Kita masih lagi berada di dalam bulan Syawal dan pastinya, pada hujung minggu terdapat jemputan 2, 3 rumah terbuka yang diadakan oleh saudara-mara dan sahabat handai. Bagaimana jika kita sendiri yang mengadakan open house?
Selain persediaan makanan dan minuman untuk perut tetamu, sedikit sentuhan dekorasi turut juga dapat mengenyangkan mata tetamu.
Oleh itu, H.A ingin kongsikan 6 idea penambah perisa meja makan yang dapat memberikan perisa ceria dan segar secara segera.
Perisa Ceria
- Meja makan dengan alas meja yang berwarna terang dan bercorak menarik.
- Dinding di gantungkan dengan gambar abstrak berwarna-warni.
- Ceriakan kerusi makan dengan sarung kerusi yang bercorak atau diberikan lapik kusyen berwarna pada kerusi yang bukan upholsteri (seperti kerusi bangku atau kerusi plastik)
- Pinggan mangkuk, cawan yang berwarna.
- Napkin dan place mats yang berwarna.
Perisa Segar
6. Segarkan meja makan dengan centerpiece. Seperti namanya, ia merupakan gubahan benda yang berada di tengah-tengah meja. Centerpiece ada pelbagai jenis:
- Bunga-bungaan hidup ataupun tiruan. Dipadankan dengan pasu kaca atau porselin.
- Bertema. Iaitu centerpiece Hari Raya (ketupat reben) atau majlis harijadi (pasu dipenuhi gula-gula/ cupcake disusun atas piring tiga tingkat )
- Bahan seni seperti arca atau satu piring bujur atasnya diletakkan tiga lilin bersaiz sederhana kecil.
- Buah-buahan, kek, pastry yang asli atau plastik yang diletakkan dalam mangkuk atau piring tiga tingkat.
- Centerpiece juga boleh di sekalikan dengan table runner
Kredit photo : patrickgage , proforged