Akhirnya, setahun perancangan untuk buku pertama saya. Berjaya diterbitkan oleh PTS NetMedia Sdn Bhd, anak syarikat penerbitan PTS yang menerbitkan karya buku-buku dalam bahasa Melayu.
Tadaa!!!
Mudahnya Google SketchUp
Cara Pantas Menghasilkan Desain 3D Menggunakan Perisian Percuma
Untuk Siapakah buku ini?
Langkah demi langkah ditunjukkan bagi menghasilkan objek 3D berserta contoh bergambar berwarna supaya mudah diikuti. Google SketchUp ini sesuaian untuk pelbagai kategori pengguna kerana;
- Bagi yang mementingkan masa, Google SketchUp membantu menghasilkan 3D dengan hanya menggunakan tool Push/Pull.
- Bagi yang tidak mahir melukis menggunakan tangan, Google SketchUp membantu menghasilkan lukisan 3D yang menarikdan tepat.
- Bagi yang berimaginasi tinggi, Google SketchUp mendorong meluaskan lagi imaginasi tanpa sempadan.
- Bagi yang mementingkan kos, Google SketchUp membantu menghasilkan idea awal dengan konsep 3D.
- Bagi yang sukakan perisian mesra pengguna, Google SketchUp adalah jawapannya. Tujuan utama Google SketchUp dihasilkan adalah menjadikan perisian 3D ini mudah daripada perisian 3D lain yang kompleks.
Kenapa perlu memiliki buku ini?
- Buku ini dalam bahasa Melayu.
- Langkah demi langkah yang ditunjukkan mudah.
- Harganya yang berpatutan berbanding buku komputer lain yang tebal dan mahal harganya.
- Buku ini menjelaskan perkara-perkara yang penting dan asas dalam membuat 3D
- Dalam 10 minit atau 30 minit, mungkin anda berjaya menghasilkan 3D yang pertama !
- Buku yang diterbitkan oleh PTS, mengunakan bahasa Melayu tinggi (BMT) dan dijaga kualitinya.
- Akhir sekali, mendapat bantuan daripada penulis 🙂
Boleh didapati di kedai-kedai buku dan secara online di bookcafe