohon berikan link website ini. Terima kasih.
idea yang berguna,daapt cuba pada rumah baru nanti.