Belajar Untuk Jatuh Ketika Ski di Korea

Korea masih lagi berada dalam musim sejuk sehingga perhujung bulan Februari 2023. Sejuknya tidak tertahan apabila anginnya datang boleh sakit telinga. Penting memakai penutup telinga!

Ketika musim sejuka di Korea, Alam sempat merasa bermain ski dua kali (normal ski pada tahun 2017 dan snowboard pada tahun 2018).

Yongpyong Ski Resort

Pengalamaan pertama kali bermain ski di Yongpyong Ski Resort pada tahun 2017. Teruja ketika itu. Dalam bucketlist sebolehnya hendak cuba sekali bermain ski tetapi terbayangkan negara seperti di Switzerland atau negara-negara Eropah. Tetapi rezeki dekat sikit, merasa bermain salji di Korea.

Dua hari satu malam di sini. Menginap di Dragon Valley Hotel. Di Yongpyong Ski Resort ini merupakan salah satu lokasi KDrama popular Goblin dan 2018 PyeongChang Winter Olympic Games.

Baca: Itinerari TWICE 7 Hari 6 Malam di Switzerland yang ONCE boleh ikuti

Ketika ini Alam mengikuti program 2017 WOW KOREA Supporters Field Trip. Jadi semua percuma dari sewaan pakaian, alatan dan khidmat tenaga pengajar.

Kalau hendak cuba aktiviti bermain ski ini, boleh dapatkan pakej dua hari satu malam daripada Klook di > 2D1N Yongpyong Ski Resort Trip from Seoul

Penginapan dengan termasuk sewaan alatan ski (kecuali sewaan pakaian ski), tenaga pengajar, tiket gondola.

Belajar Jatuh

Selepas memanaskan badan. Kami diminta untuk belajar jatuh. Pertama kali dengar terkejut juga, kalau boleh kita tidak mahu jatuh. Rupanya tujuan belajar jatuh adalah supaya mengurangkan risiko kecederaan ketika jatuh. Kalau terjatuh cara salah, akan mengalami kecederaan yang serius.

Berdebar ketika menaiki chairlift ski. Hendak mula ski ketika turun dari cerun pun terasa seram sejuk. Jurulatih mengajar turun secara zig-zag panjang yang sesuai untuk beginner. Walaupun slope untuk orang baru pun sudah terasa gerun.

  • Lokasi : Yong Pyong Ski Resort.
  • Alamat : 232-950, 715, Olympic-ro, Daegwanryeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do
  • Website: https://www.yongpyong.co.kr/

Cara ke sini

Shuttle bus : Incheon Airport (ICN) > Yongpyong Resort (musim sejuk sahaja)

Atau Round Trip Transfers to and from Yongpyong with Klook

Train KTX : Seoul Station > Pyeongchang (Jinbu) Station

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *