5 Resepi Mudah & Ringkas dengan Pes Cili Merah Korea Gochujang

Apakah itu Gochujang?

Gochujang merupakan pes cili merah dari Korea. Mempunyai rasa pedas dan manis. Prosesnya bahan seperti serbuk cilik merah, serbuk pulut, bawang, garam ia akan diawetkan/ditapaikan secara bertahun di dalam bekas tempayan tembikar.

Digunakan dalam pelbagai bahan masakan seperti bibimbap, topoki, sup, perapan daging atau digunakan sebagai sos cicah.

Saya menghasilkan lima masakan yang mudah dan ringkas mengunakan pes Gochujang.

1# Gochujang Fried Rice

Bahan-bahan:

  • 1 nasi segera
  • 1 biji telur
  • Sedikit sayuran campur
  • Sedikit seasoning sauce
  • Sedikit sweet soya sauce
  • Sedikit gula, garam dan lada
  • 1 sudu besar GOCHUJANG

Cara memasak:

Campurkan semua dan goreng. Siap!

2# Gochujang Honey Popcorn Chicken

Bahan-bahan:

  • 10 x ayam popcorn
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar GOCHUJANG

Cara memasak:

Campurkan Gochujang dan madu. Setelah ayam popcorn dimasak, gaul / dilapisi bersama. SELESAI!

3# Gochujang Anchovies Jeon

Bahan-bahan:

  • 1 pack Anchovies Fritter Flour
  • Sedikit sayur campuran
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar GOCHUJANG

Cara memasak:

Masukan semua dalam mangkuk dan tambah cawan kecil air, gaul dan goreng. Siap!

4# Gochujang Double Burger Beef

Bahan-bahan:

  • 2 keping daging burger
  • Sos perasa
  • 1 sudau besar madu
  • 2 sudu besar GOCHUJANG

Cara memasak:

Perap daging lembu dengan Gochujang, madu dan sos perasa. Selepas itu goreng. Selesai!

Sos cecah ( sayur campur dan mayonis).

5# Gochujang Spicy & Sweet Ramyun Non Fried

Bahan-bahan:

  • 1 paket ramyun
  • Sedikit sos perasa
  • Sedikit kicap soya manis
  • 1 sudu madu
  • 2 sudu besar GOCHUJANG
  • Sayur campuran (optional)
  • Telur (optional)

Cara memasak:

Rebus mi ramyun. Campurkan madu, soya manis, perasa dan Gochujang untuk sos. Toskan mi dan campur dan gaulkan dengan sos. Selesai!

Dimana nak beli?

Gochujang halal jenama Ofood ini boleh didapati di Korea Supermarket di Ampang atau seperti K-Market di Solaris, dan supermarket seperti Village Grocer, ISETAN, Jaya Grocer, Cold Storage,. Turut ada dijual secara online di Shopee.

Klik sini: K Market Macam-Macam ada di pasaraya Korean

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *