Deko bersama Eric,surprise

Surpise!!!, Pernah dengar ayat ini? Hah dialah Eric Leong yang mempunyai rancangan dekorasi ‘Deko Bersama Eric’. Baru-baru ini , HA  bertemu Eric di HOMEDEC 2011 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center .

Eric berkongsi tentang  ‘8 Step to Makeover your space’

  1. Interior style
  2. Color scheme
  3. Feature wall concept
  4. Furniture
  5. Lighting
  6. Soft finishing
  7. Home deco accessories
  8. Fresh flower & candle

1. Interior style

Lihat di majalah untuk mendapat idea stail dekorasi rumah anda. Majalah lebih up to date berbanding buku dekorasi. Bermula dengan tema yang betul, memudahkan kita berakhir dengan kediaman yang cantik dengan tema yang tepat.

2. Color scheme

Guna warna yang anda suka apabila anda ingin mulakan mewarnai kediaman. Kebanyakkan kediaman memilih darkblue untuk bilik lelaki dan pink untuk bilik perempuan. Walaupun tidak salah, tetapi dark blue memberikan kesan depression (cuba lihat balai polis 🙂 ). Bagi pink, kesannya tenderness. Jika anak perempuan tidak aktif bersukan atau beriadah, faham-fahamjelah 🙂

Pilih warna green atau purple. Kalau kanak-kanak hyperactive, jangan pilih warna orange,red dan yellow. Pilih babyblue -tenang. Jika luar rumah, pilih warna yang environmental friendly . Kenapa? Bayangkan rumah anda warna merah dan semua rumah kejiranan  bewarna kuning. Rumah siapa yang akan jadi sasaran pencuri, contohnya? Kalau boleh biarlah warna rumah tidak terlalu terang atau berbeza dengan kediaman lain.

3.Feature wall concept

Dinding tumpu sesuatu ruang/bilik. Cara memilih feature wall, apabila anda membuka pintu, dinding pertama yang anda lihat. Kalau ada tingkap pilih dinding di kiri atau kanan. Di bilik tidur, pilih dinding kepala katil.

4. Furniture

Pilih berdasarkan interior style anda. Jika konsep moden, pilih perabot moden. Juga pilih berdasarkan ‘head count’. Kalau isi rumah ada lima, pilih perabot yang boleh duduk enam atau tujuh orang.

5. Lighting

Warm light (soft shadow). Memberikan cahaya kekuningan, romantik! Bilik tidur sesuai 🙂 . Daylight-cahaya semulajadi memberikan penjimatan pada bil elektrik kita tanpa perlu bergantung sangat kepada artificial light.

6. Soft finishing

Warna dinding kahwinkan (gaya Eric) dengan warna asas. Jika dinding warna kuning, pastikan kushion anda ada sentuhan warna kuning.

7. Home deco accesories

Pilih aksesori yang big,bulky dan oversize. Barulah tetamu masuk dan berkata “Wow.” Letak di sudut yang sesuai dan kosong. Janganlah pula letak di belakang pintu, siapa nampak! Jika ingin mengantung gambar di dinding ikut paras mata, siapa kata? Mata anak atau mata bapa? International level standard ialah 5′ dari paras lantai.

8. Fresh flower & candle

Kata Eric, fresh flower memberikan tenaga (Feng Shui) dan boleh memberikan kesegaran. Tumbuhan indoor boleh  membantu membersihkan udara dan racun, yang penting jaga air dan bunga supaya tidak layu atau mati. Meletakkan candle pula, memberikan kesan ambience pada ruang. Bayangkan candlelight dinner dan ketika rumah blackout, romantiknya

Semoga lapan tip ini, HA harap dapat membantu anda serba sedikit idea bagaimana makeover rumah.

Decorating is fun!

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

16 Comments

  1. hai hazlan, saya akan berpndah ke rumah baru x lama lagi tp rumah yang dibeli adalah rumah lama (rumah taman jugak tp yang dh lama) full furnish. masalah saya skrang adalah untuk ubah suai perabot yang ada di rumah tersbt dan barangan rumah saya skang. terlalu banyak. keadaan rumah tu sangat kecil. lagi satu saya bercadang nk beli almari besar tetapi ruang di bilik sgt kecil. apa patut saya buat. dan juga saya bercadang nk cat rumah supaya nmpak tenang dan luas.boleh bagi idea x. tq 😉

    • Pilih perabot/barang yang diperlukan sahaja. Aksesori dekorasi boleh ditambah kemudian.
      Warna tenang dan luas ialah warna putih dan warna-warna pastel. Warna pastel ini ialah warna pucat seperti biru cair, hijau cair.

  2. Hai..saye berminat dan gemar dengan rangcangan deko bersama eric…saye teringin nak buat kejutan untuk emak saye.,,tapi macam mana nak sertai…saye berminat sangat..

  3. Sya ingin buat kejutan buat anak…ubah suai rumah.mcm mana nk sertai deco bersama eric.

  4. assalam….macam mana nk join jadi peserta…sya bminat nak sangat buat decoration

    • Kalau ini sudah lama. Kalau terbaru selalunya akan dimaklumatkan di facebook rasmi majalah IMPIANA atau dalam majalah.

  5. Salam perkenalan,saya teringin sangat nak jadi peserta deco bersama eric,seperti dikaca tv. Mcm mana saya ingin menyertai?

    • Saya baca theblatest comment deco bersama eric dah tamat…Bila deco bersama eric akan kembali lagi?

Leave a Reply to nora Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *