CSAT – College Scholastic Ability Test. Peperiksaan Kemasukan Universiti Kebangsaan Terpenting di Korea Selatan

College Scholastic Ability Test (CSAT) atau Suneung merupakan peperiksaan awam di Korea Selatan. Hari terbesar dan terpenting untuk pelajar-pelajar sekolah tinggi (18-19 tahun).

Keputusan ujian ini akan menentukan kemasukkan ke universiti-universiti di Korea seperti Seoul National University, Korea University, dan Yonsei University ( seperti dalam Korean Drama SKY Castle, 2018).

Tahun ini, ia berlangsung pada 18 November 2021. Setengah juta pelajar akan menduduki peperiksaan kemasukan universiti pada hari ini.

Jenis Subjek

Screenshot credit :Korea Now & Yonhap News Agency

Terdapat enam lapangan subjek iaitu Language Arts, Mathematics, English, Korean History, Investigation and Second Foreign Languages/Chinese Characters & Classics.

Korean History merupakan mata pelajaran wajib. Jika gagal, CSAT terbatal.

Pemeriksaan ini hanya berlangsung satu hari sekali setahun dan mengambil masa 9 jam. Terbahagi kepada lima sesi. Bermula jam 8:40 pagi dan berakhir 5:40 petang.

Kpop Idol

Kpop Idol yang masih bersekolah turut mengambil ujian ini. Terdapat juga mereka yang tidak berminat dan ada juga yang menangguhkan kerana kesibukan mempromosikan album.

Beberapa artis Kpop yang mengambil bahagian pada tahun ini menurut NEWS1:

  • Baek Jiheon FROMIS_9
  • Doyoung TRESURE
  • Kangmin VERIVERY
  • Dohwan & Won CIIPHER
  • Sohee ROCKET PUNCH
  • Dongpyo MIRAE
  • Woojin GHOST9
  • Chaerin ICHILLIN
  • Minjae & Huijun MCND
  • Daejong PIXY

Baek Jiheon pernah menjadi bualan kerana memaparkan video ‘Study With Me’ durasi 5 jam 38 minit yang kini mendapat 1.5 lebih juta view.

Fakta Menarik

Hari berlangsungnya CSAT.

  • Beberapa kedai, pejabat awam dan bank tutup/ dibuka lewat.
  • Bursa saham dibuka lewat sejam.
  • Kawan dan keluarga berada di pintu masuk untuk menyorak dan memberikan kata-kata semangat.
  • Bas dan subway ditambah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
  • Kerja-kerja binaan, latihan tentera dan kapal terbang dialihkan /dihentikan/ditangguhkan untuk mengurangkan bunyi bising.
  • Pihak polis turut membantu mengiring para pelajar bagi mengelak lewat dan turut membantu menghantar mereka ke lokasi pemeriksaan mengunakan kenderaan polis.
  • 5 lagu yang di ‘ban’ semasa CSAT yang boleh mengakibat hilang fokus dan terngiang ngiang, iaitu. Dun Dun Dance – OH MY GIRL, Pick Me, Baby Shark, Ring Ding Dong – SHINEE & Next Level – AESPA

Semoga para pelajar mendapat keputusan cemerlang. Aja aja Fighting!

Sumber: Korea Institute for Curriculum and Evaluation , The Korea Times

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *