ASEAN Culture House: ASEAN in Korea

ASEAN Culture House

ASEAN Culture House. Photo credit FB ASEAN Culture House

Terletak di Busan. ASEAN Culture House (ACH) seperti namanya merupakan sebuah pusat sehenti yang memperkenalkan budaya negara-negara ASEAN (Malaysia, Cambodia, Indonesia, Laos, Brunei, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam).

ASEAN Culture House di Busan

Tujuan rumah budaya ini diwujudkan pada 1 September 2017, untuk memperkenalkan rakyat Korea tentang informasi sejarah, budaya, adat , kraf, produk dan masyarakat negara-negara ASEAN selain menjalinkan bersahabatan erat antara ASEAN dan Republik Korea. 

Saya pertama kali ke sini pada 27 Oktober 2018 kerana terpilih bersama dua rakan (mewakili Malaysia) mengikuti program 2018 ACH Invitation Program for ASEAN FAns of Hallyu (the Korean Wave).

Para peserta dari negara-negara ASEAN bagi 2018 ACH Invitation Program for ASEAN fans of Hallyu (Korean Wave)

Baca: http://hazlamanuar.com/asean-culture-house-pusat-sehenti-memperkenalkan-budaya-negara-negara-asean.html

Fasiliti

ASEAN Quiz area

Fasiliti-fasiliti yang terdapat pada bangunan empat tingkat ini:

  • Permanent Exhibition Gallery –  galeri kekal yang memperkenalkan, sejarah, budaya dan barangan negara-negara ASEAN.
  • Special Exhibition Gallery -pameran tertentu dengan topik khas seperti permainan traditional, pameran foto, pameran tekstil.
  • ACH Hall – menyajikan persembahan seperti muzik, tarian dan filem.
  • Cultural Experience Zone – aktiviti memasak, kraf tangan.
  • Lecture Room – Kelas bahasa, kuliah dengan pelbagai topik (travel, budaya, society, ekonomi)
Pameran sejarah dan produk negara-negara ASEAN

Pelbagai pameran, seminar, kelas dan persembahan dari negara ASEAN diadakan ( di ACH atau di lokasi lain). Terdapat juga pameran secara online dan pertandingan antaranya pada 2019~2020 :

2020

  • Light of ASEAN, One Community and Harmony.
  • ASEAN Culture House Drive-in Theater-Movie Getaway
  • ASEAN in Korea, Korea in ASEAN
  • ASEAN Crafts: From Heritage to the Contemporary

2019

  • ASEAN Practical Language Classes ‘I Can Speak ASEAN’ : Autumn 2019
  • 2019 Easy Access Malaysia
  • Splash ASEAN-Water, a Celebration of Life
  • The Playful ASEAN-ASEAN Traditional Game Exploration Zone
  • ASEAN Cinema Week 2019 – ASEAN Cinema NOW!
  • Viva ASEAN – ASEAN Cultural Roadshow
  • ‘Out of Place’ Exhibition Commemorating the 60th Anniversary of Korea-Thailand Diplomatic Relations
  • Showcase of the Five Mekong Countries’ Handicraft and Design Goods in Celebration of the 1st Mekong-Republic of Korea Summit Bazaar Mekong: Handicraft and Design Goods
  • Magical ASEAN: Cambodian Circus & Thai Mime
  • ASEAN Culture Camp – ‘Construction/Science/Economy/Art Camp’
Sebahagian poster pameran, kelas dan aktiviti tahun 2019-2020

Infomasi

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *