Apa yang dikatakan warna-warna selamat ini? Warna-warna yang boleh kita kategorikan sebagai tiada warna pada dinding (polos/kosong). Contohnya, warna putih salji, krim vanila, dan warna putih gading. Seperti contoh gambar yang ditunjukkan.
Gambar menunjukkan ruang yang 100% berwarna putih. Tetapi warna ini memang akan bertukar tidak selamat apabila kita terpaksa menjaganya pula secara maksimum. Melainkan kalau kita pengemar suasana look clean, seorang yang cermat dan suka berkonsepkan tema minimalis/ zen.
Bagaimana pula bagi mereka yang sukakan warna, tetapi terhalang kerana ditakuti warna yang dipilih nanti tidak sesuai dengan perabot dan dekorasi yang sedia ada? Caranya dengan
Gunakan warna-warna pastel
Warna-warna pastel ini ialah warna-warna lembut, warna yang pucat atau cair (warna asal yang dicampur dengan warna putih yang banyak). Seperti sebahagian warna yang terdapat pada alat melukis pastel color itu. Contohnya kalau warna biru. Ada panggilan warna seperti pale blue atau pastel blue.
Bayangkan warna dinding kediaman anda berwarna hijau pucat seperti gambar yang ditunjukkan.
Warna-warna pastel ini sesuai bagi kita yang inginkan dinding yang warnanya tidak terlalu garang sehinggakan kita boleh terdengar ayat-ayat seperti “merahnya” , “wah, birunya rumah” dan sebagainya.
Bagi pengemar warna putih atau mereka yang tidak ingin dinding diwarnakan (kos upah cat dinding+ harga tong cat yang berkualiti boleh tahan juga harganya) cuba tambahkan percikkan warna atau corak pada perabot dan aksesori.
P/S: Sekejap betul sudah bulan 2 🙂