7 lokasi kedudukan katil dan almari pakaian di bilik tidur

Soalan pembaca :

Nak tanya sikit , bilik saya berbentuk L , bagaimana untuk menyusun atur kedudukan katil dan almari ? Untuk makluman encik saya tidak membeli apa-apa barang lagi , minta pendapat ya.

kedudukan katil dan almari pakaian di bilik tidur
photo by David Horat

Jawapan:

Di sini H.A sertakan 7 pelan bilik tidur rumah secara rawak. Jika pembaca mendapati terdapat hampir persamaan pelan boleh dijadikan sebagai idea meletakkan kedudukan katil dan almari pakaian.  Gambar menunjukkan katil bersaiz Queen dan almari pakaian adalah saiz belian kedai atau built-in.

idea susun atur katil dan almari pakaian 01
Idea 01
idea susun atur katil dan almari pakaian 02
Idea 02
idea susun atur katil dan almari pakaian 03
Idea 03
idea susun atur katil dan almari pakaian 04
Idea 04
idea susun atur katil dan almari pakaian 05
Idea 05
idea susun atur katil dan almari pakaian 06
Idea 06
idea susun atur katil dan almari pakaian 07
Idea 07

Tip. Jika kepala katil tidak dapat diletakkan di dinding dan terpaksa di tingkap, gunakan cara ini dengan menjadikan langsir itu sebagai wallpaper. Bermaksud, dinding lain berwarna polos dan dinding bertingkap dijadikan feature wall dengan mengunakan langsir yang bercorak dan berwarna-warni.

Miliki perabot-perabot menarik secara online diVidi Furniture MY

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

46 Comments

  1. salam master bedroom saya sama seperti pic idea 01 tapi di tingkap yang bertentang dengan pintu tu berbentuk separuh octagon.dan ada 1 lagi tgkap di sebelah penjuru kanan dia dan dibelah kiri pintu ke bilik air.macamana nak susun atur perabot dalam bilik saya yer.tq

    • Kepala katil elok di dinding kosong tidak bertingkap. Jika tidak boleh pilih dinding yang paling lebar. Almari pakaiaan biasanya berada dekat dengan pintu masuk atau pintu toilet. Sisi katil boleh letak meja sisi beserta lampu meja.

  2. salam saya nak tanya tips… sekiranya bilik tidur saya mempunyai 2 pintu,mcm mana susun atur perabot yang sesuai ??

    • assalam en.hazlan saya nak tanya kedudukan katil dalam bilik yg kecil.dekat hostel lh kiranya ..satu katil doublebed stu lgi single ..saya nak nampak luas dgn ubah kedudukan katil .kedudukan yg mcm mne nampak lebih sesuai dgn bilik yg kecil

  3. Assalamualaikum H.A, Ruang bilik saya agak luas namun yang menjadikan sempit kerana barang barang contoh seperti Almari,Laci dan Katil mempunyai dua..kerana maklumlah adik saya sering copycat apa benda yang saya ada…Bagaimana saya ingin susun agar bilik saya menjadi luas….Ciri ciri bilik saya ada dua pintu…satu berada di tepi dinding dan satu lagi sliding door untuk ke koridor juga hampir dihujung dinding…Terima Kasih..Cat dinding bewarna purple terang seperti colour blog ini 🙂

  4. As salam en.hazlam..saya nk tanya,kalau rumah kita ada tiang seri di dalam ruang tamu cm mane ye?

    • Boleh jadikan sebagai daya tarikan utama seperti:
      1) cat satu warna yang kontra dan bold.
      2) tempat gantung gambar.
      3) tempat contengan atau tampal ukiran.

  5. Akom..akak nak mnta pndapat..akak pya blik besar laa juga tpi tgkap byak…so skrg akak cuma nak mntk tlg bley x deko kan 1 plan utk blik akak utk 1queen bad n 1 single bad n almari…sbb blik skali dgn ank2…dlm blik ada blik air…

  6. saya pening mau susun,dan hias bilik anak
    gadis saya di tingkat atas,syiling yg tak
    seimbang dan ruang yg amat sempit.

  7. assalam…nak tanya bilik saya brbentuk segi empat tpat..masalah saya mcm mane nak susun prabot dlm blik saya…ada satu katil saiz king, almari and meja.tigkap mghadap pintu blik

    • Boleh ambil pelan IDEA 06 – Yang meja boleh letak sudut kanan katil atau meja letak mengadap tingkap.

  8. Salam. Cam ne nak susun perabot asas ( katil queen + almari baju + meja solek) dlm 1 ruang sempit 8 x 9sqf? Design bilik tdur saya spt idea 07 cuma pintu masuk ke bilik bertentang dgn pintu tandas, tingkap berada di bhgn kepala katil dan terdapat sliding utk ke balkoni di bahagian tingkap idea 07 tu. Satu lagi, bagaimana nak menghalang pndgan terus org luar ke tandas, jika pintu bilik dibuka? Buntu dah fikir ni. Ruang sempit sgt sampai terpaksa solat di bilik tetamu.(oh ya, arah kiblat sedikit serong menghadap ke bucu dinding sliding.

  9. keadaan bilik saya spt idea 4,tp pintu bilik dkt dgn tandas,sebelah, boleh saya susun spt 4 tu

  10. assalam.sy nak minta pandangan.master bedroom sy bersaiz lebih kurang 10×11kaki(xtermasuk tandas).sy ada katil king size dan almari size 8×8.sy telah mengecat sblm memasukkn perabot.masalahnya sy telah membuat 1 feature wall dan ingin menyusun spt di idea no 2, tetapi malangnya tidak muat kerana size almari & katil agak besar.akhirnya sy menyusun kepala katil diletakkan ditingkap selari dgn almari.soalannya apakah perlu sy lakukan dgn feature wall yg sedia ada atau mengecat semula dgn warna polos bagi memastikan hanya ada 1 titik fokal.memandangkan kini sy lihat ada 2 titik fokal di bilik sy iaitu tingkap(langsir) & feature wall yg sedia ada?

  11. Salam. Bilik saya seperti pelan Idea 04. Tatapi tingkapnya di sebelah kiri almari baju (dekat dengan bathroom). So, susun atur yang sesuai bagaimana ya? Terima kasih.

  12. bilik saya berbentuk seperti di gambar idea 04 tetapi tiada tingkap. saya nak ty en hazlam, bolehkan saya letak katil mengadap pintu masuk?

  13. Hai, saya nak tanya, bilik saya berbentuk L tapi tak sama dengan gambar pelan awak tu dan ada tiang di tengahnya. Macam mana saya nak susun katil & almari ye kalau macam ni?

  14. Hai,saya nak ubah suai dalam bilik tidur tapi tidak tahu macam mana nak simpan katil,almari dan meja yg sesuai.bilik saya pintu sama idea no01 tp bilik air sama idea no06.tingkap kecil selari dengan bilik air.katil queen…Terima kasih.

  15. bilik saya keadaan 06 dan ada lg sebuah tingkap dia atas kepala katil idea 6 tuh.jd semua dinding bilik saya mempunyai tigkap atau pintu.bagaimanakah cara untuk saya menentukan feature wall.saya minta pandangan pakar.terima kasih

  16. Sy nk tnye bilik sy nii memanjang ..dipenjuru kiri tuu ade bilik air and tinggal satu jr dkt dgn biluk air tu. mcm mane sy nk susun perabot

  17. Salam .bilik saya berkeadaan 06 tapi takda bathroom.Mcm mna saya nk susun katil single,meja study,almari pakaian,rak baju dan cermin yg ad kaki ? Saya nk mintak ubah cara nk susunkn

  18. Salam .bilik saya berkeadaan 06 tapi takda bathroom.Mcm mna saya nk susun katil single,meja study,almari pakaian,rak baju dan cermin yg ad kaki ? Saya nk mintak cara susun

  19. master bedroom saya sama seperti pic idea 04 tapi berbeza dari layout encik dimana pintu masuk saya sebelah kiri (tempat almari) dan almari saya sebelah kanan ( pintu masuk ) dan tingkap saya ada dua,dlm layout encik cuma ada satu.Macamana nak susun atur perabot dalam bilik saya yer.tq

    • 1- Masih lagi kedudukan sama sebab tidak katil tidak kacau.
      2- Jika tiada dinding kosong tanpa tingkap, boleh saja letak katil (kepala katil di dinding bertingkap) sebab boleh tutup dengan langsir.
      3- Kalau ada meja solek kecil jika muat (anda sudah tahu saiznya) boleh letak sebelah almari atau dinding tandas (jika tidak menganggu laluan katil)
      4- Sama juga kalau ada kabinet laci.

  20. Assalamualaikum. Tuan,
    Gambaran bilik saya seperti IDEA 03 cumanya kedudukan almari baju dan katil king rapat habis ke dinding. Dan di dinding sebelah pintu ada lagi satu almari baju dan rak diy.
    Tuan, saya ingin ubah suai bilik sesuai untuk letakkan rak buku dan meja solek. Adakah saya perlu ubah kedudukan katil dan almari baju?
    Mohon pencerahan. Terima kasih.

    • Tiada masalah untuk ubah kedudukan. Cuma pastikan:
      1) Tidak mengganggu / menghalang laluan sendiri
      2) Boleh membuka laci/almari atau menarik kerusi meja solek (tidak sempit)

  21. KALAU SYA ADA ALMARI BAJU 8 KAKI LETAK DI HADAPAN KATIL ADA MSAALAH KE

    • Tiada masalah selagi:
      1) Muat. Tidak sempit
      2) Tidak menghalang ketika membuka almari
      3) Ada ruang dinding yang dapat letak perabot lain.

  22. Assalamualaikum en hazlam.. Kedudukan bilik sya seperti gambar 07 cuma tingkap bilik disebelah katil yang en hazlam ltk tu.. Ruang di tepi bilik air sblh pintu ada ruang sedikit.. Tp ruang sebelah katil tu kecil semuat katil queen shj.. Kat mane ye sesuai ltk almari? Selain mcm dlm gmbr tu camna lg sesuai susunan almari katil n meja solek?

    • Waalaikumussalam. Tiada masalah meletak almari di kiri atau kanan atau di depan katil, selagi muat dan tidak menghalang laluan.
      Sama juga dengan meja solek.

    • Salam .bilik saya macam idea 06 tiada bathroom. Macam mana ya untuk susun katil queen, almari pakaian dan meja study ? Terima kasih 🙂

  23. hallo..
    BILIK SAYA BERUKURAN SEGIEMPAT TEPAT DAN AGAK SEMPIT. LAYOUTNYA SEPETI DALAM IDEA 01, SEKARANG SAYA MAHU TAMBAH MEJA SOLEK,MANA KEDUDUKAN YANG BERSESUIAN YA?

  24. Aslm..bilik sy lebih kuramg plan 07..tp pintu msk akn berada disebelah kiri katil jika katil disusun seperti plan 07…masalah sy,dimana tmpt sesuai utk sy letak almari n meja solek…

  25. Aslm..bilik sy lebih kuramg plan 05..tp pintu msk akn berada disebelah kiri katil jika katil disusun seperti plan 05…masalah sy,dimana tmpt sesuai utk sy letak almari n meja solek…

  26. Kedudukan katil lebih kurang pelan 01. Kepala katil menghadap pintu bilik dan pintu bilik.pula berdepan ruang tamu. Bagaimana saya nak menghalang dari nampak terus (katil) dari pintu masuk…perlu saya letak tirai di pintu bilik?

  27. Kedudukan katil daya lebih kurang seperti idea 01. Kepala katil saya menghadap pintu bilik.dan kedudukan katil tiada pilihan. Pintu biik pula menghadap ruang tamu.Bagaimana saya nak menghalang terus nampak katil (direct). Perlu kah saya meletak tirai atau idea lain .

  28. assalamuakaikum en hazlan bilik saya saiz 10×10..macam mana nak susun atur perabot.saya ada almari baju,cermin,katil,rak berlaci dengan rak buku

  29. Assalamualaikum saya nak tanya macam mana nak susun atur bilik yang mempunyai satu katil,satu almari,2 rak buku dan satu meja solek?

  30. assalamualaikum, saya nak tanya untuk bilik saya gambaran sama dengan idea 5 . cuma takda tandas dan aircond disebelah dinding yg takda tingkap , ada katil queen almari baju dan meja belajar , boleh bagi cadangan untuk kedudukan katil dan deco perabot dalam bilik saya.

  31. Salam .bilik saya macam idea 06 tiada bathroom. Macam mana ya untuk susun katil queen, almari pakaian dan meja study ? Terima kasih 🙂

  32. Salam en hazlam . Bilik utama saya di tingkat 2 dan bilik saya tu ada pintu keluar . Kipas pulak di tengah tengah . Setiap sudut saya cuba buat ukuran untuk nak letak katil size king . Tapi kipas tu tak kena pada katil . Jadi bila tidur akan jadi panas . Ada sudut yang boleh kena kipas tapi katil kena hadap pintu keluar . Saya ada petua yang saya baca tidur menghadap pintu keluar adalah satu perkara yang tidak baik . Jadi macam mana saya naj selesaikan ye ? Boleh bagi cadangan ?

    • Mengunakan gaya susunan bilik hotel yang mempunyai katil single dengan katil double queen/king. Dipisahkan dengan meja sisi/meja belajar

Leave a Reply to shasha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *